MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pelaburan Terbaik Ialah Apabila Anda Ilmu Terhadapnya

February 24, 2022

Pelaburan Paling Untung Ialah Ilmu

Apa palaburan yang terbaik dekat dunia ni? Emas? Saham? Hartanah?

Pelaburan apa yang paling banyak untung?

Ini soalan yang biasa bermain dalam fikiran orang kebanyakan, sewaktu bermula untuk membina kekayaan.

Yang sebenarnya.

Pelaburan terbaik ialah bila anda ada ilmu terhadap sesuatu pelaburan tersebut.

Semua Pelaburan Boleh Buat Untung

Anda ada ilmu dengan hartanah? Pelaburan hartanah lah paling bagus untuk anda.

Anda ada ilmu dengan saham? Pelaburan saham lah paling boleh buat untung untuk anda.

Anda ada ilmu tentang emas? Mungkin dengan emas lah boleh membuatkan anda kaya.

Setiap pelaburan,

Ada orang untung ada orang rugi. Beza orang untung dan orang yang rugi adalah dari sudut ilmu!

Ibarat Anda Berjudi, Jika Melabur Tanpa Ilmu

Orang melabur tanpa ilmu ibarat satu perjudian. Sebab apa?

Bila dia letak duit harini.

Dalam apa-apa instrumen pelaburan sekali pun. Dengan 'harapan' satu hari nanti anda dapat untung!

Sama macam judi kan?

Mereka keluarkan duit dengan meng'harap' untuk dapat untung tanpa ada apa-apa kajian yang dilakukan terlebih dahulu.

Berbeza Bila Ada Ilmu (Dalam Emas)

Beza orang beli emas bila ada ilmu dengan tiada ilmu ialah seperti contoh yang saya beri dibawah :

Orang Tiada Ilmu

Beli emas sebab ikut-ikut orang. Orang beli emas nampak untung. Dia pun beli emas dengan harapan nak jual suatu hari nanti dapat untung macam orang lain.

Orang Ada Ilmu

Dia beli emas sebab dah tahu dah, dalam jangka masa panjang. Harga emas comfirm naik berdasarkan sejarah harga emas sebelum ini.

Untuk sentiasa dapatkan ilmu asas tentang emas dan kewangan. Boleh dapatkannya subcribe blog ini dengan masukkan email anda dibawah :

Subscribe to the Newsletter!

Saya kongsikan VALUEABLE CONTENT setiap minggu. Masukkan email untuk dapatkannya.

Tentang Penulis

Mohamad Hafiz Shafie

Berkelayakan sebagai seorang engineer. Berpengalaman bekerja selama 6 tahun di Sime Darby Plantation. Seorang penyimpan emas sejak belajar di universiti. Aktif berkongsi ilmu dengan pengalaman tentang simpanan emas sejak 2016, dan telah membimbing lebih 800 penyimpan emas secara peribadi. Menjadi dealer Public Gold sepenuh masa sejak 2020.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>