MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ajarkanlah Ilmu Untuk Jadi Lebih Pandai

July 28, 2016

[Kemaskini 25 Januari 2024]

Cara lebih cepat nak pandai dalam sesuatu ilmu ialah ajarkan ilmu tu kepada orang lain.

Lepas belajar, jangan simpan ilmu tu. Tapi sampaikan kepada orang lain walaupun sedikit. Tahu sedikit, sampaikan sedikit. Tahu banyak, ajarkan lebih banyak.

Saya percaya, orang yang sampaikan ilmu  akan sentiasa setapak kehadapan berbanding orang yang sekadar belajar dan simpan ilmu dia untuk diri sendiri. 

Rahsia kekal best student

Orang yang mengajarkan ilmu, dia akan hadap banyak persoalan baru berkaitan ilmu tu. Hasil pencarian, dia akan dapat kefahaman baru atas ilmu yang sama.

Bila belajar, dia lebih fokus. Sebab dia ada tanggungjawab nak sampaikan pulak kepada orang lain.

Pengalaman saya, kenapa “best student” di universiti kekal sebagai “best student”. Antara sebabnya, dia akan jadi rujukan kawan-kawan yang sama pengajian.

Dia sentiasa perkemaskan ilmu dan dapat ilmu baru di luar kelas. Lagi banyak orang datang bertanya, lagi kukuhlah kefahaman dia. Dan lagi banyaklah ilmu dia bertambah.

Ilmu kalau tak diajarkan kepada orang lain, ia akan hilang. Tapi kalau disampaikan, ia akan bertambah. 

Aisyah takut nak present dalam kelas

Ada suatu hari, Aisyah (anak sulong saya) nampak sangat sedih masa dia balik sekolah. Bila saya selidik, rupa-rupanya dia clatch dengan kawan dia sebab tak nak jadi wakil “group presentation” dalam kelas.

Katanya, dia tak pandai present dan tak berapa mahir subjek tu.

Jadi saya pesan kepada dia; sebenarnya itulah peluang untuk jadi lebih pandai.

Pergi je ke depan dan present jer apa yang dia tahu. Biarlah guru atau kawan-kawan nampak dia tak pandai (kalau betul dia tak pandai)... Semua orang pun tak pandai, sebab tu pergi sekolah.

Dan itulah peluang untuk dia pertingkatkan diri.

Saya pesan lagi, ilmu yang dia belajar, selagi tak dapat present (ajarkan) kepada orang lain, dia tak akan dapat jawab exam dengan baik. 

Petanda dapat jawab exam dengan baik

Exam tu cuma proses kita keluarkan balik apa yang dah kita belajar. Kalau tak dapat ajarkan kepada orang lain, maksudnya kita tak akan dapat jawab exam dengan baik.

Masa belajar, biarlah nampak “bodoh” 5 minit sebab bertanya dan mencuba.

Itu lebih baik dari “simpan kebodohan” tu sendirian. Sebab kita “bodoh” itulah kita pergi sekolah (belajar). Kalau dah pandai, tak perlu lah pergi sekolah...

Sejak hari tu, saya dapat feedback positif bila dia diberi tugasan untuk present. Dia anggap tugasan presentation tu sebagai satu peluang keemasan untuk dia grow. Alhamdulillah...

Pengalaman saya sendiri membuktikan; cara yang cepat untuk pandai sesuatu ilmu, bukan sekadar belajar, tetapi belajar dan terus mengajar. 

Rebut pahala pasif lepas mati

Sampaikanlah ilmu menggunakan apa medium sekalipun.

Asalkan sampaikan ilmu dengan ikhlas dan penuh amanah, ilmu tu bukan sahaja dapat manfaat kepada orang lain. Tapi yang lebih penting, ia akan tambahkan kefahaman kita pada apa yang kita sampaikan tu. InsyaAllah...

Tak perlu tunggu jadi pakar dulu baru nak sampaikan ilmu. Sebaliknya kena sampaikan ilmu dulu barulah kita akan jadi pakar.

Kena tanam mindset sampaikan ilmu macam apa yang Nabi s.a.w. pesan dalam hadis yang mafhumnya lebih kurang "sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat".

Setiap ilmu bermanfaat yang kita sampaikan, akan jadi “pahala pencen” kita setelah mati... InsyaAllah...

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya" (HR Muslim, no. 1631

[Riyadhus Solihin no. 1383]

Zulkifli
Damansara Damai
28 Julai 2016
23 Syawal 1347H

If you want to LEARN something, READ about it. If you want to UNDERSTAND something, WRITE about it. If you want to MASTER something, TEACH it.

The more you teach, the better you learn. Teaching is a powerful tool to learning.

- Richard Feynman, Scientists and physicists

“Ilmu kalau disimpan dan tidak diamalkan, ia akan hilang. Kalau diajarkan kepada orang lain, ia akan bertambah. Jadi jangan tunggu jadi pakar baru nak sampaikan ilmu. Sebaliknya, sampaikanlah ilmu untuk jadi pakar.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 14 Disember 2017

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Betul2…saya tengok rakan dealer saya yang selalu present PG1S sales mereka makin meningkat dan mereka bertambah yakin.

    Syabas, saya juga berharap dapat peluang untuk berbuat demikian, insha Allah.

  • Practice makes perfect antara bidalan menunjukkan perlu lakukan secara berulang. Kemahiran tidak boleh belajar melalui bacaan tetapi perlu diamalkan secara berterusan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >