MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Konten, Dapat Pahala Pasif Setelah Mati

March 24, 2023

Saya akan terus menulis buku, dan hasilkan konten. 

Salah satu kekesalan saya ketika 2 tahun dipenjarakan ialah tak tulis lebih banyak buku. Setakat ni, buku saya cuma Wang Emas, Misi Bebas Hutang, dan Zero Hutang.

Saya bimbang, ruginya kalau saya mati (atau terpenjara lebih lama), sedangkan ilmu dan pengalaman hidup saya tidak dibukukan.

More...

Peluang Dapat Pahala Pasif

Ilmu yang tak dibukukan dan tak dijajarkan kepada orang lain akan hilang begitu sahaja.

Sedangkan salah satu peluang dapat pahala pasif bila kita mati nanti ialah ilmu bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang lain.

Selagi ilmu itu dimanfaatkan dan disebarkan, pahala akan masuk kepada kita tak putus-putus dan tak berkurangan walau sedikit pun.

Habis sahaja meeting MGA (Malaysia Gold Association) di Menara Public Gold hari tu, saya bergegas pulang ke Cyberjaya untuk appointment dengan Tuan Haji Yusri, CEO Galeri Ilmu Media Group. Iaitu pihak penerbit #BukuWangEmas dan #BukuMisiBebasHutang .

Banyak perihal bisnes yang kami bincangkan.

Impian Menulis Lebih Banyak Buku

Dan saya beritahu impian saya kepada beliau iaitu saya nak tulis lebih banyak buku sebelum saya mati.

Supaya ilmu-ilmu dan pengalaman saya dapat dimanfaatkan kepada generasi setelah ketiadaan saya nanti. InsyaAllah. 

Saya terhutang budi kepada pihak Galeri Ilmu yang menjadi pendorong kepada saya untuk menulis buku dan menyokong penerbitan buku-buku saya selama ini dengan sangat baik. 

Mudah-mudahan kerjasama antara kami akan berpanjangan. InsyaAllah.

Sebenarnya, tak semestinya menulis buku.

Ilmu Tersebar Macam Covid-19!

Siapa yang ada ilmu yang bermanfaat, jangan simpan sendirian. Tapi sampaikan kepada orang lain...

Setiap orang yang dapat manfaat, kita dapat pahala. Setiap kali orang amalkan ilmu tersebut, kita dapat pahala walaupun kita sudah mati.

Bahkan setiap kali orang itu sampaikan ilmu tersebut kepada orang lain, kita juga dapat pahala yang tak putus-putus, sambung menyambung macam tersebarnya virus Covid-19!

Itu peluang pahala yang sangat besar... MasyaAllah...

Peluang Pahala Pasif Zaman Medsos

Zaman sekarang tak macam dulu. Tak perlu buka pondok pengajian untuk sampaikan ilmu. Dan tak perlu complicated untuk setup website atau blog sendiri untuk hasilkan konten dan sampaikan ilmu macam 10 - 15 tahun dulu.

Ini zaman media sosial. Semua orang pun ada akaun media sosial, samada TikTok, Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Gunakan sahaja medsos kita untuk hasilkan konten yang bermanfaat untuk orang lain.

Daripada habiskan masa cuma untuk scroll status orang lain, lebih baik habiskan masa sampaikan ilmu supaya orang lain juga dapat scroll ilmu kita.

Jujur dan Ikhlas Sampaikan Ilmu

Sampaikan ilmu dengan jujur dan ikhlas dalam bidang yang kita mahir dan minat, pasti akan ada orang yang dapat manfaat. Dan mereka nanti akan jadi follower.

Bila kita sampaikan ilmu secara jujur dan KONSISTEN, follower makin lama akan makin bertambah dan akhir sekali kita akan jadi orang influencer terhadap follower-follower kita. InsyaAllah.

Bila kita buat baik, kebaikan itu pasti akan kembali kepada kita. Kita tak akan dirugikan walaupun sedikit.

Mana tahu, satu hari nanti perkongsian jujur tersebut boleh jadi peluang bisnes yang merubah hidup kita sekeluarga, sebagaimana apa yang saya sendiri alami.

Setiap Kebaikan Pasti Kembali Kepada Kita

Ketika mula menulis blog ini tahun 2008, saya cuma fikir nak sampaikan ilmu sahaja.

Saya tak pernah terfikir ketika itu akhirnya blog ini menjadi asbab hari ini saya memiliki lebih 330,000 penyimpan emas di bawah saya bersama Public Gold di seluruh Asia Tenggara.

Ia membolehkan saya mendapat pendapatan pasif bernilai jutaan ringgit tanpa perlu lagi bekerja sudah masuk tahun ke-10, alhamdulillah.

Jadi bagi siapa yang ada ilmu, sampaikanlah ilmu tersebut mulai hari ini.

Jangan fikir nak jadi influencer atau nak bina follower, tapi niat untuk sampaikan ilmu dan supaya ilmu yang kita ada tak hilang bila kita mati nanti.

Buat konten-konten yang bermanfaat, dan terus sampaikan ilmu secara KONSISTEN.

Setiap kebaikan yang kita buat, pasti kebaikan itu nanti Allah akan kembalikan kepada kita melalui jalan yang tidak kita sangka-sangka, insyaAllah.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Mac 2023
2 Ramadhan 1444H

 #TabahHadapiMusibah

“Ilmu kalau disimpan dan tak diamalkan, ia akan hilang. Kalau diajarkan kepada orang lain, ia akan bertambah. Jangan tunggu jadi pakar baru nak sampaikan ilmu. Sebaliknya, sampaikanlah ilmu seadanya dan sejujurnya, nescaya kita akan semakin pakar. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 29 Disember 2023

“Untuk dapat idea tak putus-putus hasilkan konten yang segar, kita kena obses cari ilmu. Setiap kali dapat ilmu baru, terus hasilkan konten untuk share ilmu supaya orang lain pun dapat manfaat yang sama, dan ilmu itu tak hilang begitu sahaja...” - Mohd Zulkifli bin Shafie

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>