MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bisnes Terus Maju, atau Undur ke Belakang. Tiada Istilah “Maintain”!

July 13, 2021

Tak ada istilah 'maintain'. Samada terus maju atau berundur ke belakang.

Itulah realiti dalam dunia bisnes.

Sebagai pemilik bisnes, kita tak boleh berpuas-hati dengan apa yang sudah kita capai. Kerana dunia akan sentiasa berubah.

More...

Keperluan dan Kehendak Sentiasa Berubah

PERTAMA, manusia dalam dunia sentiasa berubah. Keperluan dan kehendak manusia juga sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan zaman.

Maka akan sentiasa wujudnya pesaing baru; pemain baru, bisnes baru, produk baru, orang baru yang boleh membawa idea baru atau solusi baru yang lebih relevan kepada keperluan atau kehendak semasa masyarakat.

Jadi pemilik bisnes yang 'berpuas hati' akan ketinggalan. Kewujudannya sudah tidak lagi releven ditinggal zaman!

Sentiasa Terjadinya 'Kecoboran'

KEDUA, dalam bisnes sentiasa ada 'kebocoran' dalaman.

Team kita akan datang dan pergi. Rakan kongsi, pelabur, staff, ejen, bahkan pembekal kita tiada jaminan mereka akan selama-lamanya dengan kita.

Yang hanya pasti akan kekal selama-lamanya dalam bisnes hanya kita sahaja. Yang lain, tiada jaminan.

Hari ini mereka bersama kita. Tahun depan mereka boleh bersama pesaing kita pula. Terutamanya kalau kita dilihat tidak lagi relevan untuk membina masa depan mereka. Atau masa depan mereka bersama kita dilihat sangat kabur.

Maka berlakulah 'kebocoran' dalaman dalam sesuatu bisnes.

Berikan Terbaik Kepada Orang Mempercayai Kita

Jadi, pemilik bisnes tak boleh rasa berpuas-hati dengan apa yang sudah mereka capai. Kejayaan masa lalu boleh jadi formula kegagalan pada masa depan.

Kita kena sentiasa belajar dan explore peluang-peluang baru. Sentiasa fikir dan lihat keperluan dan kehendak semasa orang yang bersama kita dan sudah sedia mempercayaai kita

Customer kita, partner kita, ejen di bawah kita, pelabur kita, bahkan vendor kita, inilah orang yang perlu kita lihat dan jaga. Dan situlah kita akan sentiasa mendapat idea dan solusi bagaimana kita boleh berikan yang terbaik buat mereka.

Dengan cara itu, insyaAllah kita akan sentiasa up-to-date dan relevan sepanjang masa.

Jadi ingat. Sebagai pemilik bisnes, kita hanya ada 2 pilihan. Samada dia terus maju, atau membiarkan dirinya berundur ke belakang!

Tiada istilah 'maintain'!

Zulkifli
Cyberjaya
13 Julai 2021

3 Zulhijjah 1442H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>