Majikan tak akan bayar gaji tinggi hanya sebab kita ada segulung ijazah.
Tapi adakah berbaloi nilai (hasil kerja) yang kita dapat bagi (kepada syarikat) berbanding kadar gaji yang kita harapkan?
Itulah persoalan paling penting sebenarnya.
More...
Nilai kerja pun kena tinggi
Nak dapat kerja (dengan gaji tinggi), samalah macam kita jual barang.
Kalau nak letakkan harga tinggi, pastikan nilai barang yang kita jual pun tinggi juga.
Kalaupun kopi tu rasa sama, orang tak akan bayar harga tinggi untuk kopi yang jual di tepi-tepi jalan.
Tapi orang sanggup bayar harga tinggi untuk kopi kayangan macam Starbuck dan Coffee Beans.
Sebab nilai yang mereka dapat bukan sekadar kopi, tapi dapat sekali dengan gaya hidup; tempat lepak dan berbual yang selesa dengan air-cond yang sejuk, wifi percuma, dan nampak class bila tunjuk di media sosial!
Itulah sebab mereka boleh jual kopi harga 'kayangan'...
Adakah gaji dibayar tu berbaloi?
Benda ni jugalah yang setiap pekerja kena tahu, khususnya adik-adik fresh grad yang nak demand gaji yang tinggi.
Majikan tak bagi gaji tinggi sebab mereka kesiankan adik-adik mahasiswa dah berhabis duit yang banyak untuk dapat segulung ijazah.
Majikan tak akan bayar gaji tinggi hanya semata-masa kesian penat belajar selama 4 - 5 tahun.
Majikan tak akan bayar gaji tinggi sebab kos sara hidup atau hutang PTPTN kita tinggi.
Tapi adakah berbaloi dia bayar gaji tinggi berbanding hasil kerja yang kita boleh buat nanti?
Gajikan pekerja atau outsource
Kalau ada pilihan lebih murah, tentunya majikan bayar gaji murah untuk jimatkan kos.
Kalau dia rasa tak berbaloi gajikan pekerja, mereka outsource sahaja.
Baik upah orang luar settlekan kerja ikut project basis daripada dia nak kena tanggung komitmen bayar gaji staff yang tak berbaloi tu...
Sebenarnya, majikan sanggup bayar gaji mahal...
Dan kita boleh demand gaji tinggi...
Asalkan nilai yang boleh kita bagi kepada syarikat setara atau lebih dari kadar gaji yang mereka bayar.
Gaji tinggi, expectation juga tinggi
Lagi besar gaji, lagi tinggi expectation dari majikan.
Dan lagi kuat majikan perah kudrat kita supaya berbaloi setiap duit yang dibayar.
Sekali majikan ambil pekerja, pekerja dah tentu dapat gaji.
Tapi syarikat belum tentu boleh bertahan untuk tanggung gaji pekerja kalau hasilnya tak berbaloi.
Nak gaji tinggi, pastikan belajar betul-betul, lengkapkan diri dengan pelbagai skill yang diperlukan oleh majikan, dan belajar disiplinkan diri dari sekarang.
Macam mana disiplin kita sehari-hari (ketika di universiti), macam itu jugalah disiplin kita dalam bekerja nanti.
Jangan sampai kena belajar balik
Inilah yang saya pesan kepada anak-anak saya yang tengah belajar di universiti sekarang.
Sejak di universiti dah kena fikir dan bersiap sedia, apakah yang mereka boleh offer kepada majikan (atau customer) bila habis belajar nanti.
Bersiap sedialah dari sekarang.
Bukannya bila habis belajar baru sedar yang skill kita tak cukup. Lepas tu kena belajar balik untuk dapatkan skill baru yang pasaran pekerjaan perlukan.
Jangan buat kerja dua kali!...
Allahu a'lam.
#TipIbubapa #TipKejayaanAnakMuda
Zulkifli
Surabaya
1 November 2024
28 Rabiul Akhir 1446H
Artikel berkaitan:
- Nak Gaji Lebih Tinggi, Tukarlah Kepada Majikan Yang Baru
- Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!
- Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari
- Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!
- Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan
- Pelajar Tercorot, Akhirnya Memimpin Organisasi Yang Besar
- Anak Muda... Berhijrahlah dan Bina Kehidupan di Tempat Baru