MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Rumah Secara Tunai, Adakah Ia Tindakan Bijak dan Berbaloi?

March 8, 2024

Kisah En Bashir dapat buat dua buah rumah sewa secara tunai (setiap 3 tahun) berikan inspirasi kepada banyak orang.

Tapi tak ramai mampu buat macam En Bashir. Ia cuma sesuai untuk yang berpendapatan besar - T20.

Untuk orang kebanyakan, kalau dapat adakan duit deposit (10% dari harga rumah) tu pun dah bagus. Selebihnya buat loan bank.

Sebenarnya, kebanyakan guru kewangan tak sarankan beli rumah secara tunai kalau tujuannya untuk pelaburan. Walaubagaimana pun, beli (atau buat) rumah secara tunai, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

More...

Ini saya ringkaskan pandangan En Sabri Yaacob, seorang jutawan hartanah yang bertanggungjawab membimbing team kami beli sebuah rumah setiap tahun melalui program GPP (Gold-Property Pairing Project) - bagi yang layak.

Kelebihan

1. Jimat caj keuntungan (interest) atas pinjaman bank

Tanpa pinjaman bank, kita jimat puluhan, malahan ratusan ribu atas caj keuntungan yang dikenakan oleh bank atas pinjaman tersebut.

Caj keuntungan yang dikenakan boleh mencecah 100% daripada nilai keseluruhan pinjaman untuk tempoh 20 - 30 tahun.


2. Tiada komitmen bulanan pinjaman bank

Bila sewakan rumah, kita dapat pendapatan bersih daripada sewaan. Tak perlu bayar kos ansuran pinjaman bank. Kalau dapat sewaan RM1,000 sebulan, maka pendapatan bersih kita juga sekitar RM1,000 sebulan.


3. Proses yang cepat

Proses membeli atau membina rumah jadi lebih cepat sebab kita tak perlu tunggu kelulusan daripada pihak bank.


4. Kuasa tawar-menawar lebih baik

Bila beli secara tunai, kita tak perlu bimbang pinjaman kita diluluskan atau tak. Dan kita boleh sign agreement jual beli (Sales & Purchase Agreement) dengan lebih cepat.

Bagi kontraktor kecil, mereka lebih suka pembeli secara tunai sebab dapat kurangkan risiko projek tu terbantut disebabkan lambat dapat bayaran.

En Sabri dengan salah sebuah rumah dan penyewanya. Dengan minat dan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pelaburan hartanah, saya mengamanahkan beliau bantu team kami supaya dapat beli satu hartanah satu tahun. Iaitu hartanah yang boleh tambah cashflow dan nilai harta bersih. Beli rumah tak perlu tarah duit simpanan dan duit gaji sendiri.

Kekurangan

1. Duit terikat pada hartanah

Duit yang dah ditukar jadi rumah, dah tak boleh lagi kita gunakan untuk rolling perkara lain. Kalau nak pakai duit, kita perlukan masa sekurang-kurangannya 6 - 12 bulan untuk jual rumah tu.

Jadi pastikan beli rumah guna duit lebihan, bukan duit simpanan kecemasan.

2. Terlepas peluang memiliki hartanah lebih banyak

Hartanah sebenarnya peluang kembangkan kekayaan menggunakan duit orang lain - pinjaman bank.

Kebanyakan pelabur yang serius kembangkan kekayaan dengan hartanah, mereka akan memanfaatkan pinjaman bank semaksimum mungkin untuk beli lebih banyak hartanah.

Dengan modal yang sama (beli sebuah rumah secara tunai), kita boleh gunakan untuk beli 3 - 5 buah hartanah lain melalui pembiayaan bank! 

Mana lebih menguntungkan?

Walaubagaimana pun, En Sabri secara peribadi berpendapat beli atau bina rumah secara tunai lebih menguntungkan bagi siapa yang ada kemampuan.

Beliau sendiri pernah bina 3 buah rumah unit studio, dan sebuah rumah bungalow kecil secara tunai di atas tanah sendiri. Dan sekarang beliau tengah siapkan lagi dua buat rumah semi-D daripada “cashback” pembelian sebuah rumah yang lain.

Beliau merancang nak siapkan beberapa lagi unit rumah sewa juga secara tunai menggunakan teknik cashback, simpanan dan overdraft.

Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, saya yakin beliau dapat bantu team kami dalam projek "beli sebuah rumah pelaburan setiap tahun" bagi yang layak join program GPP. 

Kumpul emas, miliki hartanah!

Nak kaya, kita kena belajar melabur dalam hartanah. Hartanah adalah aset terbesar dimiliki oleh orang kaya-kaya di dunia selepas bisnes!

Tapi sebelum beli rumah, cantikkan dulu profile kewangan (supaya bank suka), dan adakan dulu simpanan yang kukuh. Siapa masih adalah masalah menabung, belajarlah dulu menabung emas.

Bila dah berjaya menabung dengan baik dan dah cukup "duit lebihan", barulah belajar-belajar tukarkan tabungan emas tu kepada hartanah.

Kumpul emas, miliki hartanah! Dua-dua pun kena ada. InsyaAllah...

Zulkifli

Cyberjaya
6 Mac 2024
15Sya’ban 1445H

Kita tak pakar semua perkara. Nak kaya, kita kena bernetworking dan dapatkan bantuan daripada pakar.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>