MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas!

Jangan bazirkan emosi! Itulah pesanan saya bertahun-tahun kepada penyimpan emas.

Bila harga rendah, beli jer. Jangan tunggu harga paling rendah.

Hakikat yang kita perlu sedar, tak siapa tahu bila sebenarnya harga paling rendah kecuali bila dah jadi sejarah.

More...

Lepas dah beli, tak perlu sibuk cek harga emas - setiap hari, setiap jam, bahkan setiap 20 minit...

Harga naik rasa happy... Harga turun rasa susah hati... Padahal dia bukan nak beli lagi atau nak jual emas pun sekarang...

Itu namanya membazir emosi...

Waktu sesuai monitor harga emas

Bila nak jual emas pun sama.

Bila harga tinggi dan kita nak jual sebab nak pakai duit, jual jer...

Harga emas confirm akan ada naik turun sepanjang masa.

Lepas jual, jangan pedulikan lagi pasal harga... Kita kena kawal emosi... Jangan biarkan emosi kita bergerak naik turun macam harga emas...

Kita cuma perlu monitor harga emas hanya dua keadaan sahaja, iaitu 
(1) bila nak beli lagi dalam jumlah yang besar sekaligus, atau (2) bila nak jual emas tu. Itu jer...

Bahkan kalau siapa yang penyimpan emas tegar (gold saver), kami sebenarnya tak peduli sangat tentang naik turun harga emas.

Fokus cukupkan 1 kilogram dulu

Yang penting, jumlah tabungan emas kami sentiasa bertambah setiap bulan.

Harga tinggi, kami beli.

Harga rendah, kami beli lebih banyak!

Sebab target kami nak cukupkan tabungan emas sekurang-sekurangnya 1 kilogram 1 keluarga.

Itulah aset yang akan jadi benteng pertahanan terakhir kalau apa-apa terjadi kepada kewangan keluarga pada masa depan.

Pasal harga ni, saya nak petik catatan di Facebook saya pada tahun 2014 dulu pasal "Jangan Bazirkan Emosi" ni...

Jangan bazirkan emosi monitor harga

Ada seorang pembeli emas, dia nak beli 1 dinar emas (berat 4.25 gram) ketika harganya RM532. Ketika dia dalam proses nak beli, dia tengok harga di website turun RM3 (0.56%) kepada RM529.

Bila dia tengok harga turun, dia terus cancel... Takut nak beli katanya... Takut harga emas turun lagi...

Plan asal dia nak beli 4 dinar. Tapi disebabkan dia tengok harga emas turun dalam beberapa minit, dia tukar fikiran... Dia cuma 1 dinar.

Sehari selepas dia beli 1 dinar, tiba-tiba harga emas 1 dinar naik kepada RM549! Kenaikan RM17 (3%) dalam satu hari!

Waktu tu dia menyesal sebab tak beli 4 dinar terus...

1 dinar Public Gold versi pertama (2008 - 2014).

Harga emas confirm akan naik?

Itulah sebab tu saya pesan, jangan bazirkan emosi dengan harga emas. 

Ketika harga masih di paras rendah, beli jer kalau ada duit untuk simpan jangka panjang. Yang paling penting, berapa banyak GRAM yang sudah ada dalam tabungan kita.

Bila kita ada lebih banyak emas, tentunya kita akan lebih kaya dari sebelumnya... InsyaAllah.

Dari sudut harga, kita tak perlu bimbang tentang masa depan harga emas.

Kalau harga karipap Mak Cik Bedah pun confirm akan naik pada masa depan, inikan pula aset-aset fizikal macam emas, tanah dan hartanah.

Ia confirm akan naik sebab faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit... Ia cuma persoalan masa sahaja...

Zulkifli
Cyberjaya
30 Mei 2023
10 Zulkaedah 1444H

“Ada orang menyesal beli emas sebelum ni, katanya harga tinggi. Bila tengok harga naik lagi, dia menyesal sebab tak beli lebih banyak. Penyesalan ni akan sentiasa berulang. Nak menabung emas, beli sahaja. Kita akan senyum tengok harga emas 3 - 5 tahun akan datang.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 5 Mac 2024

Time harga emas naik, harga emas tengah mahal ni, tak sesuai nak beli emas. Time harga emas tengah turun, harga emas nak turun lagi tu, tak payah beli lagi. Sampai ke sudah, duit habis gitu je, duit tak ada, emas pun tak ada.” - FB Syahrul Azlan, 9 Mac 2024

Tahun 1997, harga emas cuma RM32 segram. Murah kan? Tapi tanyalah ibu kita, confirm dia cakap waktu tu pun harga emas mahal. Setiap zaman pun orang anggap emas mahal.

Harga emas tahun 2003. Cuma RM50 segram.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>