Jangan beli dulu.
Sebaliknya sewa.
Nampak orang ada kereta besar, kita pun nak kereta besar.
Nampak orang ada rumah percutian, kita pun nak ada rumah percutian.
Nampak best rumah yang ada swimming pool, kita pun nak ada swimming pool juga…
Padahal seronok 'memiliki' tu sekejap sahaja. Tapi beban kewangan yang terpaksa ditanggung itu bertahun-tahun lamanya...
More...
Kos Bukan Sekadar Duit
Sedap di mata orang, tapi sakit nak membayar dan membelanya bertahun-tahun.
Semua itu bukan free, tapi ada harganya yang kita kena bayar.
Nak kena keluar duit dah satu hal, tapi ada yang lebih berharga yang terpaksa dikorbankan.
Disebabkan komitmen kewangan yang makin bertambah, ia boleh menghilangkan keseronokkan dalam hidup.
Antaranya, terpaksa bekerja lebih masa, terpaksa korbankan waktu lapang bersama orang tersayang, bahkan mungkin juga kesannya kepada kesihatan disebabkan kepala asyik fikir “duit, duit dan duit”!
Beban Bertahun-tahun
Sedangkan keseronokkan yang dapat disebabkan komitmen kewangan yang dibuat itu sifatnya sementara sahaja.
Tetapi bebannya bertahun-tahun.
Kalau tambah komitmen kewangan disebabkan KEPERLUAN, itu tak ada masalah.
Tapi kalau sekadar KEMAHUAN (sebab nak merasa dan nak tunjuk kepada ‘jiran sebelah’), itu mungkin akan membuatkan kita menyesal di kemudiaan hari…
Fikir dulu masak-masa sebelum beli.
Buat kira-kira dulu sebelum buat komitmen (hutang) baru.
Kalau rasa sesak je nak bayar setiap bulan, mungkin ada baiknya menyewa sahaja dulu kalau sekadar “nak merasa”.
Itu mungkin jauh lebih berbaloi!…
Saya dan Kereta Mewah
Nak share pengalaman saya tentang keinginan pakai kereta mewah ni;
Satu ketika dulu saya pernah bercita-cita pakai kereta mewah.
Hasrat tersebut saya tangguhkan, sehinggalah saya tiba di HQ BMW (Munich, Jerman) pada 2015 dan berbual sendiri dengan mereka yang berpengalaman pakai kereta mewah.
Sejak daripada itu, minat saya untuk pakai kereta mewah kian pudar.
Daripada perbulanan itu, saya berbual juga dengan mereka yang ada pengalaman yang sama.
Saya dapat satu kesimpulan penting; kebanyakkan mereka yang beli kereta mewah kontinental ini bukan sebab KEPERLUAN ataupun KESELESAAN, tetapi lebih kepada STATUS.
Kalau untuk keperluan dan keselesaan, sebenarnya kereta keluaran Jepun jauh lebih selesa daripada kebanyakkan kereta kontinental. Dan kosnya 50% lebih murah!
Jadi pada saya, biarlah tak gah di mata orang, tapi yang lebih penting ialah saya selesa menggunakannya. Dan saya tak perlu membazirkan kos hanya kerana "status".
Kalau "status" mewah itu satu keperluan untuk saya tambah amalan kebaikan saya, mungkin saya akan beli kereta mewah. Tetapi kalau sekadar nak show-off supaya sedap mata orang memandang, saya fikir itu satu pembaziran...
Zulkifli
Cyberjaya
21 Februari 2022
19 Rejab 1443H
Artikel berkaitan:
- Beli Kereta Tanpa Keluarkan Duit Dari Poket Sendiri
- Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan
- Beli Kereta Baharu atau Kereta Terpakai?
- Beli Kereta Terpakai, Jimat Susut Nilai
- Beli Kereta Ikut Keperluan, Bukan Ikut Kemampuan
- Beli atau Sewa Kereta, Mana Lagi Berbaloi?
- Sewa Dulu Kalau Nak Merasa, Jangan Terus Beli
- Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
- Hutang Membeli Kereta Yang Menjerat Kewangan
- Berkereta Biasa, Tapi Dia Seorang Jutawan!
- Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba!
- Kereta Lama Tapi Terasa Baru
- Tak Perlu Lagi Risau Kos Baiki Kereta
- Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya