“Beli kereta ikut keperluan, bukan ikut kemampuan. Apatah lagi ikut kemahuan...”
Selagi status kewangan masih lagi “kais sebulan makan sebulan”, belum lagi waktunya kita hidup bermewah-mewah.
Hiduplah berpada-pada dulu...
Hiduplah biasa-biasa sahaja dulu...
More...
Tingkatkan Income Terlebih Dahulu
Keutamaan kita sepatutnya tingkatkan kerjaya, naikkan pendapatan, banyakkan tabungan dan bina harta dulu...
Belajar skill-skill baru supaya mampu jana pendapatan lebih besar.
Explore peluang-peluang baru supaya dapat pelbagaikan sumber pendapatan tanpa mengganggu kerjaya yang sedia ada...
Bila dapat pendapatan, disiplinkan diri menabung setiap bulan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.
Dan sentiasa letakkan target untuk tingkatkan jumlah tabungan daripada 10%, kepada 30% hatta sampai 50% dari semasa ke semasa...
Upgrade Aset Dari Masa ke Masa
Bila ada duit sikit, beli emas...
Bila emas dah banyak, beli hartanah...
Beli rumah-rumah pelaburan yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.
Beli rumah dengan ilmu, bukan pergi beli di showroom! Supaya rumah-rumah yang kita beli tu jadi harta, bukan jadi beban...
Siapa beli rumah tanpa ilmu, selalunya rumah itu jadi beban (cashflow negatif), bukan jadi harta (cashflow positif).
Cara Betul Untuk Bermewah
Sabar sekejap. Jangan kelam-kambut nak bermewah-mewah lagi. Fokus tambahkan ilmu, dan bina harta dulu.
Nanti bila harta dah cukup, dan berjaya dapat pendapatan pasif lebih daripada kos sara hidup, itulah waktunya kalau nak rasa hidup mewah...
Hidup mewah tanpa perlu lagi “kais sebulan makan sebulan”...
Seolah-olah kita beli kereta mewah, tapi orang lain yang tolong bayarkan...
Itulah cara yang lebih bijak supaya kemewahan kita itu tidak menjadikan kita hamba bank sampai bertahun-tahun lamanya...
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
30 Januari 2023
8 Rejab 1444H
"Dulu beli kereta sebab nak pergi kerja. Sekarang pergi kerja sebab nak bayar kereta. Nak berhenti kerja pun dah susah gara-gara beban hutang yang besar; terbeli kereta di luar keperluan dan kemampuan sebenar. Jadi berpada-padalah bila berhutang." - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Jun 2024