MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Semua Perkara Pun Susah Pada Permulaannya

July 29, 2024

Ia tak semudah apa yang saya fikirkan.

Masa dapat tahu ada trip nak menyelam ke Pulau Sipadan (2 bulan sebelumnya) melalui isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain, saya pun nak join ambil lesen menyelam.

Saya fikir, pergi ambil lesen, lepas tu boleh terus terjun ke Sipadan - destinasi menyelam bertaraf dunia!

Semudah itu... 

More...

Rasa ragu-ragu dengan keputusan

Hakikatnya tak semudah apa yang saya fikirkan.

Masa belajar ambil lesen, sessi belajar selaman kali pertama pun dah membuatkan saya ragu-ragu dan berfikir dua kali.

Betul ker apa yang aku buat ni? 

Menyelam kali pertama dah rasa tak yakin yang saya boleh sampai ke Sipadan. Ia tak semudah apa yang saya fikirkan.

Bila belajar lagi dan lagi, makin banyak saya belajar, makin banyak yang saya rasa tak tahu, tak pandai, dan tak mahir...

Jadi saya terus belajar dan praktis. 

Selagi belum mahir, tak boleh ke Sipadan

Perancangan asal, lepas dapat lesen, next dive terus ke Sipadan.

Tapi bila sedar banyak yang saya tak tahu dan tak mahir, saya praktis lagi dan lagi.

Seminggu sebelum turun ke Sipadan, saya praktis 6 kali selaman dulu di Pulau Perhentian bersama guru saya sifu Faris Hamid (instructor di Scuba Malaya) dan rakan senior; Tuan Asmanizam Abdullah dan Dr Siti Hasifah.

Dari situ saya improve skill saya sedikit demi sedikit.

Selagi belum mahir, saya tak boleh turun ke Sipadan. Kalau terjatuh atas terumbu karang dan rosak, boleh kena denda sampai RM100,000! 

Selain tak merosakkan khazanah laut, lebih penting ialah isu keselamatan.

Di Sipadan, risiko lebih tinggi 

Aktiviti yang nampak seronok tu sebenarnya berisiko tinggi. Boleh menjejaskan kesihatan bahkan boleh meragut nyawa

Syukurlah alhamdulillah... Lepas belajar dan terus praktis dengan bimbingan guru dan rakan senior, saya tak sangka mampu menyelam sampai ke kedalaman 30 meter di Sipadan dan pecah rekod peribadi saya!

Alhamdulillah...

Masa berlatih di Pulau Perhentian, nak turun menyelam ke kedalaman 20 meter pun saya rasa takut.

Tapi di Sipadan hari tu, saya dapat turun ke kedalaman 30 meter dengan penuh yakin. Alhamdulillah... 

Di Sipadan, kedalaman 30 meter tu belum sampai ke dasar. Kedalaman sebenar mencecah 40 - 50 meter, bahkan ada dive sites yang lebih dalam dari 50 meter.

Susah permulaannya, lumrah sebuah kejayaan

Pengalaman menyelam mengingatkan saya proses mencapai kejayaan.

Pada peringkat permulaan, sesiapa pun akan rasa tak yakin dan ragu-ragu. Tapi siapa yang ada keinginan kuat untuk belajar, dia pasti akan berjaya juga satu hari nanti. InsyaAllah.

Bak kata Zig Ziglar,

“If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.”

Sekarang, menyelam dah jadi satu aktiviti menyeronokkan dan sentiasa saya tunggu-tunggu. 

Tak sabar nak pergi trip menyelam seterusnya.

Saya rancang nak pergi menyelam ke Pulau Sipadan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Dan akan terus menyelam di pulau-pulau lain sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sekali, insyaAllah.

Dulu takut... Sekarang dah seronok... Alhamdulilllah...

Zulkifli
Cyberjaya
26 Julai 2024
19 Muharram 1446H

Dulu rasa takut. Sekarang menyeronokkan. Alhamdulillah. (Foto di Pulau Mabul)

Pulau Sipadan memang "next level". Khazanah lautnya yang terjaga membuatkan saya terpukau. Saya akan datang lagi, insyaAllah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>