Hari ni serba mudah. Boleh buat bisnes di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, tak terikat dengan waktu pejabat. Asalkan ada internet, kerja kami boleh jalan. Tapi kami bukan bermula dengan semuanya mudah macam hari ni.
Lebih 7 tahun saya dan isteri buat bisnes direct selling Amway. Itu bisnes pertama kami, dan itulah bisnes paling lama kami pernah buat sebelum kami jumpa Public Gold. Pengalaman buat bisnes Amway tu banyak membentuk jati diri kami dalam bisnes hari ini.
More...
Teringat zaman buat bisnes Amway
Saya ternampak posting Abang Joe Akmar ni, saya teringat zaman saya buat bisnes Amway tahun 2003 - 2010 dulu. Abang Joe antara senior saya dalam Amway. Kami adalah rakan seperguruan.
Saya tengok foto Kak Wati (isteri Abang Joe), macam nilah saya dah isteri dulu...
Gigihnya pergi rumah orang buat demo produk... Masak-masak asyik tak jadi bila buat dekat rumah orang...Tapi usaha tak berhenti...
Banyak barang dan stok nak kena angkut... Untung setiap kali visit tu memang tak berbaloi - dari sudut keuntungan jualan berbanding kos yang kena keluar.
Tapi bila fikir long-term, gagahkan juga sebab nak capai financial freedom. Nak secure masa depan isteri dan anak-anak kami.
Beban berat menjadikan kita lebih kuat
Saya fikir, sebenarnya kesusahan itulah yang membuatkan kita jadi kuat. Otot-otot kita jadi kuat sebab kita banyak angkat benda berat. Kalau semua mudah dan ringan, kita akan jadi lemah.
Kesusahan saya membina bisnes Amway dulu, mungkin itulah menjadikan saya lebih sabar dan konsisten dalam membina bisnes yang lain, khususnya Public Gold.
Sekarang saya dalam misi bantu ubah hidup 1,000 keluarga. Saya nak bantu 1,000 penyimpan emas (di bawah team saya) untuk dapat pendapatan pasif sekurang-kurangnya RM2,500 - RM5,000 sebulan sambil menabung emas.
Saya nak bantu mereka dapat apa yang saya dapat, insyaAllah.
Disiplinkan mereka, bukan dibelai
Untuk lahirkan pemilik bisnes (PGBO) yang berkualiti, saya tak boleh 'belai-belai' mereka sebab saya pun tak pernah 'dibelai' oleh mentor saya... Lebih-lebih lagi mereka yang dah ada lebih 50 customer atau lebih 300 customer di bawah mereka. Lagilah saya tak boleh belai...
Lagi dibelai, lagi dia jadi lembik.
Kita kena disiplinkan mereka barulah mereka jadi kuat, berkualiti dan mampu memimpin team mereka pada masa akan datang. InsyaAllah...
Sama macam didik anak-anak juga. Masa kecil kita boleh manjakan dia. Tapi sampai satu tahap, kita kena disiplinkan mereka. Barulah mereka akan 'jadi orang'. InsyaAllah.
Kalau tak belajar, tak akan ke mana-mana
Jadi kalau ada mana-mana team saya yang kononnya nak dapat passive income sambil menabung emas (macam saya), tapi awal-awal lagi tak berminat join training, saya pesan awal-awal, ianya tak berbaloi! Dan jangan buang masa!
Tanpa ilmu, kita tak akan ke mana-mana. Bahkan nanti dia akan menyusahkan customer dia dan semua orang gara-gara dia yang malas belajar. Macam orang yang cuma beranak, tapi anak-anak dia suruh orang lain besarkan!
Dia expect, nanti anak-anak dia membesar dengan sendiri dan akhirnya berbakti kepada dia bila dia dah tua nanti... Ianya mustahil... What you give, you get back!
Kalau kita tak 'memberi', kita tak akan dapat apa-apa (hasil)...
Susahnya dapatkan ilmu 13 tahun lalu
Bila saya recall balik, betapa susahnya saya dulu belajar untuk buat bisnes Public Gold.
Lepas hampir setahun jadi dealer Public Gold, barulah berpeluang 'mengopi' untuk belajar cara buat bisnes PG dari otai-otai.
Saya ni jenis tak tahan bau rokok. Tapi demi nak belajar, terpaksa hadap jugalah asap rokok berkepul-kepul sambil belajar. Waktu tu salah seorang top achievers dan team dia buat 'open table' untuk sesiapa nak mengopi dengan dia.
Walaupun mereka tak kenal saya, saya datang juga tebalkan muka dan buat muka tak malu semata-mata nak tumpang belajar. Saya datang untuk belajar supaya saya pun dapat jadi Master Dealer macam mereka.
Dari pengalaman saya 13 tahun bina bisnes Public Gold, saya boleh simpulkan, kejayaan seseorang berkadar terus dengan keazamannya untuk belajar.
Kita kena belajar sampai kita TAHU apa orang berjaya tahu, supaya kita dapat BUAT apa yang mereka buat. Nanti barulah kita akan DAPAT apa yang mereka dapat, insyaAllah.
Hormati guru dan hargai ilmu
Kalau mana-mana murid yang saya dah sediakan macam-macam kemudahan, tapi masih malas belajar (dengan pelbagai alasan yang semuanya betul dan munasabah sekalipun), lebih baik saya lupakan sahaja dia...
Keluarkan terus dia dari senarai murid-murid yang bakal berjaya.
Saya tak akan buang masa kalau dia tak tahu hargai ilmu. Hantarlah guru yang terbaik dalam dunia sekalipun, dia tak akan ke mana-mana kalau dia tak ada keinginan kuat dan tak ada disiplin dalam mencari ilmu.
Kalau kita nak bagi ilmu mahal (tanpa sebarang bayaran) pun dia tak tahu adab untuk ON camera (sebagai tanda hormat guru yang menyampaikan ilmu dan tunjuk serius nak belajar), baik saya kick terus dia dari Zoom!
Kalau semudah ON camera pun dia rasa susah, maksudnya dia tak serius untuk belajar dan tak tahu hormat guru yang nak bagi ilmu mahal tanpa sebarang bayaran.
Bila mudah, jangan ambil mudah
Bukannya nak kena hadap asap rokok berkepul-kepul sambil belajar, dan bukannya nak kena keluar rumah untuk belajar macam saya dulu.
Mereka yang tak tahu hargai ilmu, dan dia tak akan grow. Dan tentunya mustahil dia mampu memimpin empayar bisnes yang besar satu hari nanti, sebagaimana saya memimpin lebih 400,000 penyimpan emas di bawah G100 Network hari ini. Alhamdulillah...
Jadi pra-syarat UTAMA untuk berjaya ialah obses dan berdisiplin mencari ilmu. Yang KEDUA, sanggup kerja kuat untuk buat perkara yang betul dengan sabar dan konsisten!
Kalau ada kriteria ini, saya sangat yakin, sesiapa pun akan berjaya dalam apa bidang yang dia usahakan. InsyaAllah.
“If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.” - Zig Ziglar
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Ogos 2023
12 Safar 1445H
“Tiada kejayaan tanpa kesusahan. Manisnya kejayaan sebab kita pernah rasa peritnya kesusahan. Teruskan buat perkara yang betul dan bersabarlah kerana dihujung kesusahan pasti akan ada kesenangan bagi siapa yang tetap bersabar.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Oktober 2023
“Orang berjaya bukanlah tak pernah down. Tapi dia tak pernah give-up. Dia down berkali-kali. Tapi setiap kali dia down, dia akan bangkit! Dia down dan bangkit berkali-kali sampailah dia berjaya! 🔥” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 6 Ogos 2023