MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Raikanlah Usaha Anak-anak, Walau Apa Pun Keputusan Peperiksaan Mereka

June 21, 2022

Kejayaan sebenar bukanlah di atas sekeping kertas.

Jujurnya saya tak pandang sangat pun berapa anak saya skor dalam peperiksaan, walaupun anak saya juga termasuk salah seorang pelajar yang naik ke pentas untuk ambil keputusan SPM baru-baru ini.

Sejak dari sekolah rendah hinggalah dia ambil result SPM, saya tak kisah sangat.

More...

Hatta ketika anak saya tak ada satu subjek pun dia dapat A dalam UPSR, saya tetap ucapkan tahniah dan raikan kejayaan dia!

Saya pernah tulis catatan meraikan anak solong saya yang tak ada satu pun subjek dapat A ketika dia ambil keputusan UPSR dulu, hingga bingung akak cashier Secret Recipe!

Tetap Raikan Walaupun Tanpa "A"

Walaupun begitu, saya bukan mengatakan akademik tak penting.

Akademik memang penting, tapi akademik itu bukanlah segala-galanya.

Saya tak berkompromi dengan anak-anak yang malas pergi sekolah.

Sekolah tetap kena sekolah.

Exam tetap kena exam.

Tapi saya tak melihat berapa yang mereka skor, sebaliknya melihat SIAPA DIRI mereka.

Bukan Markah, Tapi Siapa Diri Mereka

Kalau nak bangun pagi solat Subuh pun kena kejut (berkali-kali!), saya katakan kepada mereka, mereka belum berjaya!

Kalau bilik dan rumah bersepah, sinki di dapur penuh tak berbasuh tapi mereka tak ambil pusing, mereka belum berjaya.

Kalau waktu nak pergi sekolah pagi itulah dia baru nak iron baju sampai lewat ke sekolah, mereka belum berjaya.

Kalau solat 5 waktu nak kena ingatkan berkali-kali, mereka belum berjaya.

Berapa A sekalipun yang mereka skor, saya tak kisah. Yang penting SIAPA diri mereka.

Saya melihat AKHLAK, DISIPLIN, SIKAP, dan MINDSET mereka.

Fokus Pada Akhlak Dan Disiplin

Kalau yang itu beres, apa pun ilmu dan kemahiran dalam hidup, mereka mampu menguasai dengan baik, sesuai dengan apa yang mereka mahu capai dalam hidup. InsyaAllah.

Kejayaan hanyalah persoalan masa saja.

Bagi anak-anak yang dapat keputusan yang dianggap tak cemerlang, kita sebagai ibubapa railah usaha mereka. Jangan dibunuh semangat mereka.

Raikan usaha mereka belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik. Ingatkan mereka, SPM hanyalah peperiksaan untuk menentukan apa kursus yang dia mampu sambung ke peringkat yang lebih tinggi sahaja.

Itu bukanlah penamat, sebaliknya ia hanya permulaan bagi pengajian ke peringkat seterusnya.

Bila dah bermula nanti, semuanya akan bermula dari ZERO balik. Kosong-kosong!

SPM Bukanlah Penamat, Tapi Permulaan

Berapa banyak kenalan kita yang dapat keputusan yang kurang baik dalam SPM tapi tetap juga dapat sambung belajar hingga ke peringkat PHD!

Bahkan kelulusan akademik mereka jauh lebih tinggi berbanding rakan kita yang dapat keputusan meletup-letup waktu SPM dulu...

Kalau sekolah tak meraikan usaha dan pencapaian anak-anak kita, tak perlu bimbang. Kita sebagai ibubapalah yang meraikan mereka.

Kitalah yang menjadi mentor dan coach sebenar kejayaan anak-anak kita. Bukan sekolah.

Zulkifli
Cyberjaya
17 Jun 2022
17 Zulkaedah 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Terima kasih tuan atas peringatan. Saya dahulu antara parent yang memandang kecemerlangan anak berdasarkan pungutan A. Tetapi, perlahan-lahan saya berubah. Cuba melihat kejayaan anak pada suatu sudut yang lain. Sekolah dan exam tetap kena pergi. Tugasan semua tu memang saya akan suruh mereka buat. Biar mereka ‘pandai’ melalui proses kehidupan tersebut. Kita guide dan nasihat mereka selalu. Sebab itu saya tak hantar mereka ke asrama lagi sebab saya suka mereka di rumah membantu kami dengan kerja rumah. Share wisdom tentang kehidupan – ilmu kesihatan, ilmu parenting, ilmu akhirat, ilmu kewangan. Eh..panjang pula saya komen. Haha…sorry!

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >