Kalau setiap bulan kena buat 'decision' (keputusan) dulu baru nak menabung, ia tak akan membuatkan kita kaya.
Kejayaan ialah tentang buat perkara yang betul berulang-ulang kali tanpa perlu buat decision lagi.
Ia tentang rutin dan tabiat, hinggalah kita buat perkara betul secara KONSISTEN. Buat perkara yang betul secara "AUTO", tanpa perlu dipaksa-paksa dan berfikir-fikir lagi.
Begitu juga kalau nak berjaya menabung emas.
More...
Auto-menabung emas setiap bulan
Untuk pastikan kita menabung emas secara KONSISTEN, Public Gold sediakan kaedah menabung emas secara GAP AUTO-DEBIT.
Setiap bulan kita tak perlu dah nak fikir atau nak buat decision - samada nak menabung atau tak.
Belum duit tu masuk ke poket kita (dan dibelanjakan), kita boleh set siap-siap untuk potong terus dari akaun bank kita dan top-up ke akaun GAP - auto-menabung setiap bulan.
Menabung secara AUTO maksudnya kita auto-kaya setiap bulan, insyaAllah.
Tak perlu bajet besar. Boleh set potongan serendah RM100 untuk tempoh 1 - 5 tahun terus!
- Sila rujuk : Panduan lengkap menabung emas melalui GAP Auto-Debit
Auto-menabung selama 5 tahun terus!
Saranan saya,
1 - Set auto-menabung 5 tahun
Alang-alang buat GAP Auto-Debit, set terus menabung selama 5 tahun terus.
Yuran pemprosesan tetap sama (RM1 sekali proses), samada set menabung selama 1 tahun ataupun 5 tahun.
Kalau nak stop potongan, boleh terminate sahaja bila-bila masa. Cajnya juga cuma RM1 sekali proses.
2 - Menabung minimum RM200 setiap bulan
Kedua, menabunglah minimum RM200 setiap bulan supaya berpeluang menang lucky draw emas setiap bulan.
Mudah-mudahan, sambil menabung emas, berpeluang menang gold bar ataupun dinar free setiap bulan! InsyaAllah.
Mudah-mudahan kaedah GAP auto-debit ni dapat bantu setiap kita auto-menabung dan auto-kaya setiap bulan, insyaAllah.
Punca tabungan emas tak bertambah
Selain disebabkan menabung secara manual (tak konsisten), punca tabungan tak bertambah antaranya;
1 - Menabung tanpa ilmu, sekadar ikut-ikut orang
Dia pun tak faham apa yang dia buat. Sebuah buku pasal emas pun tak pernah baca, tapi harapkan dia dapat untung dengan emas.
Ia mustahil.
Tanpa ilmu, emas tak akan membuatkan kita bertambah kaya.
2 - Nak tunggu harga emas paling rendah baru nak beli
Hakikatnya, tak siapa tahu bila harga emas paling rendah kecuali bila dah jadi sejarah - tak boleh dibeli lagi.
Yang pastinya, harga emas sekarang confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang - disebabkan faktor inflasi dan penurunan nilai ringgit.
3 - Beli emas sekadar "buy low sell high"
Dia fikir pelaburan emas ni macam 'trade' saham; beli harga rendah, jual harga tinggi. Bila harga tinggi, terus jual.
Duit hasil jualan emas, simpan dalam akaun bank atau belanjakan sampai habis!
Dia tak faham cara betul bina kekayaan - bermula dengan tabungan emas pertama.
Dia tak sedar dia telah downgrade aset mahal (emas) kepada aset yang murah (bila tukar emas kepada duit kertas), dan sedang berlari di tempat sama bila belanjakan habis hasil tabungan emas tu.
Checklist kaya dengan emas
Untuk pastikan tabungan emas bertambah dengan cepat, saya dah buat satu "Checklist Kaya Dengan Emas" khusus untuk penyimpan emas Public Gold di bawah bimbingan saya:
- Sila baca : 7 Checklist Penting Kaya Dengan Emas Tahun 2025
Ambil masa 5 minit untuk go thru 7 checklist yang saya senaraikan.
Siapa dah lengkapkan dengan 7 checklist, dia akan "on-track" untuk kaya dengan emas, insyaAllah.
Tabungan emas dia tu nanti akan membantu dia:
- Tingkatkan jumlah TABUNGAN sehingga 6 - 12 bulan gaji
- Jumlah HARTA (yang memberikan pendapatan pasif) bertambah dari tahun ke tahun
- HUTANG akan langsai satu per satu.
Biarlah makin lama makin kaya
Kalau jumlah tabungan dan harta tak bertambah, serta hutang tak berkurangan setelah menabung emas, itu petanda emas tak menjadikan dia lebih kaya.
Dia sekadar sibuk monitor harga emas, walhal tengah berlari di tempat yang sama - tak kaya-kaya.
Alang-alang menabung emas, biarlah semakin kaya dari bulan ke bulan, tahun ke tahun.
Mudah-mudahan dengan kaedah GAP Auto-Debit dan "Checklist Kaya Dengan Emas" ni dapat bantu penyimpan-penyimpan emas menabung dengan lebih konsisten dan akhirnya bertambah kaya dengan emas.
InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Julai 2024
19 Muharram 1446H
Menabung emas secara konsisten lebih penting dari tunggu harga terbaik. Yang tunggu harga terbaik nampak lebih bijak, tapi akhirnya yang menang ialah yang lebih konsisten. Kura-kura menang bukan sebab laju, tapi sebab lebih konsisten (berbanding arnab). - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 Julai 2024
Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji. Tapi berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. Ketika ada gaji, buat tabungan, bina harta dan tutup hutang secepat mungkin. Ia bakal menentukan berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 11 Oktober 2024
Artikel berkaitan:
- Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas!
- Jangan Beli Sekarang, Harga Emas Tengah Mahal?
- Cara Dapatkan Harga Emas Paling Rendah?!
- Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!
- Teknik Efektif Menabung Hingga Mencapai Ratusan Ribu Ringgit!
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan