MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Menabung, Kita Lebih Hargai Duit Hasil Titik Peluh Kita

October 29, 2024

RM200 tu rasa kecil bila berbelanja. Tapi rasa besar bila menabung.

Satu masa dulu saya tak tahu cari duit extra walaupun cuma RM10 sebulan. Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji setahun sekali sahaja...

Tapi bila belajar berbisnes, dapat extra income RM100 - RM200 sebulan pun saya rasa dah besar. 

More...

Bersemangat bila tabungan bertambah

Pertama, ia lebih besar dari tunggu kenaikan gaji.

Kedua, sebab setiap duit yang saya dapat, saya langsung tak sentuh duit bisnes kecuali untuk tambah tabungan sahaja.

Waktu tu saya rasa hairan tengok kenapa kawan-kawan yang sama-sama berbisnes mudah give-up. Padahal income mereka (dalam bisnes) lebih kurang income saya.

Income beberapa ratus sebulan tu tak memotivasikan mereka.

Mungkin sebab compare dengan gaji dia, maka dia rasa tak berbaloi.

Tapi saya compare dengan jumlah yang mampu saya tabungkan. 

Keajaiban bila mula menabung 

Dapat tambah tabungan beberapa ratus sebulan tu besar sebenarnya.

Dari situ saya belajar sesuatu; siapa yang dah mula menabung, dia akan lebih hargai setiap duit yang dia dapat.

Keinginan dia untuk berbelanja makin berkurangan sebab dia rasa seronok tengok tabungan bertambah. 

Dia tak perlu tunggu dapat duit banyak untuk rasa bersemangat. 

Walaupun dapat extra (atau berjaya dijimatkan) cuma RM200 sebulan, RM200 tu besar bila berjaya tambah tabungan.

Kalau setahun, maksudnya tabungan kita bertambah sebanyak RM2,400 (RM200 x 12 bulan).

Banyak tu...

Menabung dulu, belanja selebihnya

Itulah antara keajaiban bila mula menabung. 

Sebab tu lah nak menabung jangan tunggu duit lebih...

Setiap kali dapat gaji, menabunglah dulu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. Dan berbelanjalah selebihnya...

Walaupun permulaannya kita akan korek balik tabungan tu, tapi tengoklah satu per satu keajaiban berlaku pada kewangan kita khusus bagi siapa yang dah mula menabung dalam bentuk emas.

InsyaAllah... 

#TipKayaDenganEmas 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Oktober 2024
25 Rabiul Akhir 1446H

Orang yang dah obses menabung, keinginan dia nak berbelanja makin berkurangan. Dia sangat hargai setiap duit yang dia dapat. Keseronokkan dia bukan lagi berbelanja, tapi tengok tabungan dia makin lama makin bertambah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>