MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pelaburan Terbaik Untuk Orang Pencen

Miskin di usia muda, itu pengalaman. Tapi miskin di usia tua, itu penjara (kewangan)!

Itulah yang kena ingat bagi mereka yang dah pencen.

Seorang pesara umur 59 tahun tanya saya. Dia ada duit RM200,000. Pelaburan mana yang paling sesuai untuk dia dan suami yang sudah tak bekerja?

More...

Selamatkan Duit Yang Ada

Nasihat saya, lebih baik letak dalam Tabung Haji (atau ASB) jer. Saya kira-kira, dengan modal RM200,000 tu, dia boleh dapat pendapatan sekitar RM12,000 setahun kalau kadar dividen 6%.

Setiap bulan ada lah RM1,000 (RM12,000 / 12 bulan).

Bagi mereka yang pencen (tiada pendapatan), keutamaan nombor satu ialah SELAMATKAN DUIT yang ada tu dulu sebelum fikir nak buat untung dalam pelaburan.

Duit TALIAN HAYAT TERAKHIR tu tak sesuai untuk pelaburan.

Bila melabur, rugi dah confirm dalam tangan. Tapi untungnya belum tentu.

Kalau tak sanggup duit tu lebur 100%, jangan sesekali labur duit tu.

Nasihat pakar kewangan Tuan Azizi Ali, kaya tu penting. Tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin!

Katanya lagi, miskin di usia tu adalah penjara!

Kita tak lagi sekuat orang muda untuk bangkit - kalau jatuh...

Pelaburan Dijamin Kerajaan

Sebenarnya, pelaburan terbaik ialah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. Pendek kata, kita tahu benar sepak terajang pelaburan tersebut.

Tapi kalau tak ada ilmu untuk melabur dalam mana-mana pelaburan, tempat terbaik ialah biarkan jer duit tu dalam ASB atapun Tabung Haji.

Kita boleh dapat dividen setiap tahun sebagai pendapatan.

Walaupun pulangannya tak tinggi. Tapi sekurang-kurangnya duit pokok yang kita letak tu tak berkurangan. Ia dijamin oleh kerajaan.

Tapi kalau duit tu memang betul-betul untuk SIMPANAN SEMATA-MATA tanpa mengharapkan pendapatan dari situ (contonya sebab dah ada duit pencen yang cukup), duit tu bolehlah digunakan untuk beli emas, tanah atau hartanah.

Itu pelaburan yang selamat. Dan nilainya juga lebih terjamin dalam jangka panjang, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
1 Mei 2023
10 Syawal 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>