MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Emas Sekarang Mahal. Berbaloi Tak Beli Emas Sekarang?

November 4, 2024

Betul. Harga emas sekarang mahal.

Bahkan dari dulu lagi orang sentiasa cakap "harga emas sekarang mahal".

Tak ada satu zaman pun orang cakap "harga emas sekarang murah". 

Emas sentiasa mahal

Setiap zaman orang anggap harga emas mahal.

Kali pertama saya tak jadi beli emas pada tahun 2006 dulu pun sebab saya rasa harga emas pada masa tu mahal.

Padahal harga emas masa tu cuma RM70 segram!

Tapi yang pastinya, harga sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang. 

Apa yang penting, kena menabung secara KONSISTEN.

Bagi penyimpan emas Public Gold yang nak menabung secara konsisten, menabunglah melalui #AkaunEmasGAP ikut BAJET, bukan ikut gram.

Yang konsisten akan menang

Tetapkan bajet minimum RM100 atau RM200 menabung melalui GAP. Buat secara auto-debit lebih baik. 

Supaya harga emas naik ataupun turun, kita terus menabung.

Walaupun tak laju, tabungan kita tetap makin bertambah.

Ingat, kura-kura menang bukan sebab laju, tapi konsisten.

Bila gram emas kita makin banyak, confirm kita lebih kaya, insyaAllah. 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
4 November 2024
2 Jamadil Awwal 1446H

Harga emas Public Gold cecah harga tertinggi dalam sejarah pada 31 Oktober 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>