MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tunggu Harga Terbaik, Kesilapan Biasa Penyimpan Emas

November 6, 2024

"Harga emas mahal sekarang. Sesuai lagi ke beli emas?"

"Harga emas cecah harga tertinggi sekarang. Saya nak tunggu harga emas turun baru saya beli..."

"Harga emas turun sekarang, kalau beli sekarang saya takut harga turun lagi. Saya nak tunggu harga turun lagi baru saya beli..."  

More...

Sentiasa dalam penyesalan  

"Harga emas dah naik, menyesal tak beli banyak masa harga murah hari tu! Agak-agak harga emas akan turun lagi tak?..."

"Saya stop beli emas dulu sebab lepas harga emas naik tahun 2020, harga emas turun... Tapi sekarang harga emas dah tinggi... Menyesal saya stop beli emas dulu..."

Penyesalan dan ketakutan yang tak sudah-sudah... 

Sebenarnya patut beli emas masa harga turun atau masa harga naik?

Dua-dua pun bukan terbaik...

Sebenarnya orang beli emas bukan masa harga naik. Dan bukan juga masa harga turun.

Tapi bila ada ilmu... 

Bukan harga terbaik, tapi ilmu

Bila tak ada ilmu, harga tinggi pun tak beli. Harga rendah pun tak beli juga! 

Tapi siapa ada ilmu, dia tahu apa yang dia buat. 

Bila ada ilmu, harga naik pun kita beli. Harga turun kita beli lebih banyak. Kita borong!... 

Siapa ada ilmu, bila harga emas naik, dia tahu harga emas sekarang lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Dia beli emas bukan untuk jual bulan depan. Tapi untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Walau harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, dia tahu sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga naik secara purata sekitar 10% setahun.

Ia lebih baik berbanding biarkan duit dalam ASB atau Tabung Haji (dalam jangka panjang yang dividennya cuma sekitar 5% sahaja). 

Bukan tentang harga, tapi gram

Harga emas akan terus naik dalam jangka panjang disebabkan faktor yang melekat dengan sistem duit (wang fiat) itu sendiri, iaitu inflasi dan penurunan nilai mata wang.

Bila faham pasal emas, ia bukan lagi soal harga. Tapi berapa gram atau berapa keping emas yang berjaya kita kumpul.

Kalau ada emas lebih banyak, confirmlah lebih kaya.

Tentang kenaikan harga, ia cuma persoalan masa sahaja. Asalkan beli emas untuk simpanan jangka panjang, tak perlu risau pasal harga. 

Ada duit, beli sahaja... 

Beberapa tahun akan datang, sesiapa pun akan rasa menyesal sebab tak beli emas lebih banyak pada harga hari ni.

Kekesalan ni akan sentiasa kita dengar saban tahun daripada mereka yang sentiasa nak tunggu harga terbaik untuk beli...

Sedangkan harga terbaik tu tak siapa akan tahu kecuali ianya dah jadi sejarah...

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Cyberjaya
6 November 2024
4 Jamadil Awwal 1446H

Harga emas di Malaysia naik 30.55% (biru) sejak setahun lalu, dan kenaikan 623.49% (merah) sejak 20 tahun lalu.

Harga emas Public Gold cecah harga tertinggi dalam sejarah pada 31 Oktober 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>