MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ibubapa Adalah Master Copy Kejayaan Buat Anak-anak

March 9, 2024

"Kakak nak jadi apa pada masa depan?"

"Nak jadi macam Papa!"

Dengan konfiden sahaja anak saya (yang remaja) jawab bila nenek dia tanya tentang cita-cita masa depan dia. 

Alhamdulillah... Saya rasa senang hati bila anak-anak jadikan saya sebagai 'role model'.

Walaupun jauh dari perfect, tapi saya sentiasa berusaha jadikan diri saya sebagai "Master Copy" dan "benchmark" dalam keluarga kecil kami. 

More...

Jati diri seorang winner 

Saya tak pandang berapa subjek mereka skor A. Saya tak kisah berapa A yang mereka dapat. 

Tapi saya perhatikan kualiti sebenar diri mereka. 

Saya nak mereka jadi "manusia yang manusiawi". Dan tentunya saya mahu mereka jadi WINNER dalam hidup mereka, insyaAllah. 

Seorang "winner" bukanlah orang yang tak pernah jatuh atau gagal... Tapi tak pernah mengalah. 

Bila terbuat silap, buat pembetulan!

Bila jatuh, bangkit semula!

Bila berdosa, minta ampun dan cepat-cepat bertaubat!

Bangkit, bangkit, dan bangkit!

Hidup mesti diteruskan...

Dulu saya pernah tulis catatan; anak sulong saya, ketika UPSR tak ada satu pun subjek dia dapat A, tapi saya tetap hadiahkan kek untuk hargai usaha dia! 

Catatannya masih ada di link https://www.facebook.com/mohdzulkifli.shafie/posts/10207920097103854 .

Memang pelik, tak pernah dibuat orang. Sampaikan akak yang berkerja kedai kek rasa janggal apa yang saya buat. 

Saya ada catat pengalaman itu di https://www.facebook.com/mohdzulkifli.shafie/posts/10207920457152855

Memang pelik...

Belajar bangkit dari kegagalan

Tapi hari ini syukur, anak sulong saya sangat rajin belajar. Bukan sekadar rajin, tapi sangat obses belajar. Kehidupan dia lebih dari sibuk orang bekerja di pejabat.

Belajar tak kira waktu.

Rutin dia bangun seawal 4.00 pagi, solat tahajjud dan witir, dan mulakan study di awal pagi.

Bahkan dia bukan setakat belajar, dia sudah maju selangkah ke depan dengan mengajar kawan-kawannya yang perlukan "coaching" daripadanya.

Mengajar kawan-kawan, sampaikan ta'lim dan mengajar Quran (secara online) untuk kawan rapatnya sekali.

Dan beliau adalah antara top student di sekolahnya sekarang. Alhamdulillah.

Tapi bila cikgu dan kawan-kawannya tanya; lepas SPM nak sambung belajar di mana?  

Dia tak ada jawapan!... Tak ada jawapan yang mudah di fahami oleh Cikgu dan kawan-kawannya. 

Pilih jalan berbeza

Jalan yang dia pilih tak sama dengan majoriti kawan-kawannya.

Sebab acuannya adalah "PAPA"! Saya sendiri.

Saya fikir cara terbaik untuk membentuk anak-anak kita bukanlah sekolah atau universiti mana yang dia belajar, tapi siapa “role model” dalam hidupnya.

Kalau role-modelnya adalah artis, belajar di mana pun dia cenderung tiru kehidupan artis. Nak jadi macam artis.

Tapi kalau role-modelnya adalah orang yang betul, dia akan cenderung untuk jadi sama macam role-model itu, insyaAllah.

Saya fikir, cara terbaik untuk jadikan anak-anak kita berjaya bukanlah dengan suruh dia belajar rajin-rajin supaya berjaya, tapi kita sendiri yang kena TUNJUKKAN KEJAYAAN itu.

Tunjukkanlah contoh kejayaan itu

Jadi orang yang baik, maka mereka akan tiru jadi baik.

Jadi orang yang rajin belajar (tak kira berapa pun usia), maka mereka pun akan turut sama rajin belajar.

Jadi orang yang rajin berusaha dan tak pernah mengalah, insyaAllah mereka pun akan jadi WINNER yang tak akan pernah mengalah dalam hidupnya! InsyaAllah...

Semuanya bermula dengan diri kita.

Kitalah MASTER COPY, dan kitalah BENCHMARK kejayaan buat anak-anak kita sendiri... InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
9 Mac 2024
25 Syaaban 1445H


“Suruh anak belajar supaya berjaya sahaja tidak cukup. Cara terbaik mendorong anak-anak berjaya ialah tunjukkan mereka bagaimana kejayaan yang kita maksudkan. Jadilah contoh supaya mudah untuk mereka tiru kejayaan itu.” - FB Mohd Zulkifli Shafie 25 Julai 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>