MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas Sebagai Modal Haji?

January 24, 2022

Emas Modal Haji

Saya menabung di Tabung Haji sejak kecil. Setiap kali perayaan, duit raya akan diserah kepada ibu atau ayah untuk dimasukkan ke akaun Tabung Haji.

Begitulah saban tahun, tetapi simpanan ini pernah saya bocorkan hingga minimum (jumlah minimum simpanan dengan daftar Haji) , untuk digunakan sebagai perbelanjaan kahwin dan menunaikan fardhu Haji pada tahun 2017.

Selain itu, sekali sekala ditimpa krisis, saya pakai juga cuma tak lah ke tahap habiskan. Tebuk itu pasti, gantinya fikirkan nanti 😜

More...

Susah Nak Bocor Dengan Emas

Tahun 2016 saya mula menabung emas di Public Gold.

Hingga hari ini, simpanan emas saya adalah berkali ganda simpanan di tabung haji.

Sebabnya sama, potensi dibocorkan dari akaun GAP (Gold Accumulation Program) adalah jauh lebih rendah berbanding simpanan tunai di Tabung Haji.

Bagi mereka yang berpeluang keluarkan simpanan dari KWSP, saya rekomen alihkan sahaja wang tu kepada emas.

Insyaallah ia akan bertahan lama sebagai aset kita.

Emas Juga Duit

Ia juga mudah dicairkan kepada tunai ketika ada keperluan mendesak, pada saat mungkin membezakan sama ada kita mampu menyediakan makanan untuk keluarga atau tidak, pada saat elektrik akan dipotong disebabkan tunggakan, atau ketika ada kecemasan yang memerlukan belanja segera.

Jumlahnya?

Terpulang kepada perancangan masing-masing.

Pakar kewangan menyarankan 10% ke 30% dari nilai bersih (networth).

Tentang Penulis

Mohamad Hafiz Shafie

Berkelayakan sebagai seorang engineer. Berpengalaman bekerja selama 6 tahun di Sime Darby Plantation. Seorang penyimpan emas sejak belajar di universiti. Aktif berkongsi ilmu dengan pengalaman tentang simpanan emas sejak 2016, dan telah membimbing lebih 800 penyimpan emas secara peribadi. Menjadi dealer Public Gold sepenuh masa sejak 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}