“Boleh saya tahu apa pelaburan terbaik?”
Masa saya baru keluar surau di TRX, saya terpandang seorang perempuan. Dia macam senyum kepada saya.
Saya balas senyuman tawar dan terus alihkan pandangan. Kalau tak senyum, takut nampak sombong. Kalau balas, kan saya perasan seorang diri pulak!
Serba salah...
Saya tengok perempuan tu macam bincangkan sesuatu dengan lelaki bersama dia. Mungkin suami dia kot.
More...
Saya duduk nak pakai kasut. Lepas lelaki tu masuk surau, dia datang kepada saya dan tanya,“Tuan nama Zulkifli ke?”
“Betul, saya Zulkifli”, balas saya...
“Oo... Betullah... Saya takut salah orang”.
Dia nampak excited...
Soalan simple, jawapan panjang
Katanya, dia follower saya. Jadi alang-alang dah jumpa face to face ni, suami dia suruh dia tanya soalan.
Nampak dia segan-segan... Dia minta izin tanya soalan.
Saya tak ada masalah. Lagipun saya tengah tunggu anak perempuan dalam surau.
Dia tanya, “apa pelaburan terbaik sekarang ni?”
Soalan tu ringkas, tapi jawapan panjang sebenarnya. Dan persoalan tu pernah bermain dalam fikiran saya suatu masa dulu.
Saya jawab ringkas sahaja;...
👉🏻 Duit simpanan jangka pendek, letak dalam ASB ataupun Tabung Haji (ataupun KWSP).
👉🏻 Duit simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), simpan dalam bentuk emas fizikal.
👉🏻 Kumpul emas banyak-banyak sampai cukup 12 bulan gaji. Duit selebihnya, gunakan untuk melabur dalam hartanah; beli rumah-rumah sewa - supaya dapat cashflow (income pasif).
Saya bukan pakar. Tapi itu cara saya simpan dan laburkan duit saya...
Ia pelaburan yang mudah difahami dan mudah diurus...
Kenapa ASB ataupun Tabung Haji?
Simpanan dijamin selamat oleh kerajaan. Dan pulangannya agak baik - sekitar 5% setahun.
Tapi dari sudut jangka panjang, ianya tak berbaloi.
Di ASB dan Tabung Haji, saya cuma simpan dana kecemasan (berjumlah 3 bulan gaji) dan duit yang nak digunakan dalam jangka masa terdekat sahaja.
Duit simpanan jangka panjang, saya simpan dalam bentuk emas.
Kenapa simpan emas?
Kadar kenaikan harga emas secara puratanya 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB ataupun Tabung Haji.
Itu berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas.
Keuntungan 5% dari ASB dan TH sebenarnya tak berbaloi - untuk jangka panjang.
Ia tak boleh catch-up kadar kenaikan harga barang (inflasi) dan risiko kejatuhan nilai duit kertas dalam jangka panjang.
Satu masa dulu, RM50 cukup untuk beli barang dapur untuk seminggu. Kalau beli telur, boleh dapat sampai 10 papan telur (1 papan = 30 biji). Sekarang cuma boleh dapat dalam 3 - 4 papan sahaja.
Duit masih sama (RM50), tapi kuasa beli dah jatuh hampir 70% dalam 20 tahun.
Sedangkan harga emas dah naik lebih 700% sejak 20 tahun lalu.
Nilai duit kertas makin kecil. Sedangkan harga emas makin lama makin naik.
Bila simpan dalam bentuk emas, duit kita selamat daripada kesan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.
Kenapa melabur dalam hartanah (beli rumah sewa)?
Nilai hartanah makin lama makin naik. Secara puratanya dalam 5% setahun.
Walaupun dari sudut kadar kenaikan harga (capital gain), emas lebih baik berbanding hartanah. Cuma kekurangan emas - tak ada income (cashflow).
Duit kita ‘beku’. Kalau nak pakai duit, kita kena jual emas-emas tu.
Bila kena jual, maksudnya jumlah emas tu makin lama makin berkurangan.
Kelebihan hartanah, ada income dalam bentuk sewaan. Kita tak perlu jual rumah, tapi boleh makan hasil bulan-bulan daripada sewaan sahaja - income pasif.
Income pasif dari rumah-rumah sewa tu boleh jadi dana persaraan. Tak kerja pun ada duit - #FinancialFreedom. InsyaAllah.
Dan berita baiknya, kita boleh labur dalam hartanah tanpa sentuh duit simpanan! Sebaliknya guna duit pinjaman bank.
Kalau kena keluarkan duit simpanan pun, sekitar 10% - 15% sahaja.
Kalau rumah tu harga RM300,000, kita tak perlu keluarkan duit RM300,000. Tapi cukup dengan modal sekitar RM45,000 sahaja untuk deposit dan kos berkaitan.
- Emas dan Hartanah Sahaja Untung, Pelaburan Lain Semua Rugi!?
- Berapa Harta Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan?
Buat duit banyak dengan bisnes
Ringkasnya, itu cara saya simpan dan laburkan duit.
Tapi kalau nak buat duit banyak, caranya dengan bisnes. Bukan dengan pelaburan.
Keuntungan 20% daripada pelaburan dianggap luar biasa. Tapi keuntungan 200% (malah 2000% setahun daripada bisnes), itu dianggap biasa-biasa sahaja.
👉🏻 Buat duit banyak dengan bisnes.
👉🏻 Simpan duit jangka pendek dalam ASB atau Tabung Haji (atau KWSP).
👉🏻 Simpan duit jangka panjang dalam bentuk emas fizikal.
👉🏻 Dan laburkan duit lebih dalam hartanah.
Yang paling penting, kena bermula dengan ilmu.
Sebab ramai orang pernah jatuh lingkup dan terjerat dengan emas mahupun hartanah.
Bukan emas membuatkan kita kaya. Bukan hartanah membuatkan kita kaya... Yang membuatkan kita kaya ialah sejauh mana ilmu kita tentang emas dan hartanah...
Allahu a'lam.