"Zul, berapa harga muffin ni?" tanya Din, kawan sepejabat saya.
"Tiga ringgit 4 biji Din", balas saya.
Lepas dia rasa muffin coklat yang Najdah (isteri saya) buat untuk dijual di pejabat, Din bagitahu, muffin coklat Najdah lagi sedap dari muffin coklat kenduri yang isteri dia bekalkan ke pejabat.
Nampak sama, tapi rasanya memang berbeza. Memang sedap katanya...
Din terus ambil kalkulator dan bagi tahu saya,
"Aku nak order 50 biji la Zul. Jumaat ni boleh bawak tak?".
'Test Market' Muffin Coklat
Alhamdulillah... Semalam Najdah (isteri saya) suruh saya bawa muffin coklat yang dia buat untuk dijual di pejabat.
Aduh... Nak menjual ni memang saya segan sikit. Malu nak promote.
Tapi saya setuju juga untuk bawa.
"Oklah Yang. Abang bawak dan letak di pantry (dapur) pejabat. Orang beli atau tak beli, Abang tak tahu la" jawab saya yang tak berapa bersemangat nak jual muffin ni. Takut tak ada sambutan.
Kalau bawa nasi lemak, kuih muih untuk sarapan pagi, itu memang pasti ada orang beli sebab orang malas keluar cari breakfast. Tapi kalau muffin ni, erm... Tak pasti ada permintaan atau tak.
"Kalau Abang cuba jual, mungkin ada orang beli. Tapi kalau tak cuba, confirm tak ada orang beli, betul tak?" balas Najdah. Saya setuju dengan isteri.
Sejak kami ikuti program bisnes dah setahun lebih, banyak juga yang mengubah cara kami berfikir. Sikit-sikit kami mula berfikir cara orang bisnes.
Tengok apa sahaja, kami akan cari peluang untuk buat duit.
Dari Consumer Kepada Producer
Kami sekeluarga makan vitamin, dalam masa yang sama kami buat duit dengan vitamin.
Isteri saya pakai cosmetic skin care, kami buat duit dengan produk tu.
Saya simpan emas, kami memang buat duit dengan emas. Baru sahaja semalam masuk komisyen untuk jualan bulan November. Alhamdulillah, lagi banyak dari kenaikan purata gaji tahunan saya.
Dan daripada hobi Najdah suka buat kek, kuih, muffin, pastry, dan coklat, kami mula buat duit dengan semua tu, alhamdulillah.
Kalau hari ni untungnya cuma RM20, saya percaya ianya boleh berkembang menjadi RM200, RM2,000 dan begitulah seterusnya pada suatu hari nanti, insyaAllah. Itulah dia bisnes...
Bermula dari kecil, ia membesar, membesar dan terus membesar kalau kita buatnya dengan betul dan sabar.
Dan banyak lagi cabang yang kami akan bagi ruang untuk orang lain membayar kami.
Antaranya, kami akan bantu SME company jimatkan bil telefon bulanan sehingga 70% melalui syarikat yang kami buat partnership. Partnership on partnership.
Semua itu ruang-ruang untuk orang lain membayar kami.
9/10 rezeki daripada perniagaan. Dan tiap-tiap hari, 9/10 kita bayar kepada orang lain (i.e. peniaga) untuk dapatkan keperluan hidup dan kehendak kita.
9/10 Kita Terlibat Dengan Perniagaan
Pagi-pagi beli breakfast, bayar kepada penjual nasi lemak dan roti canai.
Naik motor ke pejabat, bayar kepada owner petrol station.
Makan tengahari, bayar kepada orang kantin atau penjaja depan pejabat.
Pakai ubat gigi, shampoo, sabun, bedak, pewangi dan sebagainya, semuanya kita bayar pada orang lain peniaga.
Memang 9/10 hidup kita terlibat dengan perniagaan. Bezanya, kita sentiasa membayar, membayar dan membayar. Tapi para peniaga terus dibayar setiap hari.
Maka tak pelik lah kalau orang berniaga lebih cepat berkembang kekayaannya berbanding kita.
Lepas ikuti program pembangunan usahawan lebih kurang setahun, cara kami berfikir dah banyak berubah. Daripada berfikir sebagai seorang pengguna, kepada seorang peniaga. Alhamdulillah.
“What you see is what you get”
Apa yang kita lihat, itulah yang bakal kita dapat.
Kalau orang biasa pergi ke pantai, mereka cuma nampak pasir yang memutih, pemandangan indah dan ombak yang menghempas pantai.
Tapi bagi seorang nelayan, dia akan ‘nampak’ ikan yang ada di laut itu.
Seorang penyelam mutiara pula, dia akan ‘nampak’ mutiara.
Tapi bagi seorang penggali emas hitam, dia nampak potensi emas hitam (i.e. minyak) yang ada di dasar laut itu.
Walaupun sama-sama pergi ke tepi pantai, tapi masing-masing ‘nampak’ perkara berbeza. Macam itu jugalah bezanya antara peniaga dan pengguna.
“Who you are determine what you see”
Kalau kita dah mula berjinak-jinak dengan bisnes, sikit-sikit kita akan mula berfikir cara orang bisnes.
Jangan risau bisnes apa pun, asalkan dijalankan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah Tuhan akan lorongkan rezeki.
Tapi kalau tak berbisnes, mana lagi jalan yang Tuhan nak lorongkan rezeki pada kita?
Kita ubah diri, Tuhan akan ubah nasib. Tapi kalau kita masih dengan diri kita yang lama, macam mana Tuhan nak ubah nasib kita?
Saya selalu ingatkan kawan-kawan pasal peringatan Chef Li. Katanya,
"Berniaga lah apa pun, asalkan berniaga. Suatu hari nanti Tuhan akan tunjukkan bisnes yang paling serasi dengan kita"
Yang penting, kita mesti bermula. Sekarang!
Muffin Najdah tu akhirnya company (majikan) kami tempah untuk Management dan Board Meeting - sebab bukan mudah nak cari bakeri yang boleh supply muffin pagi-pagi hari lagi.
Lagi pun, muffin Najdah tu memang capai standard pasaran. Memang sedap, alhamdulillah...
Terima kasih tuan. Sangat benar dan bernas pandangan tuan. Bisnes akan membuka pintu rezeki lebih luas. Diri kita juga adalah bergantung kepada bagaimaan kita melihat diri kita sendiri termasuklah pandangan kita berkaitan rezeki kita.
Alhamdulillah, sama-sama En. Zulfadhli. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.