MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Dapatkan Harga Emas Paling Rendah?!

September 7, 2023

"Ada kawan bagitahu, dealer Public Gold dia akan update harga semasa rendah atau tinggi. Jadi time tu, mereka akan tolong lock gold bar atau dinar, dan buat bayar ansuran...", tanya seorang penyimpan emas kepada saya.

Jawapan balas saya, "Owh... Sebenarnya tak perlu buat macam tu kalau betul-betul nak kaya dengan emas..."

More...

Tak siapa tahu

Saya tahu dia tanya soalan tu sebab dia fikir nak kaya dengan emas ni hanya sekadar "beli harga rendah jual harga tinggi".

Apa yang dia tak tahu, sebenarnya dealer Public Gold tu pun tak tahu bila harga benar-benar rendah.

Sebab harga emas ni sentiasa naik turun setiap minggu, setiap hari, bahkan setiap 20 minit kalau emas Public Gold!

Kalau harga hari ini rendah, harga besok mungkin lebih rendah... Tak siapa tahu... 

Jenuh kalau nak tunggu harga paling rendah...

Dapatkan benchmark harga

PERTAMA sekali, hakikat yang kita kena tahu, tak siapa tahu bila harga benar-benar rendah.

Sebab "rendah" tu terlalu subjektif.

Cuma bila dah bermula, kita dah ada benchmark tersendiri bila harga emas tinggi atau rendah. Harga rendah tahun ni tak sama dengan rendah pada tahun lepas.

Dan kita cuma dapat tahu harga emas paling rendah (dalam sesuatu tempoh masa) bila ianya dah jadi sejarah. Tahu pun tak guna...

Kuncinya kena bermula dulu dengan 1 gram pertama. Barulah kita ada benchmark harga tersendiri.

Konsisten menabung jangka panjang

KEDUA, kalau untuk simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), beli sahaja. Tak perlu tunggu harga rendah.

Apa yang pasti, harga hari ni boleh dikatakan confirm lebih rendah berbanding beberapa tahun akan datang.

Jadi kalau nak cepat kaya dengan emas, jangan tengok harga. Yang penting kena KONSISTEN menabung setiap bulan.

Bila emas kita banyak, confirm kita akan lebih kaya. InsyaAllah.

Konsisten menabung jangka panjang

Setakat pengalaman saya sejak 2010 dalam emas, cara paling mudah nak konsisten menabung emas, beli emas melalui Akaun Emas GAP. Dan yang paling baik guna kaedah GAP Auto Debit.

Nak berjaya apa bidang sekalipun, perkara paling susah ialah "bermula". Perkara kedua paling susah ialah "konsisten".

Bila dah ambil langkah pertama, dan konsisten buat perkara yang betul, kejayaan cuma persoalan masa sahaja.

InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
7 September 2023
21 Safar 1445H

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>