"Hadkan 3 bulan gaji, selebihnya tukar kepada emas"
Saya tak simpan duit banyak dalam ASB atau Tabung Haji. Saya limitkan cuma 3 bulan gaji je - sebagai "dana kecemasan" - in case ada keperluan mendesak.
Selebihnya, saya convert kepada emas.
Walaupun harga emas ada naik turun dalam jangka pendek, tapi dalam jangka panjang, nilai emas jauh lebih kukuh berbanding simpan dalam bentuk duit kertas (di bank).
Tak kisah samada ASB, atau Tabung Haji, ia tetap duit kertas.
Sejarah 20 tahun menujukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Sedangkan dividen ASB dan Tabung Haji semakin merosot dari tahun ke tahun.
Secara purata, bermain sekitar 5% je.
Risiko sebenar simpan duit
Masa belum kenal emas, saya pun sama macam kebanyakkan ‘penasihat kewangan’ - saranan simpanan duit dalam Tabung Haji dan ASB saya anggap sebagai tempat paling selamat.
Saya target nak ada dana kecemasan 12 bulan gaji - kena simpan dalam Tabung Haji.
Tapi lepas tengok duit ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak rasa terjamin simpan duit jangka panjang dalam Tabung Haji atau ASB.
Walaupun nombor masih kekal (dan bertambah dengan dividen setiap tahun), tapi hakikatnya NILAINYA HILANG sebanyak 30%!
Bahkan dalam sejarah negara, duit ringgit pernah jatuh sebanyak 50% hanya dalam tempoh 1 tahun!
Ya, hanya satu tahun!
Ia berlaku ketika krisis kewangan pada tahun 1997!
Dividen 5% yang kita dapat tu sebenarnya sangat tak berbaloi.
Emas tiada risiko kejatuhan nilai
Dan apa yang menarik, di sebalik kefahaman sebahagian ‘penasihat kewangan’ bahawa simpan emas dianggap berisiko (harganya jatuh), harga emas tak pernah jatuh sebanyak 30% atau 50% dalam sejarah 30 tahun!
Tak pernah...
Bila saya faham pasal perkara ni, saya limit-kan simpanan kecemasan dan simpanan jangka panjang saya dalam dalam akaun bank cukup sekadar 3 bulan gaji sahaja.
Selebihnya saya tukarkan kepada emas.
Pengalaman saya, siapa tak ada ilmu tentang emas, dia takut simpan emas. "Berisiko" katanya...
Tapi siapa yang ada ilmu tentang emas, dia rasa takut tak simpan emas.
Sebab simpan duit kertas (dalam akaun bank) itu sebenarnya lebih berisiko!
Allahu a'lam.


