Beli kereta baru atau second hand?
Dulu sebab nak jimat, saya prefer kereta second hand. Saya fikir, kalau bernasib baik, overall kita dapat jimatkan duit yang banyak.
Tapi kalau tersalah beli, kita akan habis duit dan habis masa yang banyak!
More...
Nilai Waktu Terbuang
Gara-gara kereta bermasalah, banyak masa kita akan terbuang. Banyak aktiviti akan terganggu.
Lagi tak berbaloi, aktiviti yang terganggu tu melibatkan kita kehilangan "jam kerja" yang sepatutnya dapat bantu duit masuk ke poket kita!
Walaupun dulu saya fikir dapat jimat duit sebab beli kereta second hand, tapi bila difikirkan balik, masa saya banyak terbuang dan aktiviti bisnes saya banyak terganggu gara-gara kereta bermasalah.
Sekali repair, banyak habis duit.
Lepas habis duit, saya fikir masalah akan selesai sepenuhnya.
Tapi rupa-rupanya "tidak".
Bila umur kereta dah tua, lepas repair satu part, part lain pulak yang rosak!
Lagi sakit hati, duit dah habis beribu, tapi masalah yang sama tak juga selesai!
Pakai Kereta Sederhana Dulu
Jadi bila keluar kereta #PeroduaAxia harga rahmah ni, saya rasa sangat happy. Ia sangat membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
Bagi mereka yang tengah bekerja keras bina kekayaan, pakailah kereta baru begini walaupun ianya sangat sederhana di mata orang.
Supaya kita dapat fokus bina kekayaan dan aktiviti kita tak terganggu dengan masalah kereta yang rosak.
Asalkan kereta ni cukup untuk kita bergerak dari point A ke point B dengan sedikit selesa, ia sudah memadai...
Yang penting, lepas beli kereta, kita masih tetap dapat terus menabung sekurang-kurangnya 10% - 30% dari gaji kita setiap bulan.
Ia lebih baik dari pakai kereta mahal tapi duit simpanan habuk pun tak ada!
"Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya..."
Zulkifli
Cyberjaya
16 Jun 2023
28 Zulkaedah 1444H
#TipBeliKereta #TipKewanganPeribadi
- Downgrade kereta sementara waktu untuk tingkatkan kualiti hidup - FB Adam Kelvin
Artikel berkaitan:
- Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri
- Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan
- Beli Kereta Baharu atau Kereta Terpakai?
- Beli Kereta Terpakai, Jimat Susut Nilai
- Beli Kereta Ikut Keperluan, Bukan Ikut Kemampuan
- Beli atau Sewa Kereta, Mana Lagi Berbaloi?
- Sewa Dulu Kalau Nak Merasa, Jangan Terus Beli
- Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
- Hutang Membeli Kereta Yang Menjerat Kewangan
- Berkereta Biasa, Tapi Dia Seorang Jutawan!
- Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba!
- Kereta Lama Tapi Terasa Baru
- Tak Perlu Lagi Risau Kos Baiki Kereta
- Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya