Inilah pengalaman sebenar pemilik blog ini dalam membina kekayaan. Mungkin artikel kali ini, boleh memberi inpirasi kepada anda yang sedang mengalami kesempitan wang.
Setiap kesusahan yang Allah berikan kepada kita, sebenarnya untuk kita belajar.
Waktu susah lah paling banyak kita belajar.
More...
Bagaimana Bermula?
Pada tahun 2003, beliau mulakan kerjaya pertamanya di sebuah bandar metropolitan, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja menamatkan pembelajaran dalam bidang perakaunan, beliau memang jawatan sebagai seorang akauntan, memiliki income sekitar RM1,600 sebulan.
Sebagai graduan baru, harta pula tiada. Income di paras miskin bandar. Isteri pula sebagai suri rumah sepenuh masa.
Ditambah dengan hutang belajar, PTPTN sendiri, PTPTN isteri. Beliau mula mengalami masalah kesempitan kewangan.
Sabar Ketika Susah, Untuk Menghargai Nikmat Kesenangan
Ada kebaikan yang Allah nak bagi selepas kesusahan.
Dengan usaha beliau mengurus dan membina kekayaan, selain dari redha Allah. Pada tahun 2013, beliau mencapai financial freedom.
Beliau meletakkan jawatan sebagai seorang akauntan. Dan menjadi bapa sepenuh masa.
Tak kerja pun ada income minimum 5 angka sebulan pada tahun 2013.
Apa Rahsia Mohd Zulkifli Shafie?
Cabaran paling besar untuk membina kekayaan menurut beliau ialah ilmu.
Pada tahun 2003, untuk belajar ilmu kewangan dan membina kekayaan. Tidak semudah pada hari ini.
Untuk tahu lebih lanjut, boleh menonton video dibawah ini.
Video ini adalah video sedutan ucapan beliau dalam Private Webinar khas untuk penyimpan emas di bawah network beliau.