MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Anak Muda, Golongan Terbaik Untuk Serahkan Legasi Kejayaan

April 5, 2024

"Bertahun-tahun bekerja sampai berjaya. Jangan sampai kejayaan tu terhenti setelah peninggalan kita..."

Itu yang sentiasa bermain dalam fikiran saya sekarang.

Kalau saya mati, adakah ilmu dan pengalaman saya akan terus disampaikan kepada masyarakat?

Adakah masyarakat terus dapat manfaaat atas apa yang saya usahakan hari ini?

Kalau ada yang nak sambung kerja saya, siapakah yang akan teruskan legasi tersebut? 

More...

Golongan muda mudah dibentuk

Murid-murid saya ada banyak golongan. Ada anak muda, dan ada yang pertengahan umur. 

Tapi pada pemerhatian saya, golongan terbaik ialah anak muda - kalau saya fikirkan tentang legasi.

Mereka adalah golongan yang mudah dibentuk. Mereka belum ada apa-apa kejayaan besar dalam hidup mereka, tapi bercita-cita besar, cepat belajar dan cepat bertindak.

Mereka ibarat gelas yang kosong. Jadi mudah nak dibentuk.

Asalkan sanggup belajar dan berusaha, saya fikir berbaloi ruangkan masa bersama mereka. 

Orang lama banyak "cookies"

Golongan pertengahan bukan tak boleh. Mereka pun boleh. Cuma cabaran besar, saya akan habiskan banyak masa nak membentuk mereka.

Mereka ada banyak "cookies" dalam kepala mereka.

Mereka ada pengalaman sendiri, ada pendirian sendiri, bahkan dah ada kejayaan sendiri.

Mereka cenderung berfikir mereka dah tahu... Mereka dah pandai... Sukar untuk 'kosongkan gelas' bila belajar.

Bila "cookies" banyak, mereka cenderung tegakkan pendirian sendiri, dan persoalkan apa yang mereka pelajari, berbanding fokus serap ilmu sebanyak mungkin. 

Masa saya akan terbuang untuk berhujah dan menjelaskan pendirian saya. Walaupun umur matang, tapi mereka belum matang dalam bidang yang mereka baru ceburi! 

Buat dulu faham kemudian

Itulah sebab kenapa saya sering pesan kepada mereka supaya "buat dulu faham kemudian". 

Jangan persoal dulu... Jangan argue dulu... Bahkan jangan fikir nak faham dulu...

Buat sahaja dulu... Nanti akan faham... Satu hari nanti mereka akan faham apa yang saya maksudkan.

Ketika faham nanti, samada mereka sebahagian dari kejayaan, atau mereka dah kena tinggal!

Macam anak kecil yang banyak perkara belum faham. Tapi kena paksa buat perkara yang betul.

Kena paksa gosok gigi... Kena paksa pergi sekolah... Kena paksa mengaji dan solat... Dalam keadaan kita belum faham apa pentingnya buat semua tu...

Tapi bila dewasa dan mula faham, kita rasa bersyukur... Sebab kena paksa itulah kita jadi diri kita hari ni... 

Syukur kena paksa

Kalau nak faham dulu baru buat semua tu, alamatnya kita dah kerugian dan ketinggalan... Macam tu lah ibaratnya bila berguru... 

Supaya tak habis banyak masa, dan proses "duplication" dapat dilakukan dengan cepat, saya setuju dengan coretan Dato Nik Hasyudeen (bekas Presiden Malaysia Institute of Accountant);

"Bekerja dengan orang yang nak berubah, dan boleh diubah"

Inilah yang bermain dalam fikiran saya. 

Fokus saya sekarang nak bina legasi. Supaya kalau saya dah tak ada satu hari nanti, legasi ilmu dan pengalaman saya diteruskan. 

Ilmu emas dan kewangan... Ilmu bisnes... Ilmu kepimpinan dan membangunkan team... 

Tak ada masa nak argue

Bila nak sampaikan ilmu dengan cepat, saya tak ada banyak masa nak argue dengan sesiapa. Siapa setuju, dia boleh ikut saya. Siapa tak setuju, saya tak boleh ruangkan masa dengan dia. 

Saya dengan cara saya. Dan biarlah dia dengan pendirian dia kalau dia rasa dia lebih pandai.

Bila nak pastikan legasi ilmu dan pengalaman mahal kita diteruskan, kita cuma boleh bagi peluang kepada mereka yang "teachable"dan nak berubah sahaja. 

Yang dah rasa pandai, biarlah dia dengan cara dia.

Sebagaimana banyak founder company lebih gemar ambil anak-anak muda dalam membangunkan team baru mereka, saya pun fikir, golongan yang patut saya bagi keutamaan ialah anak-anak muda berusia awal 20-an. 

Golongan yang belum ada kejayaan besar. Tapi mudah dibentuk, dan punyai punyai cita-cita besar. 

Golongan terbaik serahkan legasi

Kalau berjaya bangunkan team anak muda ini, legasi ini dapat diteruskan sekurang-kurangnya lagi 20-tahun akan datang. 

Melalui program #G100Apprentice, mudah-mudahan kami bakal melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti untuk masa depan negara lagi 20 tahun akan datang, insyaAllah.

Ringkasnya, ini ciri-ciri mereka yang menjadi keutamaan saya dalam membina follower dan serahkan legasi;

  1. Anak muda yang punyai cita-cita besar
  2. Teachable - bersedia untuk belajar dan berubah
  3. Rajin - punyai keazaman yang kuat untuk belajar dan berusaha
  4. Berpegang pada prinsip kehidupan yang sama - akhlak baik, merendah diri, saling menghormati, semangat kesatuan dan kebersamaan

Mudah-mudahan legasi kerja baik ini akan berterusan dari generasi ke generasi dan menjadikan dunia ini lebih baik walaupun cuma 1%. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
5 April 2024
25 Ramadhan 1445H

Screenshot artikel Dato Nik Hasyudeen : Rahsia kejayaan Marshall Goldsmith

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>