MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Seronok Menabung, Tabiat Menjadikan Kita Semakin Kaya!

September 17, 2025

Mindset tak sama. Sebab tu tahap kehidupan pun tak sama.

Orang biasa fikir, kalau menabung maknanya hidup tak happy. Ada duit, tapi tak belanja.

Kalau simpan RM1,000, dia rasa macam “tahan diri” daripada bergembira dengan duit RM1,000 tu. Dalam kepala dia, “Kalau belanja habis-habis, baru la happy!”

👉🏻 Itu mindset orang biasa - yang menyebabkan dia tak kaya-kaya. 

Tapi orang kaya fikirannya berbeza. 

More...

Keseronokan berubah 

Setiap ringgit yang masuk dalam tabungan, itulah kegembiraan dia. Dia langsung tak rasa suffer (menderita) pun bila menabung. Malah, itu sumber bahagia dia! 

Dia bukan jadi kaya dulu baru menabung. 

Tapi dia ubah mindset dulu → mula menabung → barulah jadi kaya. 

Dulu dia happy berbelanja habis-habis. Sekarang pun dia tetap happy, cuma caranya berbeza:

Happy menabung sebahagian, happy juga berbelanja selebihnya.

Bezanya, happy tu mendorong dia makin kaya, bukan berlari di tempat yang sama.

👉🏻 Mindset berubah → habit berubah → lama-lama kehidupan pun berubah. 

Terus menabung walaupun dah kaya

Ramai fikir, bila dah kaya tak perlu menabung lagi.

Hakikatnya, orang kaya tetap menabung walaupun dah kaya raya. 

Kalau dulu mungkin simpan 10% daripada income. Bila makin kaya, naik 30%, naik 50%, malah ada yang simpan lebih separuh daripada income. 

Sebab tu lah orang kaya semakin kaya. 

Orang biasa pula fikir orang yang menabung tu hidupnya menderita, tak enjoy life. Sedangkan orang yang menabung inilah yang hidupnya makin enjoy - kualiti hidup makin lama makin meningkat. 

Contohnya, orang biasa sanggup bayar kopi mahal tiap hari tapi tak menabung walau satu sen - kononnya reward diri lepas penat bekerja. 

Orang kaya, permulaannya dia cari kegembiraan dengan cara lain, yang tak makan modal yang banyak.

Tapi lama-lama, dia pun minum kopi mahal juga, malah boleh belanja kawan-kawan kopi mahal tiap hari pun dia tak kisah!...  

👉🏻 Bezanya, tabungan dia tetap bertambah setiap bulan. 

Bermula dengan tune mindset 

Kesimpulan: 

  1. Orang biasa happy bila tak menabung – sebab dia fikir orang menabung hidupnya tak enjoy. Akhirnya, bertahun-tahun kerja tapi masih berlari di tempat sama. 
  2. Orang kaya happy bila menabung – dan rasa tak tenang bila tabungan tak bertambah. Tahun berganti tahun, makin kaya dan masih terus menabung macam biasa. 

Apa yang membezakannya?

👉🏻 MINDSET – cara berfikir.

Cara berfikir → membentuk tindakan (habit) → akhirnya menentukan kehidupan (hasil). 

Ubah dulu cara berfikir. Tune otak supaya berfikir macam orang kaya.

Banyakkan membaca buku-buku kewangan dan joinlah circle yang obses bina kekayaan. 

Lama-kelamaan, sikap dan tabiat orang kaya melekat pada diri kita. Sikap dan tabiat yang nampak kecil tu akhirnya berikan kesan besar dalam hidup kita lepas beberapa tahun - jadi kaya raya! 

InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
16 September 2025
23 Rabiul Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>