Malam tadi saya consult tiga (3) engineer muda yang nak belajar tentang emas.
Tapi macam biasa, kalau sembang panjang dengan saya, saya suka bagi inspirasi kepada anak muda supaya letak matlamat jadi kaya, bukan sekadar bergaji besar.
Sebab ramai orang bergaji besar tapi tak kaya. Mereka cuma 'kaya' dengan hutang sahaja.
Emas sahaja tak cukup
Nak kaya, tak cukup sekadar simpan emas dan tunggu harga emas naik sahaja. Emas hanyalah salah satu daripada banyak alat kewangan untuk jadi kaya.
Masa umur 20-an macam mereka, saya fokus belajar untuk jadi kaya. Saya explore ilmu mengurus kewangan dengan betul, belajar tentang pelaburan, dan melatih diri dengan bisnes.
Dan pengalaman itulah yang saya kongsikan dengan mereka malam tadi.
Rasa rugi bagi orang muda kalau sekadar beli emas dan tunggu kenaikan harga emas sahaja, sebab banyak perkara lagi yang boleh mereka buat untuk bina kekayaan.
Antara yang penting ialah tingkatkan kerjaya supaya pendapatan mereka meningkat dengan cepat.
Majikan baru sanggup bayarlebih
Saya ada pengalaman 10 tahun mengaudit operasi syarikat.
Pengalaman saya beberapa kali audit Human Resource Department (HR), satu pemerhatian penting yang saya dapat tentang kerjaya antaranya;
Kalau nak cepat naik gaji dan tingkatkan kerjaya, kita kena berhijrah. Jangan bekerja dengan sesuatu syarikat terlalu lama.
Tapi cukuplah sekadar 3 atau 4 tahun untuk dapatkan pengalaman, dan terus hijrah ke syarikat lain sebab;
#1 – Syarikat baru lebih menghargai pengalaman kita.
Syarikat baru sanggup offer gaji lebih tinggi untuk kita buat tugasan yang sama (yang kita buat di syarikat lama).
Mereka offer gaji lebih tinggi supaya staff berpengalaman dari syarikat lain berpindah bekerja dengan mereka.
Dan itu salah satu strategi syarikat bersaing untuk tarik ‘talent’ (pekerja mahir) yang ada dalam market.
#2 – Syarikat baru lebih hargai “qualification” kita.
Kalau sambung belajar sambil kerja, biasanya syarikat kita kurang hargai qualification baru kita. Polisi syarikat selalunya hanya akan bayar lebih kalau bertambah skop kerja dan tanggungjawab dalam kerja.
Kalau setakat tambah qualification (sambung Master atau PhD), ianya kurang bernilai bagi syarikat. Kecuali qualification tu memang diperlukan oleh syarikat sebagai 'lesen' untuk terus beroperasi, itu lain cerita.
Jadi kalau dulu kerja pakai Bachelor Degree, lepas tu dapat Master atau Profesional Qualification, bagi saya lebih baik hijrah ke syarikat baru.
Saya yakin, syarikat baru sanggup bayar lebih mahal bila kita dapat qualification tersebut.
#3 – Syarikat baru boleh offer 20% – 30% kenaikan gaji dengan mudah.
Bila pindah ke syarikat baru, kenaikan 20% – 30% tu biasa. Sedangkan syarikat lama susah sekali bagi kenaikan gaji sebanyak itu untuk pekerja sedia ada.
Walau bagus macam mana pun kita bekerja, syarikat ada “parameter” kenaikan gaji tahunan tersendiri.
Pemerhatian saya, parameter selalunya cukup untuk cover inflasi i.e. CPI (consumer price index) dengan sedikit tambahan, iaitu sekitar 5% sahaja.
Kalaupun syarikat sama boleh bagi kenaikan gaji 20% pun, bukan mudah bos (head of department) nak justify yang kita layak diberi kenaikan sebanyak itu. Jadi cara lebih mudah ialah berhijrah ke syarikat yang lebih menghargai pengalaman kerja kita...
#4 – Syarikat baru lebih hargai potensi kita.
Saya perhati, ramai rakan-rakan berhijrah ke syarikat lain, mereka berpeluang serlahkan potensi sebenar mereka.
Kalau kerja lama, kerjaya mereka ‘tersangkut’ setakat level Eksekutif. Tapi bila hijrah ke syarikat baru, mereka diberi kepercayaan untuk naik ke Management Level.
Inilah antara faktor, kenapa rakan kerja baru gajinya lebih besar berbanding kita yang dah lama berkerja dengan sesuatu syarikat.
Orang yang setia dengan sesuatu syarikat, kenaikan gaji tahunannya cuma sekitar 5% – 8% sahaja. Itupun kalau syarikat perform dengan baik.
Kalau kita perform sedangkan syarikat tak perform, maka kenaikan gaji biasa-biasa sahaja.
Potensi kita dan masa depan
Staff yang bekerja terlalu lama dengan satu-satu syarikat, gajinya agak kecil. Bahkan saya terkejut bila tengok gaji orang lama yang berjawatan “Management” dalam syarikat gajinya terlalu sikit berbanding usianya bekerja hampir 3 dekad.
Sedangkan tempoh 10 – 20 tahun dalam bisnes (bagi siapa yang menjalankan bisnes sendiri), bagi saya tempoh yang cukup untuk capai status “jutawan” setidak-tidaknya.
Itulah antara faktor saya tak meletakkan harapan tinggi dalam pekerjaan. Sebaliknya saya bina masa depan melalui bisnes.
Kalau jadi pekerja dedikasi selama 30 tahun di syarikat swasta, tapi pendapatan masih lagi di kelas menengah, saya rasa tak berbaloi untuk saya usahakan.
Tempoh 30 tahun terlalu lama berbanding peluang yang kita boleh dapat di lapangan perniagaan.
Dalam bisnes, income 5 angka sebulan tak perlu ambil masa sampai 30 tahun. Kalau ada ilmu dan pengalaman yang cukup, 3 hingga 5 tahun dah boleh dapat pendapatan sebanyak itu, insyaAllah...
Tukar kerjaya, bukan tukar kerja
Jadi nasihat saya untuk orang muda yang bekerja swasta, berhijrahlah bila ada peluang.
Orang berhijrah bagi saya bukanlah mereka jauh lebih kompeten, bahkan tahap kompetensi mereka lebih kurang sahaja dengan kita. Tapi mereka lebih pandai “market” diri mereka dan demand apa yang patut dari majikan baru.
Sedangkan kita yang setia bekerja, kita terima sahaja apa adanya dari majikan kita.
Secara jujurnya, saya sendiri tak pernah tukar kerja sejak pertama kali bergelar pekerja tahun 2003.
10 tahun 11 bulan, saya cuma bekerja dengan satu syarikat, dan satu department (jabatan). Hinggalah akhir sekali saya hijrah sepenuhnya sebagai usahawan bebas pada 1 Disember 2013.
Strategi saya berbeza.
Saya jadikan kerja sebagai batu loncatan untuk bina kerjaya sebenar sebagai usahawan bebas. Saya tak tukar kerja, tapi saya tukar kerjaya.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
8 Mei 2014
9 Rejab 1435
Artikel berkaitan:
- Nak Gaji Tinggi, Ini Yang Graduan Kena Faham dan Buat Persediaan
- Anak Muda, Belajarlah Sampai Degree dan Cepatlah Berdikari
- Anak Muda... Berhijrahlah dan Bina Kehidupan di Tempat Baru
- Notis 2 Jam Berhenti Kerja, Apakah Persiapannya?
- Jangan Berhenti Kerja Dulu!
- Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru
Salam en. Zul,
Kata-kata en. Zul membuatkan hati saya terkesan dan berfikir juga untuk menukar kerjaya, tapi sehingga kini saya masih lagi mencari-cari peluang tersebut. Insya-Allah saya akan berusaha kuat untuk mencari peluang tersebut.
terima kasih untuk en. Zul kerana memberi motivasi kepada saya pada hari ini. Saya doakan en. Zul sentiasa dilimpahi rahmat.
Juga pekerja swasta
Wslm En. Najmie,
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Najmie. Amiin ya Allah.
Salam en zul
Perkara sy berbeza 1 syarikat sy berkeja, tetapi byk jnji2 kosong,, sy dpt offer keja basic sama mcm keja tempat lama, tetapi dlm masa yg sama sy menunggu hari bulan yg tepat utk beehnti disebbkn hutang koperasi tempt lama hnya mengambil masa 4bulan shj lagi sy bebas hutang,, tetapi offer tersebut mahu kadar segera sy bekerja.. Apakah pendapat en zul dlm situasi sy sekrg? Perlu berhenti dan tanggung hutang diluar,, atau tolak offer tggu stabil baru cari kerja lain?
Terima kasih
Salam En. Fadhli,
Saya tak pasti apakah pilihan terbaik. Saya syorkan En. Fadli senaraikan baik buruk setiap pilihan. Tulis atas kertas. Lepas tu baru buat pertimbangan sebaiknya.
salam,
saya pun teringin nak tukar kerja malahan berhenti kerja untuk fulltime bisnes. tapi apakan daya saya ada kontrak dengan syarikat kerana penajaan semasa belajar.
pengajaran yg saya dpt: untuk anak sy insyaallah kami suami isteri cuba sediakan dana pelajaran sendiri spy mereka bebas dan tidak terikat seperti kami.
juga berharap dapat menukar kerjaya seperti en zul suatu hari nanti insyaAllah:)
Wslm Pn. Ain,
Tanamkan azam dari sekarang. Rangka masa depan sekeluarga dan mulakan usaha dari sekarang. At least, 5 tahun akan datang hidup akan jadi lebih baik berbanding sekadar menunggu nasib.
Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga. Amiin ya Allah.
terima kasih en zul atas nasihat dan doa tersebut.
saya dan suami pun dah mula buat bisnes kecil-kecilan dan belajar kemahiran sebagai persediaan untuk bebas!
Alhamdulillah Pn. Ain. Bagus tu.
Salam….
Memang betul apa yg En. Zul katakan…rasanya macam terkena kat batang hidung sendiri…saya dah bekerja lebih 15 tahun di 1 syarikat, tak pernah berpindah…sebabnya pemikiran saya dulu silap…saya fikir sama je kerja kat mana2 pun…kerja dan risiko yg sama….
Tapi akhir2 ni mmg rasa nak berhenti…ye lah bila dah lama kerja dah sampai tahap tepu…syarikat pun mmg tak hargai pekerja lama…kenaikan mmg sikit, kadang2 tak ada pun kenaikan…
cuma tak tau nak buat apa bila berhenti….tak ada idea lg nak bisnes apa…
Kepada adik2 yg baru bekerja kena ikut saranan En Zul…cuma kena tahan cabaran…
Wslm Pn. Anim,
Terima kasih sebab berkongsi pengalaman.
Dari sudut peluang, di Malaysia ni memang banyak cuma kita kena explore. Hinggakan Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah) bagi tahu; malang kalau duduk di Malaysia tapi tak kaya sebab peluang memang banyak. Cuma kita kena explore dan ‘celik mata’ tentang bisnes.
Letakkan azam, dan mulakan hari ni. Bagi orang yang ambil langkat pertama, at least, 5 tahun akan datang akan jadi lebih baik daripada hari ini, insyaAllah.
Saya nak tanya, macam mana pulak dengan kerja dengan kerajaan? Sesuaikah juga berhijrah? Saya dah 11 tahun kerja (2 Mei 2014 cukup 11 tahun) tapi sampai sekarang tiada kenaikan pangkat. Rasanya dah bosan dengan rutin harian yang sama. Motivasi pun turun walaupun setiap hari cuba nasihat diri. Cuba cari kerja lain tapi peluang macam takde.
Kerja kerajaan berbeza. Memang pilihan sangat terhad. Pindah kerja memang tak mudah. Yang mudahnya ialah tukar kerjaya. Mulakan bisnes sendiri. Kalau bisnes dah boleh bagi masa depan lebih baik, boleh pilih untuk letak jawatan.
Wallahu a’lam.
Persoalan Ini lah yg menghantui kehidupan sy sekian lama…tukar kerjaya Atau tukar kerja?.semakin di fikir semakin Buntu.sy fikir perkara sebegini Bukan perlu di fikir lagi..apa yg penting terus lakukan.persoalannya adalah ‘ada berani ke’?.
Assalam tuan zul….
info yang cukup berguna. terima kasih. entri kali ini memang buat saya lebih bersemangat untuk move on…. saya dah bekerja selama 6tahun dalam syarikat yang sama. permulaan kerja memang baik, gaji agak ok berbanding tempat lama. tapi lama kelamaan dah rasa bosan. bukan bosan dengan kerja, tetapi bosan kerana rasa tak dihargai. kalau ikutkan peluang kenaikan pangkat memang cerah, tapi rasa macam dah tak sanggup tunggu. betul kata tuan, bila ada staff baru masuk, tengok2 gaji dia lagi tinggi dari kita, padahal rasanya pengalaman kerja kita lagi bagus.
saya memang berminat untuk berniaga & telah cuba beberapa perniagaan tapi tidak berjaya. perniagaan terakhir saya pernah bukak kiosk, agak ok tapi terpaksa berhenti kerana saya terlibat dalam kemalangan. saya masih dalam rawatan sekarang & mempunyai masa terluang untuk membaca & study peluang2 yang ada. cuma pergerakan agak terhad. masih bekerja tapi terhad pada kerja2 pejabat (tetapi masih sibuk jugak).
insyaallah, sekarang saya sedang memulihkan semangat saya kembali untuk meneruskan langkah seterusnya. mungkin berpindah ke syarikat baru buat jangkamasa 2-3 tahun sebelum meneruskan impian saya bergelar usahawan seperti tuan.
terima kasih……
kalau pelajaran tinggi mcm tuan2 semua ok la…. mcm saya ni tukang kayu saja… mmg berniat nk tukar kerja dan kerjaya. tapi masih memikirkan apa yg sesuai dgn saya yg ada spm saja ni
Memang artikel ni saya tujukan khas untuk profesional muda. Untuk yang kurang berkelulusan, lapangan bisnes sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja. Lapangan bisnes tak perlukan kelulusan yang tinggi. Asalkan rajin belajar dan berusaha, insyaAllah akan ada kejayaan.
Saya sendiri berguru dengan ramai usahawan berjaya yang tak ada kelulusan tinggi pun.
salam en mohd zulkifli dan isteri,
Bagaimana utk saya mulakan cerita ttg kehidupan saya, sesuatu yg agak sukar utk sy kongsi di sini. Cuma diringkaskan, sy mula mengalami masalah kewangan yg agak getir dlm 4 tahun kebelakangan ini. Dlm tempoh tersebut, rumah yg di beli, bank telah lelong. Kereta yg disewa beli tidak mampu bayar kembali. Hdup setiap bulan pas ti ada kekurangan dlm 300rm bulanan. Sekarang kereta pun di beli menggunakan nama org lain.
Sy berazam mahu membayar hutang2 sy sebelum mata terpejam.
Sy adalah pensyarah dgn gaji rm5000, sepatutnya keewangan sy cukup utk menyara 2 org anak di kota besarini. Ttp disebabkan sy banyak hutang (persendirian dan pelajaran), hidup agak terhad.
Sy berminat menulis blog. Boleh berikan cadangan bagaimana utk saya mencari pendapatan kedua? Sy tidak punya modal dan sy tidak ada modal.
Sy adalah pemegang sarjana muda mechatronics, statistic and computing dan sijil latihan pengajar utk org2 dewasa. Umur saya 43 thn.
sy amat memerlukan pertolongan dan nasihat dr tuan puan.
Didahului dengan terimakasih.
Wslm En. Fary,
Saya tak pasti apa jalan penyelesaian terbaik.
Kalau saya dalam situasi macam tuan, saya teliti balik kedudukan kewangan suami isteri. Saya akan analisis kewangan saya dengan mulakan catat setiap perbelanjaan harian walaupun 10 sen. 2, 3 bulan baru dah boleh nampak ke mana setiap sen duit dibelanjakan dan boleh start rancang. Yang mana perbelanjaan yang boleh di kawal, yang mana perlu, yang mana tak perlu. Next, saya akan dispose / jual apa sahaja barang yang saya ada yang bukan keperluan. Duit tu nanti guna untuk settle hutang.
Lepas tu mesti cari alternatif tambah pendapatan. Cara paling mudah dan modal kecil, (1) sediakan servis atau (2) jadi ejen mana-mana syarikat.
Kalau En. Fary perlukan consultation kewangan, Tuan Zaidi Ismail saya rasa antara orang terbaik yang boleh saya syorkan. Beliau dah banyak membantu orang ramai perbetulkan kedudukan kewangan. En. Fary boleh ikuti facebook beliau di https://www.facebook.com/urusinsan.
Wallahu a’lam.
salam en zul..saya tertarik dgn entri en zul ni..betul tu,saya dh kerja hampir 14 thn dlm company swasta yg sama.sehingga saya bosan..2 bln lps saya dpt offer glc tapi saya sendiri xfaham kenapa saya xblh lupakan ofis lama sehingga saya ambil keputusan berbalik semula ke ofis lama.dan sekarang saya menyesal x sudah sehingga saya down sgt skrg..saya rasakan seolah2 saya bermimpi dan selalu salahkan diri sendiri sebab buat keputusan terburu2..skrg ni saya buntu dan cuba mencari peluang bisnes..dan saya tengah fikir bisnes apa yg blh saya buat..terima kasih di atas perkongsian en zul.
Wslm Pn. Nora,
Tak apa. Peluang masih banyak, insyaAllah. Cuba lagi. Mungkin Allah nak bagi rezeki lain yang lebih baik.
Salam, bila baca entry di atas, rata2 yang bertanya dan telah bosan bekerja masih muda..baru bekerja 10-15 tahun..Saya berpandangan sebelum letak jawatan pastikan ada income yang stabil hasil perniagaan atau telah dapat offer kerja lain yang lebih terjamin. Ini kerana berdasarkan keadaan ekonomi sekarang sukar untuk mendapat pekerjaan dan persaingan juga hebat tak kira sektor awam atau swasta. Lebih2 lagi yang ada tanggungan isteri, anak2 yg masih belajar dan ibubapa yang perlu disara. Pujuk hati supaya lebih berusaha dan ingatlah tanggungjawab menanggung keluarga bukan suatu beban tapi amanah yang mulia. Sebelum ambil keputusan drastik fikirkan dulu tanggungan yang ada termasuk hutang piutang. Buat solat istiharah jika hendak buat keputusan yang berat samada nak letak jawatan, tukar kerja atau kerjaya.
Wslm,
Betul tu Pn. Norisa. Saya buat persiapan rapi sebelum berhenti kerja. Di waktu saya letak jawatan, saya tak menanggung sebarang hutang (bad debt). Bisnes saya sedang berkembang maju. Simpanan saya dah melepasi target minimum 1 tahun pendapatan. Kami suami isteri dah beberapa tahun usahakan bisnes secara sepakat. Kami saling support antara satu sama lain. Dan penting juga, ibubapa saya restu dengan keputusan saya walaupun khuatir sebab tiada pendapatan tetap. Pendek kata, saya dah benar-benar bersedia untuk tukar kerjaya. Alhamdulillah… 🙂
Salam, En. Zul antara contoh terbaik yang pernah saya jumpa. Sedihnya tak ramai yang buat perancangan rapi sebelum menukar kerjaya atau menceburi bidang perniagaan. Saya kesian lihat beberapa rakan saya yang akhirmya terpaksa menanggung suami yang tidak buat persediaan rapi dan secukupnya sebelum berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Isteri terpaksa jadi breadwinner keluarga bila bisness suami gagal dan bila suami mereka cuba cari kerja lain sukar untuk dapatkan kerja sebagaimana asal (contoh; asal bekerja di sektor kerajaan ada pendapatan tetap dan terjamin). Bila bisnes gagal nak masuk kerajaan dah tak boleh, nak kerja swasta pulak payah sebab persaingan dan faktor umur yang telah capai 40 an..
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah.
Assalammualaikum Zul,
Betul2.. Akak ngan Nurul agree ngan sume point Zul.
Bagus writeup…
Wslm Kak Lin.
Tq berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
[…] nanti tak perlu risau pasal untung rugi pelaburan tu sebab kita boleh contol kewangan kita sendiri. Bukan sekadar tunggu kenaikan gaji, apatah lagi tunggu untung nasib dalam […]
assalamualaikum zul…..
Setuju dengan point zul tu….sy memang merancang untuk menukar kerja sebelum menukar kerjaya (bina bisness).sedang mencari kerja baru yang mana saya dapat memanfaatkan ilmu yang saya ada. (saya akan menamatkan pengajian prof. cert. tak lama lagi). tapi sebagai seorang yang sudah berkahwin, bayak faktor lain terpaksa diconsider seperti jarak rumah dengan tempat kerja baru, kena stay back, kena travel, dan benefit syarikat baru boleh bagi.
Insyaallah, sedang membina ‘tapak’ yang membolehkan saya bekerja dari rumah sahaja.
Wslm Pn Nurul,
Alhamdulillah. Saya doakan Allah memberkati usaha dan memberikan kelapangan rezeki kepada puan sekeluarga. Amiin ya Allah.
Saya suka bercakap mengenai sesuatu perkara berdasarkan kaijian terutamanya kajian akademik. Dalam hal kerja, “menurut kajian”, lebih kurang 60% pekerja di Malaysia meletakkan gaji sebagai pilihan utama iaitu diletakkan di senarai paling atas. Yang selebihnya (yang 40%) ada pilihan utama lain seperti berdekatan tempat tinggal, potensi jangka panjang, mencari pengalaman, more steady job, kenalan kerja, komitmen keluarga, dll. Bagi mereka gaji, mungkin di tempat kedua atau ketiga atau keempat, tetapi gaji masih lagi penting, cuma bukan di senarai teratas. Melompat pekerjaan walaupun selalunya gaji naik (dan mungkin banyak pro lain), pun ada kontranya, seperti “last-in first-out”, potential majikan akan sangsi sekiranya terlalu banyak pekerjaan terdahulu, kurang memahami pihak atasan baru, kontrak tidak diperbaharui (sekiranya anda bekerja secara kontrak), perlu belajar benda baru (sekiranya masih muda tidak apa), dll. Secara amnya, the higher the gain, the higher the risk.
Kalau ada perniagaan yang tidak memerlukan kita berada di tempat tersebut, seperti pertanian (boleh mengupah orang), kedai, jualan barang, kita boleh melakukannya secara part time. Tetapi kalau pendapatan sampingan membolehkan kita mendapat pendapatan lumayan (mungkin seperti Zul), memang baik meninggalkan pekerjaan.
“Mengikut kajian”, setiap manusia ada preference dalaman tersendiri yang sukar sebenarnya untuk diubah walaupun sudah menghadiri latihan. Instinct dalaman seseorang berbeza dari yang lain. Sebagai contoh mudah, pekerja A suka membuat short-cut dalam sesuatu pekerjaan. Beliau diarahkan dan sudah menhadiri latihan untuk membuat pekerajaan tersebut menurut turutan yang disediakan. Walaupun beliau sudah bekerja mengikut turutan, jauh di sudut hatinya, memang hendak membuat pekerjaan tersebut secara short-cut. Personal instinct ni sukar ditukar. Ada yang suka jadual kewangan, dan ada yang tidak. Yang tiada jadual kewangan, walaupun mereka cuba menyediakannya, mereka sebenarnya membuat secara terpaksa dan kemungkinan besar ia tidak berkekalan (ini berdasarkan kajian).
As a conclusion,
1) Money is very important but is not everything
2) High gain high risk (selalunya)
3) Everybody ada personal instinct (sifat dalaman yang secara amnya sukar diubah, ini “menurut kajian”)
4) If possible, do what you “like” to do
Salam En Zul
Saya nak bertanya..antara high salary vs high benefit (eg. Medical, leave, etc) mana yang patut didahulukan?
Saya bagi contoh Company A tawarkan kenaikan gaji sehingga 30% tapi benefit like medical is limited and annual leave sikit.
Company B pula tawarkan kenaikan gaji dalam 13% tapi medical unlimited and cuti lebih banyak dari Company A.
Menurut pendapat En Zul, yang mana lebih bagus?
Terima kasih.
Wslm Pn. Leana,
Itu terpulang kepada individu. Kalau orang bujang, tak banyak tanggungan, lebih baik fokus pada gaji yang lebih besar. Kalau orang berkeluarga yang nak kehidupan lebih stable, pilih yang benefit lebih baik.
[…] nak jana pendapatan lumayan, caranya bukan dengan melabur, tapi dengan; (1) tingkatkan kerjaya, atau (2) mulakan bisnes sendiri. Ia jauh lebih berbaloi berbanding tunggu kenaikan harga emas atau […]
salam En. Zul,
Berkenaan entri ni, sy mmg dalam keadaan dilema. Tp malangnya saya dah pon terlajak langkah. Sebelum ni saya sangat selesa dan santai bkerja di company A selama 3 tahun. Gaji permulaan dan gaji terakhir bole dikatakan agak tinggi utk sy yg tinggal di kawasan luar bandar. Perasaan mula rasa tergugat bila ramai staff yg baru masuk mula menunjukkan potensi yang lebih baik dan menceritakan pada saya pengalaman ditempat lama adalah lebih baik dan memberi pengajaran yg berguna dalam peningkatan kualiti kerja mereka di company A ni. Dalam diam, sy menyimpan rasa tertekan dan menganggap diri sendiri kurang berkualiti berbanding mereka. Saya bertindak meletak jawatan dan mencuba nasib mencari kerja baru kerana ingin mencari ‘pengalaman’ seperti yang mereka katakan.Setelah dua bulan menganggur, baru saya mendapat offer kerja di company B tapi dengan gaji 20% kurang daripada gaji lama. Dan disaat ini, saya mula merasakan sy sudah tersalah langkah? ataupun adakah ini perjalanan ‘pengalaman’ yang bakal saya tempuh? Mohon en.Zul beri pandangan.
Wslm Pn. Aza,
Strategi yang betul untuk tukar kerja; biar confirm dapat kerja baru yang gaji lebih besar dulu baru berhenti kerja.
assalamualaikum En Zul..
Terima kasih dgn setiap penerangan dan sy tertarik membaca entri ini. Memang keinginan utk berniaga sudah mula menapak dalam diri sy sejak lima tahun lalu. Tp sehingga kini sy masih makan gaji di sebuah syarikat swasta dgn gaji yg masih dikatakan miskin bandar. Sy berusaha menyenaraikan perniagaan2 yg kemungkinan sy mampu usahakan, tp dilema normal yg dihadapi kebanyakan orang, ‘Keyakinan Diri’. Saya setuju dgn kenyataan jgn ‘Berhenti Kerja Dulu’ krn itu yg sy usahakan sekarang. Sekarang ini sy hanya berniaga kecil2an atau lebih tepat ‘suka2’ menjual kerepok lekor krn setiap kali balik kg sy berusaha utk memastikan duit minyak dan tol sy dibayar tanpa menggunakan wang gaji sndiri. Setiap kali keropok dibeli, sy terlalu bersyukur dan rasa senang hati. Cuma smpai bila sy harus jadikan sikap ‘suka2’ itu kepada satu komitmen utk sy memajukan diri sendiri (berniaga). Jika ada perkongsian, pencerahan lebih lanjut drp En Zul, sy sgt2 menghargainya. TQ
Wslm Pn. Yati,
Untuk lebih serius mengusahakan bisnes, mesti ada impian dan matlamat yang jelas. Bila kita jelas apa yang kita mahukan, kita akan fokus. Impian dan matlamat tu perlu ditulis, jangan biarkan tersimpan dalam kepala sahaja. Kalau tak ditulis, kita lupa dengan impian kita sendiri sebab terlalu sibuk mengusahakan impian boss kita.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum Encik Zul, saya nak bertanya, sy berumur 25 tahun dan sekarang bekerja di sebuah universiti tempatan , contohnya jika saya dapat tawaran syarikat swasta dengan gaji ngn benefit yg ok, berbaloi ke sy terima? Tujuan saya ingin menukar kerja kerana saya bakal berkahwin dan saya tinggal di bandar besar.
Wslm puan,
Itu berbalik kepada apa yang puan nak cari dalam kerjaya tu. Saya tak pasti apa yang berbaloi bagi puan. Kalau isteri saya, duduk di rumah dan fokus kepada keluarga, itu lebih berbaloi bagi kami berdua.
Salam en zul..baru baca blog en zul..sy sedang berkira2 untuk tukar kerjaya.dri pembacaan sy biasanya orang akan tukar kerjaya atas alasan gaji yg levih baik..tp sy intend nak tukar kerja untuk capai passion sy..gaji akn berkirang dri ap yg saya dpt sekarang..persoalanny wajar atau tak dlm keadaan ekonomi yg tak menentu skrg sy tukar kerjaya untuk capai passion sy tpi tiada peningkatan pendapatan.
Wslm En. Zaf,
Pada saya, passion tu akan membuatkan kita lebih berjaya walaupun permulaannya pendapatan tak seberapa.
Wallahu a’lam.
Salam Tuan.
Bertukar kerjaya perlukan keberanian dan sokongan. Saya juga insyaAllah akan bertukar bidang pada hujung tahun ini. Sungguh saya merasa khuatir tapi keluarga dan kawan² menyokong.
Mudah²an Allah berkati.
Terima kasih atas tips yang dikongsikan.
Wslm puan,
Betul, kena berani.
Saya doakan Allah berkati usaha puan. Amiin.
Salam… Nak mintak pendapat blh? sy dapat tawaran kerja baru GLC company. masalahnya sekarang tawaran kerja baru tu gaji nya lebih kurang dari sekarang tapi tempat kerja baru nie lebih mudah saya pergi kerja dan sebuah company GLC. Patut ke sy tukar kerja?
Wslm Pn. Hani,
Kalau kerja baru dapat jimatkan kos pergi kerja, bagi saya itu juga boleh dikira sebagai kenaikan pendapatan sebab jumlah duit yang mampu disimpan setiap bulan lebih tinggi.
saya telah beberapa kali tukar kerja untuk kenaikan gaji memang cara itu adalah yang terbaik sehingga saya berada pada masa sekarang dan saran En Zul nie memang tepat.
Alhamdulillah..
Saya kerja x sampai 1 tahun., tpi nak tukar..bukan saya bermasalah..tp company, gaji sangkut je..gaji tahunan tiada, ot tiada, kebajikan pekerja tak jaga…
salam, en zul
saya berminat dgn ape yang ditulis oleh en zul..saya ada 1 masalah dr umur saya 18thn hingga skg 29thn (11thn saya berkerja sebagai kerani ) 3 kali tukar cmpny .yg tbaru skg sy berkerja sbg kerani sudah 5thn..saya dh mula rasa bosan sgt2 dgn kerja yg sama ..tapi sy xtaw ape yg sy mahir ..sy cuma pndai buat kerja kerani sje .patut ke sy tukar bidang selain kerani ? n untuk makluman en zul sy kje sini mula masuk 1400 (5thn kje) last gaji sy skg 1736(so 5thn kje purata kenaikn gaji sy 336 ).harus kah sy tukar kerja ?
Wslm Pn Lina,
Explore bidang baru secara part-time je. Bila jumpa bidang baru yang puan minat, baru buat keputusan untuk tukar kerjaya nanti.
Assalamualaikum En. Zul,
Maaf sebab pertanyaan sy lari daripada topik.
Saya nak tanya perlukah seseorang yg baru graduate ambik sahaja peluang yg ad di depan mata ( walaupun bukan kerjaya idaman @ gaji sikit) @ perlu tunggu peluang yg lebih baik walaupun terpaksa menganggur utk waktu yg lama..
Assalamualaikum En.
Mohon sedikit pendapat daripada En.
Position sekarang saya bekerja sudah 1 1/2 tahun sebagai Shipping Supervisor sekitar RM2000 sahaja tidak termasuk OT.
dan dalam masa yang terdekat, ada staf dari company lain mengajak saya bekerja dengan nya, tetapi level sebagai Shipping Clerk, gaji yang ditawarkan sekitar RM2300.
Pada pendapat En. saya perlu melihat kepada level/jawatan sya @ salary yang bakal sya terima.
Mohon jawapan dari pihak En dengan segera, kemungkinan akan dipanggil temuduga pada 8 Julai dan ke atas.