Salah satu tips penting bila nak beli barang yang nilainya semakin susut ialah beli barang second hand. Kita boleh jimat banyak hasil penjimatan susut nilai tu sebagaimana saya pernah kongsikan dalam artikel “Tips Jimat RM1,000 Dengan Mudah.my“. Saya jimat sekitar 25% membeli laptop Macbook Air yang keadaannya masih sangat baik, dan cukup untuk keperluan saya.
Salah satu sebab saya lebih cepat bebas hutang antaranya, saya tak pernah beli kereta baru! Saya tak menanggung kerugian susut nilai yang terlalu besar dengan pakai kereta baru. Kalau kita beli kereta baru sebelah pagi, dan terus jual sebelah petang, kita rugi at least 10% dari harga kereta tu! Kalau kereta mewah macam BMW tu, beli sebelah pagi, jual balik sebelah petang, owner boleh rugi at least RM20,000!
3 tahun pertama memang susut nilai kereta terlalu besar. Masuk tahun ketiga, biasanya nilai kereta tu dah susut sebanyak 30%. Tapi berbeza kalau kita beli kereta second hand. Nilainya tetap susut, tapi kadar susut nilainya lebih rendah. Mungkin lepas 5 tahun pakai, kereta tu masih lagi boleh dijual dengan 60% – 70% dari harga kita beli dulu.
Kereta Terpakai Jimat Susut Nilai
Dalam 10 tahun ni, saya dah pakai 2 buah kereta. Kedua-duanya kereta second hand, tapi cukup untuk isteri saya hantar anak ke sekolah, dan cukup untuk balik kampung di Kelantan dan Terengganu beberapa kali setahun. Hasil penjimatan berpuluh ribu itulah saya langsaikan hutang-hutang yang ada, dan kumpul harta. Alhamdulillah.
30 Disember lepas, motosikal saya hilang lagi. Motosikal tu baru pakai setahun lebih. Dalam tempoh 10 tahun ni, dah 3 buah motosikal kapcai (Honda EX5) saya hilang kena curi. Lepas buat report polis pagi tu, saya terus survey motorsikal baru di kedai motosikal di Damansara Damai. Kalau dulu, pagi motor hilang, sebelah petang dah terus keluar motosikal baru sebab saya memang beli secara tunai guna duit simpanan kecemasan (simpanan 3 bulan pendapatan). Tapi kali ni saya tangguh dulu sebab salesman pesan jangan beli motor ‘panas’ tu. Ia memang menyusahkan sebab kita nak pakai motor untuk cari makan. Mat-mat rempit memang suka ‘rembat’ motor tu. Beli jer motor yang tak “hot” katanya.
Jadi sementara fikir nak beli motor apa, saya buat keputusan pinjam (dengan niat nak sewa) jer motor sahabat seusrah saya dulu. Dia memang ada 3, 4 biji motor. Dia pinjamkan motor Scooter SYM VTS 200 dia. Dia masih ada 2 buah motor kapcai dan sebuah superbike di rumah. Seminggu saya ambil masa survey motor di mudah.my, akhir sekali saya buat keputusan beli jer motor SYM tu. Upgrade motor besar sikit sebab motor kapcai dah tak sesuai. Bila berjalan jauh, memang penat badan, kebas punggung dan sakit pinggang! (“,) Pakai motor SYM VTS 200 tu, berjalan jauh pun releks jer. Berjalan jauh taklah rasa lemah semangat macam dulu, bahkan rasa macam makan angin jer. Alhamdulillah (“,)
Jimat 35% Beli Motosikal
Motor tu kalau beli baru, kosnya sekitar RM11,000 (termasuk box belakang). Market price SYM VTS 200 (tahun 2012) tu sekitar RM7,500. Tapi saya beli secara tunai dengan kawan cuma RM6,500 (harga kawan). Tapi bila beli second hand ni, memang kena repair sikit untuk puas hati. Tukar tayar baru, servis, tukar side mirror yang dah patah, tukar belting baru, habis lah sekitar RM500. Total RM7,000. Alhamdulillah, saya jimat RM4,000 berbanding beli motor baru!
Memang boleh jimat banyak kalau beli barang second hand ni. Kawan sepejabat saya memang tahu saya ni jenis cari barang second hand. Zaman IT ni, kita mudah dapat barang second hand yang masih baik kondisinya sebab kita boleh deal direct dengan owner. Tak perlu pakai middleman. Kalau dulu nak beli kereta second hand kita kena survey Kedai Used Car, tapi sekarang kita survey di mudah.my jer yang pastinya lebih murah sebab kita deal dengan direct owner.
Bila penggunaan IT dah meluas di Malaysia, memang Kedai Used Car susah sikit cari makan berbanding zaman orang cari kereta di majalah Motor Trader dulu. Saya ada seorang kenalan yang memang jual kereta terpakai dari dulu lagi, katanya, bila orang dah ramai pakai mudah.my, margin keuntungan memang tak banyak berbanding dulu. Dia terpaksa bersaing dengan harga yang ditawarkan oleh direct owner. Dan sekarang Kedai Used Car pun terpaksa pakai mudah.my, tapi harga jauh berbeza berbanding harga yang dipamerkan di kedai. Bila kita tanya harga di kedai, memang dia letak mahal. Tapi kalau kita buka iklan mudah.my kereta yang sama yang display di kedai tu, harganya memang lebih murah. Susah nak letak harga mahal-mahal di internet sebab pembeli boleh compare harga.
Pra-syarat Beli Barang Second Hand
Jadi bagi saya, kalau nak cepat kaya, pakai barang second hand jer dulu. Tapi syaratnya:
- Mesti ada duit tunai. Barang second hand susah dapat pinjaman, skim ansuran mudah dsb. Kalau ada pinjaman pun, interestnya lebih tinggi.
- Hati-hati bila memilih. Takut terbeli condition yang teruk. Nanti rugi lebih besar berbanding untung.
- Sedia duit sikit untuk minor repair jika perlu supaya dapat kondisi yang kita puas hati.
Bagi sahabat yang nak beli kereta second hand, jangan terjah beli jer sebab kereta second hand ni ada sepak terajangnya. Ambil masa sikit baca panduan ringkas dari buku “Bagaimana Memilih Kereta Terpakai Yang Lebih Baik” oleh Azam Mekanik. Panduan ringkas keluaran Truewealth. Mudah-mudahan dengan penjimatan tu nanti, sahabat semua lebih cepat bebas hutang dan cepat kumpul harta, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Interview oleh TV1 dalam rancangan Suara Kita Hak Kita. Klik untuk lihat rakaman di Youtube.
saya ada kereta iswara tahun 2001. beli baru. selepas ‘seksa’ bayar ansuran selama 7 tahun, saya decide tak tukar kereta. itu lah kereta yg sy pakai sampai sekarang. syg duit bayar kereta walaupun rasa ‘kecil’ dgn kawan2 yg pakai kete besar. tapi xper asalkan poket saya ‘besar’.
🙂
Biar tak bergaya, saya poket kita kaya! Alhamdulillah… 🙂
Allahu Akbar,
Perit nya kalau motor kita hilang,
Motor yg kita guna untuk cari rezeki pulak tu,
motor ex5 pun masih ada yg nak curi..
Semoga Allah beri hidayah & balasan pada pencuri motor tu..
Betul tu En. Fadhil. Motor hilang tu ibarat patah kaki. Memang tak boleh bergerak sebab saya cari rezeki banyak naik motosikal jer sebab kita boleh bergerak lebih cepat.
artikel yg sgt berguna,tetapi tidak berguna bagi orang yg lebih pentingkan gaya.
bagi sy gaya akan dtg dgn pekej jika kita pandai merancang seperti tips2 bro..
sy juga suka mencari barang2 second hand,dari pakaian hingga ke kereta.
cuma sekarang sy kurangkan membeli barang2 second hand.kerana sudah mampu membeli yg baru..apapun permulaan sy dgn barang2 second hand upgrade perlahan2 ke barang2 baru.
TQ bro atas pandangan. 🙂
Salam,
Pendapat saya tak salah nak beli kereta second tapi kalau mampu belilah yang ada airbag dan abs untuk keselamatan diri dan famili . .
Jangan berkira sangat
Bukanlah kalau ada ciri keselamatan kita takkan accident tapi dapat mengurangkan impak kepada yang memandu dan menumpang
Kalau ada 5 airbag lagi bagus..kalau mampu tapi tetap nak beli yang murah terpulanglah.
Wlsm En. Nizam.
Terima kasih atas pandangan. Saya prefer kereta yang bagus2, tapi second hand. Contohnya, kereta Honda Accord second hand lebih baik berbanding beli kereta tempatan yang baru. Kita dapat kereta lebih baik dengan harga lebih murah.
Wallahu a’lam.
setuju sangat atas pencerahan ini.
Saya baru ambik kereta S40 volvo 2000 pada harga 10k, beli di PJ melalui mudah.my.
pakai dulu dalam 3 bulan.
Beli full ‘halfcut’ T4 turbo singapore car S40 2003 dalam rm7k, terus buat refurbished reconditioning kereta tu..salin semua sekali…A to Z…cat semula dalam luar…the quality is far more than used car recond import car yang amat mahal…total cost rm 22k termasuk upah…cuma kena kenal kawan mekanik yang bagus…
MasyaAllah. Menarik tu. Dapat kereta bagus dengan harga murah. Kereta macam tu lagi bagus dari beli Proton atau Perodua baru.
hihi.. kecik hati plak pengguna proton perodua.
🙂
Assalam.saya rasa tak perlu galak sangat mengutuk kereta nasional.tak semuanya buruk dan selemah yang disangka.kadang2 nasib juga kereta t’pakai import ni.yang tiada masalah alhamdulillah.yang bermasalah terima jela
Wslm En Man,
Ada sesiapa yang kutuk kereta nasional di sini?
Tapi realitinya kita semua memang tahu kualiti kereta nasional berbanding kereta buatan Jepun atau Eropah. Memang sangat berbeza. Hinggakan kerajaan sendiri dah tukar polisi penggunaan kereta rasmi dari proton kepada kereta Honda yang diberi nama Proton.
terima kasih..
Salam Selasa 18/2/2014.
Memang betul ex5 ni ‘hot’ bike. Masa. saya duduk umah bujang, pencuri curi ex5 kawan saya drpd mootr lain . Walhal keduar kriss dua motor tak berkuncin. Bahkan motor skuter saya tu lagi baru drpdb motor ex5.
Bagusnya ex5 ni senang nak jaga. Lagi satu laju. Kalau motor lain ni cerewet. Minyak gear lah. Minyak 2t lagi. Belum masuk timing belt lagi
Wslm En. Yusri,
Memang EX5 tu motor lasak. Sesuai sangat kalau nak buat masuk kebun, atau nak rempit. 🙂
Good tips…terima kasih 😀
Alhamdulillah…
sebut motor ex5 teringat moto yg sya hadiahkan kat abang kene curi kat apt bayu dmnsara damai …nmpk dalam cctv pakgad angkat tangan kat yang bwa motor keluar 3 pagi …
Oh, ok. Apartment Bayu yang ada security ketat pun kena curi? Ye lah. Pakgad pun bukan kenal siapa pencuri. Mungkin dia pun tengah ngantuk malam-malam. 🙂
Nak tanya pasal hartanah sikit…..saya ada umah flet kos rendah di damansara damai….luas lebih kurang 655 kqki persegi……
Tinggkat 3 dan tiada lif..?.
Area tu sewapaling tinggi rm 350….kalau lelong saya tengok dlm rm 60k…
Soalqn saya camna nak wat….beli dulu atas broker rm 67 k….
Sekqramg bayar bank rm 425/bulan….
Nak sewa ke jual?
Kalau nak tingkatkan nilai sewa, boleh sewakan mengikut bilik atau jadikan macam asrama (sewa ikut kepala). Sewa macam mana pun makin lama makin naik, tapi bergantung kedudukan rumah tu macam mana. Kalau dengan dengan kedai atau public transport, lagi senang kalau nak sewakan. Saya prefer sewakan.
Assalam w.b.t.. nak tanya berkenaan pembelian kereta, saya pelajar sepenuh masa mendapat tajaan.. saya berkenan untuk beli kereta ford fiesta s, rate harga 2nd rm 58k dengan ansuran rm548 bulanan dan dp-rm13k.. bru 1st time nak membeli kereta.. apa pendapat? beli kereta ford atau cash kelisa rm15k..
Wslm Puan.
Beli kereta ikut keperluan, jangan ikut perasaan. Seronok pakai kereta sekejap jer. Paling tinggi pun setahun jer excited dengan kereta yang kita beli. Lepas tu rasa biasa jer. Nilai keperluan sebenar untuk pakai kereta, dan buat kira-kira sekali.
Wallahu a’lam.
Kalau Honda EX5 kena lock tambahan sepanjang masa. Kebanyakan pencuri gunakan ‘master key’ setakat kunci handle boleh je lepas. Pakai fork lock, mangga, rantai dan buat suis rahsia untuk melambatkan pencuri.
Nak kunci memang leceh tapi rasanya tak sampai pun 5 minit.
Tq atas nasihat tuan. Saya tak serik dah pakai Honda EX5. Susah untuk orang yang pakai motor untuk cari makan. Saya pakai motor lain sekarang yang memang tak hot bagi pencuri. Kunci handle jer pun tak ada orang curi, insyaAllah. Lebih peace of mind. Alhamdulillah.
Terima kasih untuk nasihat yang diberikan. Saya baru terfikir nak beli kereta p tak nak yang cepat rosak. Tapi bila baca artikel ni, saya rasa saya kena beli kereta yang paling kecik sbb harganya murah. Saya tak ada cash untuk beli second hand yang murah, jd saya kena dptkn pinjaman bank untuk beli kereta. Saya betul2 berterima kasih dengan nasihat ini. Saya akan gunakan setiap ilmu-ilmu itu dengan sebaiknya.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum cik zul sy nk mtak pendapat cik zul @ rakan2
disini..sy bru beli kete secondhand sbb sy minat tgk kete tu tpi bila dh pkir2 sy dh bt hutang yg merugikan..ada x pendapat yg ok utk sy ttop balik silap sy ni dan beli kereta harga lebih murah dri kereta skrg..sy
tau rugi mmg rugi….cuma sy nk elakkn lgi rugi brtmbah2..lgi elok duit lbih2 tu derma..bleh x tolg sy bgi buah pikiran..harap2 ade yg sudi membantu..no whatsup sy 0176968582..maap klu komen ni xsesuai disini..
Panduan yg menarik tuan..
Sy nak tnyer,contoh nye saya nk beli kereta terpkai,tp nak dahulukan duit untuk bayar cash x de..kalo pendpt tuan la kan,,berbaloi ke eak buat pinjaman wang dri bank??
Majoriti orang beli kereta guna pinjaman bank. Kereta baru atau kerata second hand, bagi saya sama jer kalau nak dikira berbaloi atau tak untuk buat pinjaman. Yang penting kondisi kereta tu mesti ok. Dan bila beli kereta second hand, kita mesti spare duit sikit untuk repair yang mana patut peringkat permulaan.
[…] Olahan daripada: http://www.mohdzulkifli.com/2014/02/beli-kereta-terpakai-jimat-susut-nilai […]
Assalam , saya nak jual Preve 1.6 Executive MT saya .. year 2014 (since january). low mileage (12300km until mac 2015) .baru 1 year beli tapi jarang di guna. sbab tu nak jual .
saya jual dengan harga market semasa … saya sertakan sekali window visor , bodykit R3 dengan sport rim R3 16 inchi .. free gift shark fin
antenna tapi xpasang lagi ..ada dalam kereta saya shark fin tersebut.
rim original di simpan baik di dalam kereta saya…
kepada sesiapa yang berminat pm saya cepat2 ataupon whatsapp saya di no 0192041003 , saya nak jual as soon as possible. thank you.
ASSALAMUALAIKUM…
eNCIK. SAYA NAK MOHON PENDAPAT, SEKIRANYA KITA ADA BUDGET RM200,000 KERETA APA YG ELOK UNTUK FAMLY 5ORG SATU KELUARGA TERMASUK AYAH DAN MAK SAYA. SATU SAYA NAK MOHON PENDAPAT KERETA BARU DAN SATU LG SECOND HAND…MOHON PENDAPAT YEA
Wslm Pn. Siti,
Saya tak pasti kereta apa yang sesuai dengan puan. Itu taste masing-masing. Kalau saya ada duit lebihan sebanyak itu, mungkin saya akan laburkan seperti membeli sebuah rumah apartment kos sederhana secara tunai. Duit hasil sewaan itu baru saya gunakan untuk beli kereta yang nilainya semakin hari semakin susut.
assalamualaikum en zul..bagus perkongsian pasal kereta ni..sy slalu juga follow baca blog en zul ni..
saya nak mohon pendapat en zul..begini, sy bercadang utk kurangkan komitmen bulanan kereta dgn bayaran yg lebih rendah.
skrg sy pakai kereta suv toyota dgn byrn bulanan rm860, dah 3tahun lebih pakai. disebabkan faktor kewangan kami kini agak sempit, jadi sy brcadang utk tukar kereta second hand alza tahun 2011/12 dimana byrn bulanan lebih rendah iaitu rm450/500..jadi kami jimat lebih krg rm350..
sy nk tnya en zul, adakah berbaloi jika sy downgrade kan kereta, semata2 utk jimat 350 tu…tujuan duit lebihan tu utk sy buat simpanan sikit serta laburkan sikit utk modal bisnes online yg baru.
sy perlukan pendapat en zul, krn pada pandangan suami sy, setakat jimat rm350 tu tak berbaloi utk tukar kereta second hand..
klu nk beli alza yg baru pun byrn bulanan lebih kurang rm650++,memang jimat sikit dr kereta skrg, tapi tahun hutang kereta bertambah semula jd 9 tahun..jika tukar yg second alza masih boleh cut tahunan kpd 7 tahun saja.
mohon pandangan en zul, terima kasih.
Wslm Puan,
Selain dari kos ansuran bulanan, puan kena ambil kira juga kos kerugian kalau jual kereta SUV Toyota tu. Mungkin pinjaman dengan bank masih tinggi tetapi market value kereta tu lebih rendah.
Saya tak pasti apa jalan terbaik, tetapi saya memang pakai kereta seadanya. Saya takkan belanja besar untuk kereta. Selagi boleh pakai dan cukup untuk keperluan, saya pakai sahaja yang mana lebih murah.
Wallahu a’lam.
salam nk tanye…
mcm mne nk beli buku tu ek?sy mmg berpikir nk beli kete 2ndhand tp still tgh wt survy…
Wslm,
Boleh beli di kedai-kedai buku.
alhamdulillah. saya pilih untuk beli kereta thirdhand cash 🙂
Alhamdulillah…
Salam,
Pendapat En Zul yang mengatakan Pertukaran kereta resmi kerajaan daripada proton perdana kepada Honda Accord atas sebab kereta Honda adalah lebih baik daripada PROTON adalah tidak adil.. Jika hendak buat perbandingan ianya hendaklah atas level playing ground.
Kedua2 Perdana dan Honda berasal daripada Jepun dan kedua2 model dimport dan dipasang tempatan (CKD). Memang tepat jika saudara mengatakan Honda Accord model terbaru lebih baik dari P. Perdana terbaru kerana Perdana dilahirkan pada era 90an dan masih memiliki teknologi lama manakala Honda Accord terbaru lahir tahun 2014 dan memiliki teknologi terkini. Jika Accord model 90an dengan Perdana camna?
Perbandingan harus dibuat diantara Preve dengan City yang kedua2nya model terbaru dan memiliki teknologi terkini. Pada saya kedua2 model ini setanding dalam serba serbi.
Wa’alaikumussalam,
Terima kasih atas pendapat En. Asri.
sama2
Salam tuan,
nak tanya m/sikal SYM VTS200, boleh tuan kongsikan pengalaman guna m/sikal tersebut… dari segi tunggangan, kos untuk servis dan penggunaan minyak…
Tips Membeli Kereta Terpakai
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta-terpakai.html
assalam..juz pandangan saya…saya beli kereta second pd 2011..perodua kelisa tahun 2006(M) S.E…harga masa beli rm21k..alhamdulillah…kereta sangat membantu pergi balik kerja n sgt jimat minyak n sgt tidak memberi masalah..skrg dah nak masuk 2 orang anak terpk nk beli kereta yang lbh besar untuk pjalanan blk kg ke kedah..tgk kat mudah harga jualan blk skrg plng tinggi ade yang jual 16-18k…tp rasa syg pulak nak jual kereta yang tak memberi masalah ni…loan dkt bank ade lbh kurang RM9k..mgkin tuan blh suggest jenis fmly car yang ok untuk perjalanan jauh..
Wslm Pn. Nurul,
Saya pun tak pasti apa kereta yang terbaik untuk puan. Saya rasa mana-mana kereta sedan pun ok. Saya dulu pakai kereta Nissun Sunny lebih 7 tahun. Alhamdulillah, ia cukup untuk keperluan kami (dengan 5 anak) untuk balik kampung di Kelantan dan Terengganu (dari Selangor).
Pn Nurul,
Jika puan nurul betul2 serius nak jual kereta kelisa ni….boleh tak kalau puan hubungi saya…saya skrg ni betul2 serius mencari kereta mampu milik untuk mulakan hidup baru…contact no 0133483508
hi zul, sy brcadang nk beli kereta second hand tp x tau ape2 psl proses dr a to z. Sy nk survey kereta tp x tau ape nk tny pd dealer. Dan sy nk tau ape caj2 yg pmbeli akan dikenakan untuk elakkn dari dikenakan caj2 tmbahan palsu.
Kalau beli dengan direct owner, kita cuma bayar harga (1) kereta, (2) kos pindah milik JPJ, (3) road tax, (4) insuran . Kalau beli dengan ejen, biasa hidden cost mereka ialah “deposit”. Duit deposit tu selalunya untuk bayaran item no. 2, 3, dan 4 tetapi selalunya mereka caj harga lebih dari sepatutnya. Jadi kena negotiate betul-betul.
[…] Olahan daripada: http://www.mohdzulkifli.com/2014/02/beli-kereta-terpakai-jimat-susut-nilai […]
Assalamulaikum Encik Zulkiflie. Saya nak tanya pendapat encik Zul.
Saya telah membeli 2 kereta myvi 1.3 ketika bekerja di company lama secara full loan, dan kedua2 kereta ini telah saya pajakkan. Saya mendapat keuntungan rm300/bulan untuk 9 bulan setiap tahun (mengikut perjanjian). Saya menggunakan motosikal sahaja untuk ke tempat kerja ketika ini.
Kini, saya baru memulakan pekerjaan baru dengan gaji bersih rm4.2k+. Dan kerja baru saya ini memerlukan saya untuk travel (jarak jauh) 2-3 kali sebulan (ie- KL-Kerteh). Pada pandangan Encik Zul, adakah saya patut membeli kereta baru yang lebih sesuai untuk tujuan kerja baru ini? Atau saya hanya perlu mengambil salah satu dari kereta yang telah dipajakkan (pengurangan positif cash flow dari duit sewaan)?
Terima kasih saya dahulukan untuk respons encik Zul.
Wslm,
Terpulang kepada tuan. Kalau gunakan keuntungan sewaan untuk beli kereta lagi satu untuk tujuan kerja pun ok juga.
Saya nak tanya pandangan Tuan Zulkifli lagi. Jika saya bercadang untuk membeli rumah dalam masa beberapa bulan dari sekarang (insyaAllah), adakah loan kereta (2 buah) yg saya buat itu dikira sebagai komitmen, yang mana kedua2 kereta ini dibayar oleh company yang memajak kereta tersebut ?
Kalau dikira komitmen, sudah pasti percentage % loan rumah akan jadi lebih sedikit bukan?
Salam En. Mabar,
Betul, ia dikira komitmen juga. Kalau tuan pajak kereta tu, kena buktikan yang tuan terima bayaran pendapatan dari pajakan tersebut untuk ‘cover’ komitmen tersebut.
Saya ingin bertanya pendapat Encik Zul. Saya masih bujang dan sedang memiliki perodua viva 2008 tetapi hasrat di hati untuk upgrade kereta (utk guna dalam jangka masa yg panjang). Sekarang di dalam dilema. Tak pasti pilihan kereta baru atau terpakai.
a)Preve (baru)
b)civic 1.8 (2nd)
c)lancer 2.0 (2nd)
d)mazda 1.6 (2nd)
e)volkswagen (2nd)
f)tunggu keluaran kereta baru di pasaran
g)lupakan hasrat dan pakai kereta yg sedia ada
Terima Kasih.
Terpulang kepada En. Husaini. Asalkan mampu beli secara tunai, bagi saya tak ada masalah. Bagi saya, kereta tahun bila pun tak apa, asalkan masih berfungsi dengan baik. Saya sendiri pakai kereta buatan tahun 1995, tetapi masih steady sebab owner lama jaga dengan baik. Walaupun umur kereta dah lebih 20 tahun, saya belum lagi terfikir untung buang duit beli kereta baru. Pakai selagi boleh pakai. Kereta hanyalah kereta. Asalkan boleh bergerak dari point A ke point B dengan selamat dan sedikit selesa, itu sudah memadai bagi saya.
Tuan nk tanya skit..skrang pendapatan bulanan sya 9k/sebulan..sya baru nk beli kereta stelah 7tahun bekerja dengan pakai motor kriss buruk saya ja..jadi tahun 2016 ni plan nk beli kereta baru atau 2nd car…sya terfikir nk beli kereta import harga 80k tahun 2011 dan kereta baru harga 120k..tapi masih dalam ragu2..mohon pendapat tuan boleh..
Wslm En. Sazrul,
Prinsip saya, beli kereta apa pun ok, janji bayar secara tunai.
Kalau beli kereta 2nd hand, kena sedia duit untuk repair dalam RM3k – RM5k supaya kereta tu kembali tip-top dan puas hati untuk kita guna. Kalau beli baru, dah tak perlu fikir pasal repair cuma, kos dia lebih besar.
Wallahu a’lam.
Sazrul
Better kamu utamakan rumah or TANAH tu yg paling penting.
Saya bagi satu contoh
Weellfire harga rm100,000
Rumah harga rm100,000
Yang mana kamu nk.pilih utk ‘menduduki’ atau pon orang panggil
Nak ‘tinggal’??
Bagi saya.
Buat pe nak beli keta memahal harga rm80-100k . Bkn kita tdo n mandi dalam kereta tu.selesa ke bro?
Ke-2
sepanjang 10tahun kita bayar bulanan tu, knapa kita x tdo je dlm tu??
Sy working apa yg zul shafie kata…..
P.s: kalau ada duit lebihan TANPA SEBARANG HUTANG, ko beli la…tp kalau HUTANG berjela2,toksah….. sbb bapa sy pon dah ada contoh ni.
[…] Beli Kereta Terpakai, Jimat Susut Nilai […]
salam just nk mintak pendapat. boleh ke kalau saya nak beli 2 bjik kereta second hand dan nak sewa kan? dan sesuai tak kalau buat full loan utk kedua2 kereta tu.
2 bijik viva =rm 30k.
Wslm En. Sol,
Boleh je, kalau ada ilmu. Nak sewakan kereta pun kena ada ilmu. Selain ada pendapatan sewaan, kereta tu juga ada risiko dicuri atau dirosakkan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum zul saya ingin minta pendapat zul.pada bln 4. 2016 saya ada beli kereta pajero harga RM24k dlm masa 3bln saya pakai kereta tu. Minyak keluar,asap putih, bila saya bawa ke bengkel utk di periksa itu chip cakap mahu obhaulenjin mahu tukar pistung ring, gasket set & turbor kos yg saya sedia dlm RM4k. Saya nak pendpt zul.adakah saya patut kembali ke ejen kereta tu atau mcmmana saya tak tau mahu buat macam mana.
Wslm En. Junaidi,
Kereta second hand memang tak ada warranty. Perkara penting sebelum beli kereta second hand ialah bawa pomen dan minta pomen tu cek condition kereta. Bayar upah pomen tu sikit.
Kalau dah beli dan bayar, 100% kerosakan kita tanggung. Jadi memang kena baiki sendiri.
Bagi.pendapat saya la kan,
Walau korg beli kereta baru ke.
Kereta lama ke,s wlau hebat mana pon keta loreng tu, BMW? Mercedes?Honda?proton?
Kalau x servis enjin.
X tukar minyak enjin.
X tukar oil filter.
And…x buat apa2 yg perlu sekali pon,
Loreng x mampu pergi jauh.
Keta daihatsu yg tahun 1980an aku bawa drive
Dari Johor ke bangi, (sebab anta Adik aku g interview nursing kerajaan. Di Balai bomba mlaka,then pecut trus ke KUIS BANGI,)
-3 tyar tampal,satu bayar baru.
Alhamdulillah sampai je……..
Engine oil kne jaga.
Even korangg pakai Ferrari sekali pon.law x jga..mmg kecundang la
Sekadar perkongsian..
Untuk beli kereta 2nd hand, jgn beli yang usianya lebih 5 tahun. Dan kalau boleh jgn beli secara berhutang. Kerana saya ada pengalaman menggunakan kereta 2nd hand ni dah lebih 10 tahun. Dan kereta yg saya beli berusia 8 tahun ke atas. Dah la beli guna installment sbb gaji kecik.. memang silap lah. apa yang berlaku, kereta 8 tahun ke atas ni maintenance dia sgt tinggi. saya rekodkan setiap kali kereta masuk bengkel,untuk repair. Dan kos repair saja pernah mencecah hampir 6k=rm500 sebln, dengan tukar gearbox la, repair aircond la.. hanya untuk maintenance.
Jadi, setelah berfikir panjang, buat pertimbangan tambah tolak darab bahagi, kira untung rugi, akhirnya saya memutuskan utk beli kereta baru di bawah harga 50k. sebab kos installment yg saya kena bayar lebih jimat berbanding kos installment, repair, dan petrol kereta lama. so kepala saya xserabut nak fikir pasal kos maintenance selama 5 tahun, atau kereta asyik mati tengah jalan, atau kereta yang kejap2 masuk bengkel… kejap2 masuk bengkel… plus sy perempuan, saya nak kereta yang ok sbb xpandai pasal kereta, dan selalu stress bila kereta dah buat mcm2 hal…
Kalau tak ilmu pilih kereta 2nd hand yang baik, samada bayar pomen yang boleh dipercayaai untuk cek dulu sebelum beli atau beli kereta baru jer. Beli kereta 2nd hand tanpa ilmu & panduan dari pomen berpengalaman memang akan tanggung kos yang lebih besar.
mula-mula nak beli memang dah check..complete.. plus hb mmg pandai pasal enjin kereta,dan repair kereta. lps beli semua nampak ok, smooth jer guna.tapi, lepas setahun guna, start buat perangai. mula kena buat overhaul,distributor rosak, temperature naik, pump bocor.. tukar sana tukar sini. sampai pening kepala saya. kete lama, kita tak tahu owner sebelum ni jaga mcm mana.. adakah mengikut jadual penyelenggaraan, adakah dia guna kereta dgn baik, main hentam bawak jer, xkira lubang bonggol semua main redah..jadi, siapa yang nak beli kereta second hand sebaiknya biarlah usianya 5 tahun dan ke bawah. faktor rezeki lah jugak. ada yang rezekinya baik , beli kereta usi 10 tahun pun xde apa-apa masalah besar.
Assalamualaikum Tuan Zul.
Saya ingin nyatakan bahawa saya sangat suka membaca penulisan Tuan Zul dan saya banyak mendapat inspirasi daripadanya.
Dulu saya merupakan seorang customer PG yang suka menyimpan sahaja, tetapi dek kerana terinspirasi dengan penulisan Tuan, saya ambil keputusan untuk jadi Dealer PG.
Saya suka dengan gaya hidup Tuan yang serba sederhana walaupun dikurniakan rezeki oleh Allah SWT di dalam PG, dan saya berharap Tuan kekalkan begitu.
Saya pun dalam proses menghabiskan saki baki hutang yang ada kerana bebanan hutang ni, menyesakkan jiwa saya.
Terima kasih Tuan Zul di atas artikel-artikel yang bagi saya, sangat-sangat bermanfaat dan saya doakan Tuan Zul diberkati serta diredhai oleh Allah SWT…
Aaaminn..
Wslm En Adam.
Alhamdulillah. Terima kasih kerana berziarah ke blog saya ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk En Adam. Share artikel yang bermanfaat dari blog ini kepada orang lain. Mudah-mudahan orang lain pun dapat manfaat yang sama, insyaAllah.