MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Belian Emas Secara EPP dan Akaun GAP, Mana Lebih Baik?

November 1, 2024

Masing-masing ada kelebihan. Tapi untuk kebanyakan orang, saya sarankan beli melalui Akaun Emas GAP. 

Berita yang paling tak sedap saya dengar sebagai dealer Public Gold ialah bila dapat tahu penyimpan emas di bawah saya dikenakan caj penalti sebab tak mampu habiskan bayaran - pembelian secara EPP (Easy Payment Purchase).

Cajnya 10% dari jumlah order. Caj tu bukan sikit...

More...

Kalau pembelian secara GAP, caj 10% tu sekurang-kurangnya boleh tambah gram emas dalam Akaun GAP.

Jadi itulah sebab saya kurang bercakap pasal EPP. Saya tak nak penyimpan emas di bawah bimbingan saya kerugian.

Rugi tu satu hal, bahkan caj penalti tu boleh menyebabkan penyimpan emas rasa dah serik nak menabung emas lagi. 

Kelebihan belian EPP

Kelebihan utama EPP ialah kita boleh lock harga;

Lock harga sekarang, tapi boleh bayar sampai 10 kali. Kita ada masa 10 bulan untuk habiskan bayaran.

Kalau harga emas naik, maksudnya sebaik sahaja kita dapat emas, harga emas dah mahal.

Bahkan kalau harga emas naik banyak, dapat sahaja emas di tangan dah terus untung!

Ibarat beli emas masa depan pada harga hari ini!... 

Itu kalau harga emas naik dalam masa 10 bulan... Tapi tidak ada jaminan...

Rugi lagi kena penalti

Harga emas tak confirm naik dalam 10 bulan.

Pengalaman saya sejak tahun 2010, jangka masa 10 bulan macam-macam boleh jadi.

Harga emas boleh turun, boleh naik. Bahkan ada beberapa tahun harga emas turun lebih 15%! 

Selain dari tak mampu bayar (faktor kewangan), waktu harga emas turun, banyak penyimpan emas give-up untuk habiskan bayaran EPP.

Bahkan rasa menyesal buat EPP.

Sudahlah 'rugi' harga turun. Ditambah lagi kena caj pembatalan 10%... 

Dua kali rugi!...

Banyak cancel pembeli item kecil

Sebab itulah saya tak suggest beli secara EPP, khususnya pembelian item yang kecil-kecil macam 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 10 gram.

Feedback terkini yang saya terima daripada pihak Management PG, banyak yang sangkut bayaran EPP dari kalangan pembeli item kecil-kecil.

Tak pasal-pasal customer kena caj penalti 10%.

PG sedang pertimbangkan nak stop EPP untuk item kecil tak lama lagi.

EPP hanya untuk item yang besar-besar sahaja, macam gold bar 50 gram, 100 gram dan ke atas.

Alternatif lebih baik dari EPP

Lagi pun sekarang dah ada GAP Auto-Debit.

GAP Auto-Debit alternatif yang lebih baik untuk elak risiko kena penalti.

Cuma GAP Auto-Debit, kita tak boleh lock harga hari ini.

Harga emas tu berdasarkan jadual pemotongan yang kita dah tetapkan.

Kalau berlaku perbezaan harga pun dalam 10 bulan (berbanding EPP), kenaikan harga (untuk item yang yang kecil-kecil) pun tak membuatkan kita lebih kaya. 

Perbezaannya tak ketara.

Kelebihan GAP; lebih konsisten

Berdasarkan pemerhatian saya, yang menabung melalui GAP ni selalunya akan menang (lebih kaya) sebab mereka lebih KONSISTEN. 

Macam arnab dengan kura-kura.

Kura-kura menang bukan sebab laju, tapi sebab KONSISTEN.

Tak kisah harga naik turun, terus menabung ikut BAJET. Bukan ikut harga tinggi rendah untuk setiap gram (atau item).

Yang guna EPP pun bagus juga. Tapi selalunya yang guna EPP ni mudah kalah dengan emosi.

Selain ada yang tak mampu bayar sampai habis disebabkan masalah kewangan, banyak yang kalah dengan emosi.

EPP mudah kalah dengan emosi  

Bila harga emas turun, dia rasa menyesal sebab buat EPP. Dia rasa give-up.

Bila harga emas naik, dia rasa harga emas dah mahal. Dia rasa give-up nak menabung lagi. 

Memang banyak feedback yang saya terima, penyimpan emas (yang tiada ilmu dan sibuk monitor harga) rasa give-up nak menabung sebab harga emas dah mahal katanya...

Sebaliknya yang menabung melalui GAP, dia tak kisah harga naik turun.

Yang penting dia konsisten menabung ikut bajet dia. 

Dalam tak sedar, tabungan emas dia makin lama makin banyak.

Bukan sekadar matematik

Kewangan bukan sekadar matematik. Tapi juga tentang emosi.

Kaedah kewangan terbaik ialah yang kita boleh memenangi emosi untuk terus buat perkara yang betul sampai capai matlamat kewangan kita.

Nak konsisten menabung emas, menabunglah ikut BAJET (bukan ikut gram) melalui Akaun Emas GAP.

Kalau bajet RM500 sebulan (atau serendah RM100), konsistenlah top-up Akaun Emas GAP setiap bulan. Tak kisah harga emas naik ataupun turun. 

Paling mudah nak konsisten, menabung secara GAP Auto-Debit.

Siapa yang konsisten menabung, akhirnya gram dan kepingan emas dia maka lama makin banyak. 

Bila emas makin banyak, confirmlah lebih kaya berbanding yang sibuk monitor harga, tapi kepingan emas dia tak bertambah-tambah. 

Dia syok monitor harga (siap baca graf lagi!), tapi kekayaan dia tak ke mana-mana juga!... 

Kesian...

Zulkifli
Surabaya
1 November 2024
28 Rabiul Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>