Cara Disiplinkan Diri Bersedekah

by on September 21, 2015

Post image for Cara Disiplinkan Diri Bersedekah

Saya orang berniaga. Pendapatan tak tetap. Ada ketika banyak, dan ada ketika sedikit (mengikut kiraan saya, bukan kiraan orang makan gaji). Tapi pengalaman saya, pendapatan saya paling banyak ialah bila bulan di mana saya paling banyak bersedekah. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak pendapatan yang saya terima daripada perniagaan.

Memang setiap kali bersedekah saya masih berkira-kira yang duit saya semakin berkurangan, tapi saya yakinkan diri, setiap 1 yang kita sedekahkan, sekurang-kurangnya 10 kali ganda Allah ganti balik. Itu pasti. Syaratnya kena yakin dan berusaha. Alhamdulillah, janji Allah itu sangat benar. Bila bersedekah, pasti ada sahaja rezeki yang tak disangka-sangka datang…

Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah

Cara Disiplinkan Diri Bersedekah

Memang perasaan lokek sentiasa ada setiap kali nak bersedekah. Tapi cara saya lawan perasaan lokek tu dengan buat membuat peruntukan khas yang saya namakan “Tabung Infaq”. Saya ikut betul-betul saranan Chef Li; 1/10 pendapatan dimasukkan ke Tabung Infaq, bukan hanya ketika pendapatan dah besar, tetapi sewaktu awal-awal saya membina bisnes lagi.

Prinsipnya;

Dapat RM100, RM10 untuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000, RM100 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM10,000, RM1,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM100,000, RM10,000 masuk Tabung Infaq.
Dapat RM1,000,000, RM100,000 masuk Tabung Infaq.
Dan begitulah seterusnya.

Bila ada peluang untuk bersedekah yang kita rasa yakin ia tempat yang betul, tarik sebahagian duit dari Tabung Infaq dan sedekahkan sahaja. Saya rasa mustahil untuk saya ‘sanggup’ hulurkan RM100 – RM500 setiap kali bersedekah kalau saya tak buat tabung begini. Tetapi bila ada tabung, saya dah tak perlu berfikir panjang. Ambil duit dari tabung tu, dan hulurkan sahaja sebab ia memang dikhaskan untuk bersedekah. Ia untuk dihabiskan, bukan untuk disimpan…

sampul infaqSetiap bulan saya akan masukkan 1/10 pendapatan ke dalam sampul begini. Dari sampul “Infaq” itulah saya keluarkan duit untuk bersedekah.

Keajaiban Bersedekah

Kekadang saya cuba “paksa diri” keluarkan duit lebih banyak dari tabung tersebut untuk disedekahkan, terutamanya pada bulan Ramadhan sampai rasa risau takut-takut tabung itu ‘kering’. Tapi janji Allah benar, Dia ganti semula pendapatan yang menyebabkan tabung tu kembali penuh. 1/10 dari pendapatan yang diterima semula cukup untuk penuhkan semula tabung tersebut seperti ia belum lagi disentuh.

MasyaAllah… Memang ajaibnya amalan sedekah. Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Yang jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai…

Wallahu a’lam. Sekadar renungan…

Zulkifli
Damansara Damai
23 Ogos 2015
9 Zulkaedah 1436H

(Kredit foto : HaNs Mohd)

{ 27 comments… read them below or add one }

1 Eima September 21, 2015 at 9:46 am

Syukur Alhamdullilah.. Sejak sya belajar bersedekah bila mana sya membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan blog tuan.. Sya rasai keajaiban itu.. Wlu sesesak mana pn Allah sentiasa bg jalan rezeki utk sya.. Alhamdullilah.. Semoga blog tuan sentiasa memberi inspirasi pd sya dan umat Islam lain dan tuan sekeluarga dilimpahi rezeki dan kebhagiaan.. Amin… Doakn sya berjaya lepas dri Hutang jahat…Amin..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 6:39 am

Alhamdulillah…

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

3 Qarliff September 21, 2015 at 9:48 am

Alhamdulillah..semoga rezeki kami di berkati Ya Allah

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 6:39 am

Alhamdulillah.. InsyaAllah.

Reply

5 Muhammad Wais Al-Qarni September 21, 2015 at 10:16 am

Betul tu En. Zulkifli… Itulah yang dinamakan ‘The Power of Sedekah” dalam erti kata yang lain ‘The More You Give, The More You Get Back’. Janji Allah itu pasti dan kita kena YAKIN segala rezeki itu datangnya daripada Allah.. Terima Kasih diatas artikel yang diberikan. Moga-moga ianya dapat mendidik sekali gus memupuk budaya bersedekah dikalangan kita… amin

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 6:40 am

Alhamdulillah… InsyaAllah En. Wais.

Reply

7 asraf September 21, 2015 at 10:47 am

Alhamdullillah banyak elmu saya dapat dari blog tuan.’The more you give the more you get”.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 6:40 am

Alhamdulillah… Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah…

Reply

9 FAEZAH September 21, 2015 at 11:11 am

alhamdulillah ..ilmu dikongsi banyak manafaatnya…moga ALLAH SWT merahmati kita semua

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 6:40 am

Alhamdulillah… InsyaAllah..

Reply

11 Wan Kamarul September 22, 2015 at 9:55 am

As salam.

Saya tertarik dengan kata-kata Tuan bahawa emosi kita akan kalah kepada wang berbanding emas di mana walaupun kita ini menyimpan setiap bulan. Lambat laun kita juga akan menggunakan juga wang tersebut apabila kita teruja apabila melihatnya banyak. Dari pengalaman saya, memang ini terjadi.

Saya sekarang bermula berjimat dengan emas. Pada bulan Ogos baru2 ini (Lepas raya), harga emas memang jatuh di mana saya beli emas jongkong emas Poh Kong 10 gram (RM1,660 = RM166 segram). Namun, pada hari Ahad (20/9) baru ini, saya tanya di Poh Kong dan harga emas jongkong ialah RM200 segram.

Saya ingin memohon percerahan Tuan, adakah saya wajar beli emas tanpa mengira keadaan atau beli sahaja emas selepas musim raya kerana harga jatuh ketika ini.

Terima kasih.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 10:19 am

Wslm En. Wan Kamarul,

Alhamdulillah.

1. Saya recommend En. Wan beli emas yang lebih murah. Kalau di Malaysia ni, emas terbaik pada pemerhatian saya; (1) Public Gold, (2) Kijang Emas BNM, (3) UOB Bank, dan (4) Kuwait Finance House.

2. Tentang harga, saya sendiri beli setiap masa. Bila En. Wan dah lama sikit, En. Wan tahu bila harga tinggi atau rendah mengikut benchmark tersendiri.

3. Kenaikan harga emas sekarang bukan disebabkan harga emas dunia naik, tetapi disebabkan ringgit yang jatuh. Harga emas dunia masih di paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Maksudnya, sekarang waktu bagus untuk membeli.

4. Untuk faham asas ilmu pelaburan emas, saya syorkan En. Wan download dan baca ebook ringkas yang saya sediakan. Boleh download di http://www.bit.ly/5minitemas .

Wallahu a’lam.

Reply

13 Wan Kamarul September 22, 2015 at 11:24 am

Terima kasih atas maklum balas Tuan.

2. Insya Allah, saya akan ‘ushar’ emas-emas yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain untuk mendapatkan harga yang lebih murah pada masa hadapan spt. yang Tuan sebutkan.

3. Oh, kalau dari pengalaman Tuan yang membeli emas pada setiap masa, saya akan cuba untuk berbuat demikian. Bukan apa, bimbang juga kalau simpan duit lama-lama nak tunggu emas jatuh terbeli pula benda lain nanti. Last2, tak da duit pula nak tambah emas.

4. Ok. Saya akan membaca e-book Tuan mengenai asas2 pelaburan emas.

5. Semoga Allah s.w.t. melimpahkan kebaikan ke atas Tuan melalui ilmu yang disampaikan melalui blog ini.

Terima kasih.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 11:26 am

Alhamdulillah…

Reply

15 faridah September 22, 2015 at 4:03 pm

Suka sgt dgn blog ni…sebenarnya ape maksud infaq ye?sme dengan sedekah ke?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2015 at 5:17 pm

Alhamdulillah…

Sama puan.

Reply

17 siti hazreen September 22, 2015 at 11:44 pm

Kita kena bersedekah waktu apapun bukan tunggu kaya…masa terdesak tulahsedekah…kalau tunggu kaya ntah bila

Reply

18 zaida September 24, 2015 at 10:35 am

alhamdulillah encik zul,terima kasih atas perkongsian.saya salah seorang yang sentiasa mengikuti penulisan encik zul.semoga encik dan keluarga dalam redha Allah.sekadar ingin berkongsi,saya bekerja makan gaji dan hampir setahun saya mendisiplinkan diri saya bersedekah secara konsisten dan alhamdulillah,walaupun berpendapatan tetap ,rezeki saya sentiasa memcukupi.benar janji tuhan.bila kita banyak memberi ,Allah akan gantikan dengan jalan yang tidak disangka-sangka..bagi yang bekerja makan gaji,sedikit perkongsian dari saya,buat potongan gaji terus utk sedekah dan zakat setiap bulan secara konsisten (2.5% dari gaji utk potongan zakat) dan sedekah terpulang.sedekah boleh dibuat kepada YPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)secara potongan gaji bulanan-ini terpulang sekiranya ada cara lain utk lebih konsisten dan paksa diri utk melaksanakan ibadah korban setiap tahun.insyaAllah,hidup akan terasa mencukupi dan sentiasa cukup dengan apa yang ada.sekadar perkongsian.terima kasih sekali lagi encik zul kerana tidak jemu berkongsi ilmunya 🙂

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:46 am

MasyaAllah. Terima kasih Pn. Zaida atas pengalaman dan nasihat yang baik. Mudah-mudahan jadi tauladan bagi sahabat pembaca yang lain.

Reply

20 Farah September 25, 2015 at 11:22 am

Bismillah,

Suka dan insyaAllah cuba manfaatkan perkongsian Tuan Zul ini.
Infaq tabung sedelah yang bagus untuk di manfaatkan.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2015 at 7:24 am

Alhamdulillah..

Reply

22 wan September 28, 2015 at 3:34 pm

salam tuan, saya memang suka cara pandangan tuan, harap umur panjang untuk bertemu dan bertukar ilmu, entri entri yang lama ada yang tak boleh buka kenapa ya?

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2015 at 4:29 pm

Wslm En. Wan,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Entri yang mana?

Reply

24 hanis zharif September 29, 2015 at 10:14 pm

cara saya ialah, sedekah pensel, pemadam atau alat tulis pada murid yang tak mampu beli. Mereka takde duit pun, nak mintak parent, parent diorang ni jauh.

mengajar di pedalaman ni, murid jauh dari parent seawal tahun 1, mereka tinggal di asrama sekolah. Mungkin ada yang terabai + segelintir parent masih tak alert keperluan asas anak dalam pendidikan.

kadang-kadang saya kongsi makanan dengan mereka pada waktu rehat atau hujung minggu,

suka bila tengok mereka makan coleslaw yang saya wat sendiri di rumah.
sebahagian daripada mereka langsung tak pernah jejak ke bandar dan makan fastfood macam KFC.

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2015 at 11:52 pm

MasyaAllah… Pengalaman yang menarik. Jazakallahu khair..

Reply

26 mynamella October 2, 2015 at 1:41 am

syukran alhamdulillah, kita dapat aura yang positif dari tuan zul dengan kawan-kawan maya yg lain..sy pun nak kongsi pengalaman sy di sini, mungkin tak sehebat mana pun. sy akui, kadangkala dalam seminggu tu sehari dua mesti singgah ke masjid di area cheras, paling tidak hati kita memang nak masukkan duit walau kecil mana pun dalam tabung masjid. rasa lainlah kalau tak ‘masuk’….takut sombong dan macam guna ‘harta rakyat’ je..tapi kan…setiap kali selepas kita masukkan duit tak seberapa tu, mesti akan dapat panggilan sang suami belikan kita itu dan ini..pernahlah dibelikan tudung…eh eh macam tak semena-mena, tetiba je sebab tak pernah pula sang suami rajin belikan..rezekilah tu kan walaupun kat rumah adalah sekotak dua tudung2 bini dia ni. ada tu, tak lupa juga pengalaman kawan kita telefon ajak makan tengah hari sama..masyaAllah, itulah ganjaran dalam berinfaq. Kita tak minta pun itu semua, tapi itulah kayanya rezeki yang Allah turunkan kepada kita…subhanallah!

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2015 at 9:39 am

Alhamdulillah. Perkongsian pengalaman yang menarik juga tu puan.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: