Sesak branch Public Gold. Ketika harga emas Malaysia di puncak tertinggi dalam sejarah, Public Gold buat promosi besar-besaran untuk bagi peluang kepada orang ramai jual emas pada harga tertinggi.
Tak kisah apa jenis atau apa jenama barang kemas sekalipun, Public Gold tetap beli pada harga tinggi walaupun barang kemas tu dah rosak, patah, kemek ataupun bengkok! Ini jaminan Public Gold.
Memudahkan Penyimpan Emas
Maklumat yang saya dapat dari Founder Public Gold (Dato' Wira Louis Ng) sendiri ketika meeting bersama beliau, dalam masa cuma 3 hari (18 - 20 Mac 2023), Public Gold terima jualan emas dari orang ramai berjumlah RM70 juta!
Dan kesemuanya terima bayaran dalam waktu yang dijanjikan, iaitu 2 - 3 hari bekerja!
Terbalik dengan kebanyakan peniaga emas lain.
Waktu harga emas naik mencanak, kebanyakan peniaga emas mengelak untuk beli pada harga tinggi. Sebaliknya #PublicGold gila-gila promote suruh jual emas.
Macam tu juga bila harga rendah.
Bila harga rendah, kebanyakan peniaga tak ada stok. Sebaliknya, ketika harga emas jatuh rendah, Public Gold promote suruh beli emas banyak-banyak.
Dan ianya emas FIZIKAL, bukan main emas atas angin...
Mempunyai Kekuatan Modal Yang Besar
Public Gold tak rugi ke?
Itu petanda jelas Public Gold bukanlah company emas yang biasa-biasa.
Selain strategi bisnes yang bersifat win-win dan sangat telus sudah 16 tahun (sejak 2008), Public Gold juga sebuah company yang mempunyai kekuatan modal yang besar!
Sepanjang 13 tahun saya dalam industri emas, ada company bila kita nak jual balik emas yang dibeli dari mereka cuma bernilai RM100k pun sudah menggeliat untuk beli balik.
Inikan nak jual emas yang nilainya berjuta-juta...
Petanda Syarikat Telus Lagi Kukuh
Sebenarnya nak tahu company emas terbaik ataupun tak, inilah waktunya...
Banyak company yang mampu jual emas. Tapi hanya segelintir company yang mampu beli emas dalam jumlah yang besar sekaligus, lebih-lebih lagi ketika harga emas Malaysia cecah paras tertinggi dalam sejarah!
Ini pentanda jelas #PublicGold adalah company emas yang telus dan kukuh!
Saya berbangga menjadi dealer Public Gold. Dengan platform yang disediakan oleh Public Gold, saya dapat bantu masyarakat untuk kaya dengan emas. Alhamdulillah.
Jual Emas Lama Harga Menguntungkan
Bagi siapa yang nak jual barang kemas terpakai, atau apa-apa jenama emas sekalipun, boleh terus jual di branch Public Gold terdekat (sila daftar dulu sebagai customer Public Gold sebelum datang untuk percepatkan proses).
Banyak feedback yang saya terima, Public Gold beli pada harga lebih tinggi berbanding kedai-kedai emas biasa.
Kerana info dalaman yang saya terima, sebenarnya 80% peraih emas terpakai di Malaysia sebenarnya mereka akan tolak (jual balik) emas tersebut kepada Public Gold juga.
Jadi kalau kita nak untung lebih bila nak jual emas, lebih baik jual terus kepada Public Gold. Tak perlu melalui 'orang tengah'.
Public Gold bukan sahaja pengeluar emas terbesar di Malaysia, tetapi juga pembeli emas terbesar di Malaysia!
Zulkifli
Cyberjaya
23 Mac 2023
1 Ramadhan 1444H
- Kalau setakat publish harga tinggi, semua syarikat pun boleh publish - FB (2024)
- Keadaan sesak di branch Public Gold seluruh Malaysia - FB PG (2023)
- Dapat jalan barang kemas lama pada harga mahal, jual beli terus - FB Mohd Nazim (2023)
- Public Gold beli apa juga jenama emas - FB Syukor Hashim (2023)
- Pengumuman rasmi promosi jual pada harga tinggi - hari pertama (18 Mac 2023)
- Pengumuman rasmi promosi jual pada harga tinggi - hari kedua (19 Mac 2023)
- Pengumuman promosi jual pada harga tinggi di sambung - har terakhir (20 Mac 2023)
“Dianggarkan 80% emas-emas lama yang dijual ke kedai emas dan sebahagian ar-rahnu akhir sekali emas tu mereka (kedai emas) jual kepada PG. PG antara syarikat yang beli emas lama pada harga paling tinggi di Malaysia. Nak jual emas harga tinggi, jual terus kepada PG.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 15 Mac 2024