MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari

October 30, 2024

Mesti ada degree, dan duduk sendiri. Bukan duduk rumah mak!

Ini antara dua ciri penting diperhatikan oleh banyak majikan bila nak ambil pekerja muda. 

Pertama dia mesti belajar sampai bachelor degree, bukan sekadar diploma. 

More...

Kelulusan dan problem solving skill  

Berdasarkan feedback yang saya terima dari banyak majikan (kenalan-kenalan saya), mereka nak pekerja yang ada degree bukan sebab kelulusan, tapi berdasarkan pengalaman mereka, kebanyakan pekerja yang ada degree, tahap pemikiran berbeza. 

Ya. Tahap pemikiran...

Mereka boleh fikir sendiri untuk selesai sesuatu masalah. Mereka ada skill menyelesaikan masalah (problem solving skill) lebih baik.

Bila ada masalah, mereka pandai selesaikan sendiri. Tak perlu tunggu boss yang tolong bagitahu itu dan ini.

Mereka boleh fikir sendiri. 

Terus belajar sampai degree

Bila gajikan pekerja yang ada degree, mereka bukan sekedar beli masa mereka, tapi bayar 'otak' mereka sekali.

Jadi anak-anak kita yang pergi belajar ke peringkat pengajian tinggi, tak kisahlah dia nak berniaga sendiri atau makan gaji, belajarlah sekurang-kurangnya sampai ke peringkat degree.

Jangan berhenti sekadar tahap diploma sahaja.

Nak berhenti belajar, sekurang-kurangnya kena belajar sampai degree dulu. 

Kriteria kedua, majikan akan perhatikan anak muda tu samada tinggal sendiri atau duduk di rumah mak.

Anak muda yang cepat berdikari 

Majikan tak berminat ambil pekerja muda yang duduk di rumah mak.

Mereka prefer yang duduk sendiri, khusus yang berhijrah dari kampung atau tempat lain.

Sebenarnya, ia bukan soal duduk rumah atau ataupun tidak.

Cuma berdasarkan pemerhatian mereka, anak muda yang duduk rumah mak ni banyak yang 'manja'. Kerja pun tak lama.

Kalau ada masalah dengan kerja, silap-silap mak dia sekali masuk campur!

Ada masalah sikit, terus dia resign!

Ini susah bagi majikan. 

Yang berdikari, lebih kuat daya tahan

Di mana-mana tempat kerja pun pasti ada masalah. Mereka yang duduk rumah mak, mereka kurang daya tahan bila berhadapan dengan masalah.

Cepat give-up!

Tapi mereka yang duduk sendiri, dia lebih independent (berdikari) dan lebih kental dengan masalah.

Majikan prefer ambil anak-anak muda yang duduk sendiri. Sebab selalunya mereka akan jadi pekerja yang lebih berdikari dan kuat daya tahan.

Itulah antara intipati perbualan saya dengan Tuan Asmanizam Abdullah dan Dr Siti Hasifah masa breakfast di Kuala Dungun pagi tadi (selepas kami selesai menyelam di Pulau Tenggol kelmarin). 

Saya pun setuju dengan pendapat tu. 

Keluarlah dari zon selesa 

Itulah sebab saya sarankan anak-anak muda yang pilih jalan nak kerja sendiri, belajarlah sekurang-kurangnya sampai ke tahap ijazah.

Ia bukan tentang sijil dan kelulusan. Tapi membentuk jati diri. 

Kedua, jangan duduk rumah mak. Rumah mak adalah zone selesa kita.

Kemajuan hidup akan terhenti selagi kita tak melangkah keluar dari zon selesa.

Walaupun masih bujang, bila sampai waktunya, keluarlah duduk rumah sendiri dan belajarlah urus kehidupan sendiri.

Kalau perlu berhijrah, berhijrahlah...

Tinggalkan kampung halaman dan keluarlah dari rumah mak. Pergi cari pengalaman hidup di tempat baru. 

Hijrah menjadikan kita lebih baik

Pengalaman hidup susah payah sendiri akan menjadi kita lebih kuat dan lebih berdikari.

Ia akan menjadikan diri kita dalam versi yang lebih baik. InsyaAllah.

Sudah beberapa anak muda dari kalangan murid saya yang saya suruh mereka keluar dari rumah mak dan duduk menyewa sendiri.

Dan saya tengok perkembangan yang sangat positif kehidupannya berbanding dulu.

Berhijrahlah bila sampai waktunya...

Itu nasihat saya buat anak-anak muda walaupun saya tahu, banyak ibubapa kalau boleh nak anak-anak mereka di depan mata mereka sampailah mereka di hujung usia...

Berat nak melepaskan anak-anak... Itu naluri kasih sayang setiap ibu dan bapa yang kena belajar melepaskan anak-anak bila sampai waktunya...

#TipIbubapa #TipKejayaan #MembangunDiri 

Zulkifli
Cyberjaya
23 Oktober 2024
19 Rabiul Akhir 1446H

PENAFIAN :

Saya tulis perspektif pemilik bisnes yang gajikan pekerja dan apa persiapan yang patut generasi muda lakukan supaya mereka lebih mudah dapat pekerjaan.

Apa yang bukan saya tulis, maksudnya semua bukan dari saya. Itu hanyalah sangkaan dan fikiran orang yang membaca... Baca selanjutnya

Breakfast di Kuala Dungun selepas selesai menyelam di Pulau Tenggol sehari sebelumnya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>