Jujurnya jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain kaya dengan emas.
Kali pertama saya tengok plan bisnes PG, saya tak berminat. Komisyen cuma 1% dan 1.5%?
Sedangkan sebelum tu saya jadi ejen produk direct selling, komisyennya boleh sampai 21%, dan margin keuntungan jualan runcit cecah 25%!
More...
Komisyen kecil, tanggungjawab banyak
Tapi bila tengok komisyen dealer cuma 1% dan 1.5%, saya tak berminat langsung buat bisnes PG. Lambat kaya...
Bayangkan lepas layan customer dengan pelbagai persoalan, bila customer menabung emas RM100, komisyen cuma dapat RM1.00?
Nak kena ada 100 customer menabung RM100 pada sesuatu bulan, barulah dapat insentif RM100!
100 customer, maksudnya 100 tanggungjawab, 100 masalah nak kena selesaikan.
Bisnes PG lebih kurang sistem ejen lain juga. Apa-apa masalah pasal transaksi customer, dealer yang kena guide, bahkan bantu settlekan bagi pihak customer dengan PG.
Mudah tak? Ianya tak mudah, kecuali dealer yang rajin datang training dan dia sendiri obses menabung emas.
Kena sabar macam tanam durian
Sudahlah komisyen kecil, komisyen RM100 pertama, PG bayar masuk c-wallet PGMall - macam Shopee Coins. Kalau insentif bulan tu RM110, RM100 pertama masuk c-wallet, balance RM10 barulah masuk akaun bank.
Semangat tak?
Memang tak semangat langsung...
Sebab tu saya cakap, jadi dealer Public Gold ni tak berbaloi, kecuali mereka yang obses menabung emas, dan sabar educate orang lain supaya kaya dengan emas.
Bisnes PG ni macam tanam pokok durian.
Hanya mereka yang sabar bina bisnes jangka panjang macam tanam pokok durian sahaja yang berbaloi buat bisnes PG.
Memang penatlah seketika... Bahkan ada ketikanya penat kerja macam kerbau... Tapi bila dah berbuah, hasilnya boleh makan sampai ke anak cucu. InsyaAllah...
- Income Dealer Public Gold Macam Usahakan Kebun Durian
- Bukti Hidup Bisnes Public Gold Boleh Diwarisi Dengan Mudah
Kena sanggup bekerja tanpa income
Kalau buat bisnes baru 2, 3 bulan tapi fikir nak buat duit besar dengan PG, pada saya jangan buang masa. Baik buat benda lain. Bawa Grab lagi cepat dapat hasil...
Busines PG bukan macam tanam sayur; tanam bulan ni, 2, 3 bulan dah dapat tuai hasil. Bukan...
Semua dealer PG yang nak berjaya, dia kena sanggup buat bisnes tanpa apa-apa income lumayan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan.
Siapa sanggup join training (tiap-tiap minggu dan tiap-tiap bulan), buat konten, buat marketing, contact bakal customer selama 6 - 12 bulan tanpa apa-apa hasil, bisnes PG mungkin sesuai untuk dia.
Kalau tak, jadi sahaja penyimpan emas berilmu. Fokus menabung emas sahaja.
Win-win , semua orang happy
Kalau ada ahli keluarga atau kenalan yang nak menabung emas, refer sahaja kepada dealer terlatih untuk bantu mereka mulakan tabungan emas.
- Sila baca : Refer Penyimpan Emas Baru, Dapat Duit Saguhati
Kenalan kita happy dapat servis terbaik dari dealer terlatih.
Dealer PG happy dapat tambah customer baharu.
Kita pun happy tengok kenalan kita pun sama-sama kaya dengan menabung emas tanpa sakit kepala nak settlekan masalah dia.
Pahala sebarkan kebaikan pun dapat. InsyaAllah...
Win-win...