MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru

November 30, 2023

"Semua yang naik stage (terima anugerah) tu kereta Tesla. Tapi dalam banyak-banyak achievers tu, ada satu Walkswagon!", kata Pn Marlia, Champion dealer Public Gold (2021 - 2023). 

Saya baru perasan. Yang naik stage ambil award besar-besar tu semuanya orang baru (Tesla). Cuma saya seorang sahaja orang lama (Walkswagon). Pelajaran baru untuk saya renungkan...

Kita benci susah. Tapi hakikanya kita dapat banyak kebaikan dalam kesusahan. Kesusahan tu menjadikan kita kuat. Kekuatan tu membolehkan kita cipta kejayaan demi kejayaan. 

More...

Bermulanya zaman kejatuhan

Bila berjaya, semuanya mudah dan senang. Senang pun satu cabaran. Kita mula rasa selesa. Kalau tak berhati-hati, comfort zone tu menjadikan kita lemah, lembik, malas dan lalai. 

Kelalaian tu akan membuatkan bermulanya zaman kejatuhan, sedikit demi sedikit. Sedar-sedar, sudah pun berada di bawah!

Jadi berhati-hatilah...

Apa yang saya perhatikan terjadi dalam bisnes Public Gold (dan semua bisnes pun sama sebenarnya), orang-orang lama (dealer zaman blog) makin lama makin tak perform.  

Mereka bukan tak pandai. Bahkan saya percaya, sebenarnya lebih hebat berbanding dealer-dealer Public Gold zaman TikTok. 

Dibuai dengan kejayaan lalu

Ketika mereka membina bisnes, branch Public Gold belum banyak. Stok emas mereka kena collect dan kena hantar ke sana ke sini. Mobile apps belum ada. Proses jual beli masih manual. Tapi sales mereka jutaan ringgit setiap tahun! 

Dengan risiko yang besar, performance mereka sangat luar biasa! 10 tahun lalu mereka sentiasa naik turun pentas setiap tahun dalam ARN (Award Recognition Night). 


Tapi lama-kelamaan, jarang kelihatan orang-orang lama naik pentas cipta rekod-rekod baru. Orang lama jadi lemau, dan makin tak perform, macam tak ada upaya nak bersaing dengan orang baru. Hanya harapkan hasil dari empayar sedia ada sahaja. 

Mereka masih dibuai dengan kejayaan-kejayaan lama, membuatkan mereka dilihat makin tak relevan.

Apa yang berlaku ni jadi muhasabah untuk diri saya sendiri. Supaya saya juga tak terikut-ikut terlena sama macam orang-orang lama... 

Jangan berhenti berkayuh

Ketika susah, berjuanglah habis-habisan. Kesusahan dan kepayahan tu akan menjadikan diri kita lebih baik.

Ketika senang, berhati-hatilah... Jangan sampai kesenangan itu melalaikan kita. Zaman kejatuhan akan bermula bila kita terlalu selesa dalam comfort zone kita. 

Comfort zone itu membunuh kemajuan kita.

Bila berjaya, cepat-cepatlah lepaskan kejayaan lalu. Terus kekal humble, terus belajar ilmu-ilmu baru, bina impian baru, dan teruslah bekerja untuk cipta kejayaan baru.

Memang benar... Kejayaan bukanlah satu destinasi. Tapi satu perjalanan. Kita tak boleh berhenti untuk kekal berjaya. 

Bak kata Albert Einstein, hidup ni ibarat berbasikal. Untuk kekal stabil, kita kena terus bergerak. Tak boleh berhenti.

Bila berhenti, zaman kejatuhan akan bermula... Berhati-hatilah...

Zulkifli
Cyberjaya
30 November 2023
20 Jamadil Awwal 1445H

“Success is a journey, not a destination. It requires constant effort, vigilance and reevaluation” - Mark Twain

“Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving” - Albert Einstein

“Kita memang mengharapkan yang terbaik, tetapi kena sentiasa bersedia dengan yang terburuk. Rasa tak selamat itu memaksa kita keluar dari comfort zone yang membantutkan kemajuan hidup setiap kita. ” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>