Selamatkan Simpanan Kepada Emas!

by on October 2, 2010

Post image for Selamatkan Simpanan Kepada Emas!

“Tiga tahun lepas, ana beli 1 dinar harga RM380. Sekarang ni harga dia lebih kurang RM600!” kata sahabat saya, Saifudin. Saya terus ambik calculator handphone dan kira return on investment (ROI). Sahabat saya tu, dia beli beberapa keping dinar untuk maskahwin tiga tahun lepas. Saya congak-congak, keuntungannya 18% setahun! MasyaAllah… ini lagi bagus dari Tabung Haji, ASB, dan juga unit trust!

Apa yang sahabat saya bagi tahu sementara berbuka puasa di Su Tom Yam (Kota Bharu), membuatkan rasa ingin tahu tentang emas semakin membuak-buak. Tak sabar nak kaji tentang emas dengan lebih mendalam.

Dinar Emas atau Tabung Haji?

Sejak Kerajaan Negeri Kelantan lancarkan Dinar Kelantan beberapa tahun dulu, selalu terfikir samada nak biarkan saving dalam Tabung Haji atau nak beli dinar emas? Saya memang yakin melabur dengan cara beli dinar emas lebih berbaloi berbanding simpan di Tabung Haji. Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun, tapi dinar emas, nah tengoklah perbezaan dia. Dan satu lagi, kalau simpan dinar emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan sejak setahun dua kebelakangan ni.

Inflasi: Antara Emas dan Duit Kertas

dinar emas zaman khalifahBerdasarkan pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! MasyaAllah… dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!

Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 – RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 – RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!

Simpan Duit Dalam Bentuk Emas Fizikal

Balik KL lepas raya, saya teruskan ‘kajian’ saya pasal dinar dan pelaburan emas. Saya rujuk blog Husam Musa dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai. Justifikasi YB Husam dan Kerajaan Kelantan tentang kenapa perlunya dinar emas sangat masuk akal.

Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dan emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata, nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar emas, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal!

Ok, saya dah tetapkan azam nak tukarkan sebahagian besar simpanan tunai kami ke dalam bentuk emas.

Masalah Dapatkan Emas, dan Tempat Simpan

Tapi masalahnya ialah;

  1. Kat mana nak beli dinar di KL ni? Takkan nak beli di Kelantan, lepas tu bawa balik ke KL? Nanti kena rompak tengah jalan… huh… risiko tu…
  2. Macam mana cara nak beli dinar? Katanya, stok Dinar Kelantan selalu habis macam pisang panas? Kalau nak beli, kena telefon dulu. Uh… susah tu.. takkan nak pesan orang lain tolong belikan.
  3. Kat mana nak simpan? Kalau simpan kat rumah, wah… risikonya tinggi. Nanti jadi sasaran perompak pulak. Kalau tak pun, takut terlupa letak kat mana-mana. Aduh…

Risiko Sebenar Simpan Duit Kertas

Hati saya makin tak senang. Takut duit simpanan dimakan inflasi. Dividen Tabung Haji cuma 5%, tapi kadar kenaikan harga barang sebenar sekitar 10% setahun. Makin tahun, makin menyusut nilai simpanan saya. Makin rendah kuasa belinya. Dan bila fikir jauh lagi, kalau negara tak stabil, duit kertas dah tak bernilai satu sen pun macam kes mentua YB Husam Musa di sini.

us-gold-coin-double-eagle-1908“Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas.” – YB Husam Musa

‘Hijrah’ Sempena Hari Lahir Ke-30

jongkong dinar emas public goldSyukur, alhamdulillah. Sempena hari lahir saya yang ke-30 semalam, semua persoalan saya tentang dinar dan pelaburan emas fizikal dikira selesai. Saya dah dapat jalan keluarnya. Puji-pujian bagi Allah.

Sekarang, saya tukarkan sebahagian besar simpanan kami kepada bentuk emas. Saya pilih emas Public Gold sebab mengikut kajian saya, ia emas terbaik buat masa ni di Malaysia. Senang beli, senang jual dan untungnya maksimum, insyaAllah. Dan emas-emas tu saya simpan di safe deposit box (sewa). InsyaAllah, ianya selamat dan lebih terjamin berbanding simpan sendiri di rumah. Saya tak berani pegang emas sendiri walaupun satu gram buat masa ini.

Kalau sahabat-sahabat nak selamatkan duit simpanan kepada emas, saya nasihat belajar dan ‘berguru’ dulu. ‘Melabur’ dalam emas fizikal ni bukan sekadar membeli dan menyimpan emas. Ada juga sepak-terajangnya yang kita kena tahu. Takut duit yang kita labur menjadi lebur…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Oktober 2010
23 Syawal 1431

Untuk maksimumkan keuntungan simpanan emas, bentuk emas terbaik samada syiling dinar emas (emas ketulenan 916) atau jongkong emas (ketulenan 999). Barang kemas tak sesuai sebab (1) harga lebih mahal, (2) susut nilai lebih tinggi, dan (3) ada caj kos upah yang boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

Untuk fahami pelaburan emas cara pantas, saya syorkan download dan baca ebook percuma saya “5 Minit Review Tentang Emas”. InsyaAllah persoalan asas akan terjawab di situ.

(Artikel ini disemak dan dikemaskini pada 12.12.2013)

(Kredit foto : extravaganzinasronhashim)

{ 24 comments… read them below or add one }

1 joe penang October 4, 2010 at 12:47 am

Menurut maklumat
– stok dinar emas ktan habis dalam satu minggu selepas pelancaran. Kita x berpeluang membelinya sekarang. Kena tunggu fasa kedua plak. Mungkin akan dibuat pelancaran di Kedah, Penang atau Sgor. Tunggu je la..
– Dinar Emas juga dijual di Ar Rahn di luar Ktan. Kangar, Alor Setar, Rawang dll cawangan. Bleh check dlm website Ar Rahn.
– UZAR ada mengulas ttg pelaburan emas. Kebanyakan x syarie. Boleh rujuk kat website beliau. Dinar Ktan xde dlm pbincangan kerana belum keluar lg masa tu

Reply

2 Mohd Zulkifli October 4, 2010 at 5:57 am

T.kasih atas reponse Joe Penang.

Di KL ni pun memang boleh beli Dinar Kelantan. Saya dah jumpa tempat dia.

Pasal pelaburan emas, kalau kita tak faham sepak terajang dia, boleh jadi haram spt beli cara hutang, memanipulasi harga dsb.

Ulasan UZAR pasal pelaburan emas tu saya dah baca dan go thru betul-betul. Buku UZAR yg sentuh pasal jual beli emas pun saya dah baca.

UZAR tekankan pelaburan emas jadi haram bila kita memanipulasi harga, ambik kesempatan atas naik turun harga emas. Beli jual, beli jual, beli jual.

Apa yang saya faham, kalau untuk simpanan, “protection of wealth”, itu tak jadi masalah.

Berdasar kefahaman saya, daripada simpan duit jangka panjang (lebih dari setahun), lebih baik saya simpan emas. Bukan untuk tunggu harga emas naik, tapi untuk “protect” kuasa belinya. Itu sahaja.

Kalau nak manupulate harganya, saya tahu caranya.. memang boleh buat dan boleh buat duit.. tapi saya tak akan buat benda tu sebab tak syarie.

Wallahu a’lam.

Reply

3 joe penang October 5, 2010 at 8:27 am

Ada lagi kena dinar emas yg terjual di kl? Payah nak carik kat utara nih. Kirim kat member balik Ktan raya lepas pun dia kata habis stok kat sana. Boleh dapat 1-2 dinar pun jadilah

Reply

4 Mohd Zulkifli October 5, 2010 at 9:00 am

Joe Penang,

Selain Dinar Emas Kelantan, di Malaysia ni ada satu lagi dinar emas namanya Public Dinar. Dinar ni dikeluarkan oleh Public Fine Gold Sdn Bhd.

Asalnya saya nak beli dinar kelantan, tapi bila saya ‘study’, beli public dinar lagi bagus.. sebabnya, mudah nak dapatkan.. senang beli, dan senang jual.

Ketulenannya itu standard dinar emas. 1 dinar = 4.24gram emas 916. Harga dia sama jer dengan dinar kelantan.

Kelebihan dinar emas public gold ialah:

1. Senang beli, senang jual. Ajen ada merata-rasa seluruh malaysia.

2. Public Fine Gold Sdn Bhd sedia beli balik dinar tu even kalau tercalar, bengkok, dsb. asalkan beratnya sama. Dinar Kelantan? saya tak sure.

3. Dinar Public Gold, dia terus publish harga beli in case kita nak jual. Lihat kat sini http://www.publicdinar.com. Kalau dinar kelantan, kita kena call ar-rahnu dulu nak tahu berapa harga kalau kita nak jual balik.

Kalau Joe Penang nak beli, boleh terus beli di office Public Gold di Penang di Bukit Jambul. Rujuk website dia.

Reply

5 khairul anwar October 7, 2010 at 3:56 pm

beli dinar emas ni kena baya zakat emas x?

Reply

6 Mohd Zulkifli October 8, 2010 at 6:41 am

Kena bayar zakat emas kalau cukup 85gram atau lebih.

Reply

7 Khairul anwar October 20, 2010 at 3:45 am

Jika kita membuat pinjaman peribadi (cth :rm20000).Kemudian membeli emas menggunakan duit pinjaman itu..apakah pandangan dan hukum islam mengenai perkara ini?

Bagaimana pula jika kita membuat pajak gadai dinnar emas di Ar-Rahnu.Bolehkah kita membeli lagi dinnar emas dgn menggunakan duit hasil pajak gadai itu?

Terima Kasih..

Reply

8 Mohd Zulkifli October 22, 2010 at 4:11 am

Khairul Anwar,

Saya pun pernah terpikir nak buat mcm tu, tapi bila cek dari sudut hukum, sy tangguhkan dulu coz tak sure.

Sini saya kongsikan respon UZAR ttg soalan tu di artikel beliau di link ni: http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=286

(1) Buat Loan Beli Emas

Pasal buat personal financing (islamic), lepas tu guna beli emas adalah harus. Rujuk komen #17.

Yang pastinya, emas tak boleh dibeli secara hutang, installment, kad kredit dsb. Haram hukumnya. Rujuk komen #5.

(2) Pasal Pajak di Ar-Rahnu & Beli Emas Lagi

Saya tak sure boleh ker tak. Kalau boleh, saya pun nak buat juga.

Saya tak sure tu sebab UZAR cakap, urus niaga tu adalah halal. Tapi perbuatan mengambil kesempatan atas turun naik harga emas adalah HARAM. Ia merosakkan fungsi sebenar emas. Ia tak bertepatan dengan maqasid al-syariah. UZAR tekankan, emas tak boleh dijadikan mcm komoditi. Beli, jual, beli, jual, beli, jual.

Detail, Khairul Anwar boleh rujuk artikel UZAR di sini http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/908-forex-trader-perosak-a-islamkah-matawang-emas-.html

Setakat ni, saya cuma jadikan emas sebagai SIMPANAN(protection of wealth) sahaja. Bukan sgt utk PELABURAN coz byk yg blm clear dr sudut hukum.

Hukum Hakam Emas

Skg ni pun sy ada rujuk sahabat sy yg ada master dlm muamalat islam pasal beberapa hukum ttg emas.

Apa khairul anwar punya email address? kalau ada update pasal hukum, nnt sy emailkan.

InsyaAllah.

Zulkifli
ibnushafie@gmail.com

Reply

9 khairul anwar October 22, 2010 at 1:56 pm

ni email saya..

khairul_raul@yahoo.com

terima kasih..bole bertukar2 info nti..insyaAllah :)

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2012 at 7:40 am

Sama2 khairul. Alhamdulillah.

Reply

11 Anonymous February 4, 2012 at 1:52 am

Salam MZS.. Tertarik dgn statement MZS..”simpan di tempat yang sangat selamat (insyaAllah) oleh pihak ketiga” Boleh dapat penjelasan lanjut dan kongsi sama pengalaman..Sy masa ni tak tpikir kat mana yg sepatutnya simpan… Pakmat.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2012 at 7:46 am

Wslm Pakmat,

Pakmat boleh dapatkan tulisan saya cara simpan emas dengan selamat menggunakan link dibawah ni. Just copy & paste jer.

http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html

Moga bermanfaat, insyaALlah.

Reply

13 Anonymous June 12, 2012 at 11:32 am

en zul..saya faizal..dinar emas PG blh pajak ke? sblm ni sy tbaca komen en zul dinar xblh dipajak…adakah saya telah salah paham…terima ksh en zul..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie June 13, 2012 at 10:42 pm

Faizal, sejak Mei 2011, boleh dikatakan semua Ar-Rahnu di bawah Bank tak terima gold bar & gold coin (termasuk dinar) untuk dipajak.

Yang masih terima ialah Ar-Rahnu dibawah kerajaan negeri seperti Negeri Perak, Negeri Kelantan, Negeri Johor dsb. Yang confirm terima semua jenis emas setakat ni ialah http://www.arrahn.com.my dibawah Kerajaan Negeri Kelantan. Branchnya ada seluruh Malaysia.

Wallahu a’lam.

Reply

15 Am August 24, 2013 at 7:52 pm

Salam Tuan

Apa pendapat tuan tentang harga emas sekarang?
Adakan ia akan terus menaik, ataupun akan turun
dalam mase 2, 3 bulan nie.

Terima Kasih

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2013 at 8:37 am

Wslm En. Am,

Harga emas dah mula trend menaik. Pasal prediction masa depan saya tak tahu. Kalau ada orang buat prediction pun jangan percaya sebab selalu prediction tersasar. Saya syorkan beli & jadikan simpanan jangka panjang sebab emas pasti bernilai dan mahal sepanjang zaman. Paling penting, ia boleh kurangkan risiko inflasi dan kebocorang wang.

Wallahu a’lam.

Reply

17 man February 6, 2014 at 5:46 pm

Salam Tuan,
Sekiranya kita mempunyai simpanan emas fizikal melebihi berat 85gram…akan dikenakan zakat. Adakah ianya merugikan sekiranya emas itu hanya disimpan selamanya, ttp dlm masa yang sama stp tahun zakat perlu dibayar. Adakah kenaikkan harga emas masih berbaloi setelah zakat dibayar. Pohon pencerahan tuan.
TQ

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2014 at 8:48 pm

Wslm En. Man,

Betul, memang kena zakat. Kalau kita simpan duit dalam ASB atau Tabung Haji pun kena zakat kalau nilainya bersamaan 85 gram emas. Nisab zakat wang simpanan pun dikira mengikut nilai 85 gram emas. Kalau harga emas naik secara konsisten sekitar 15% – 20% setahun macam tahun 2000 – 2011, memang berbaloi-baloi. Tapi kalau harga emas turun macam tahun 2012, secara matematiknya tak berbaloi. Tapi walauapapun, zakat tu akan membuatkan pembayarnya menjadi lebih kaya. Jangan risau tentang zakat.

Wallahu a’lam.

Reply

19 Cik Zam May 3, 2014 at 2:41 pm

salam cik zul.. bgaimna pula klu kita beli emas mnggunkn skim epp yg public gold ada tu?

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie July 14, 2014 at 12:01 am

Wslm Cik Zam.

Belian secara EPP tu maksudnya secara ansuran 4 kali bayar (4 bulan). Caj dia 0.5% atas nilai belian. Lepas habis bayar baru boleh ambil emas tu.

Reply

21 Zam January 18, 2016 at 5:35 pm

Assalammualaikum. Mohon pencerahan…dlm msa trdkt nt…sya bercdg hndak mmbuat loan pribadi dlm 20k.sy nk bli emas gna duit pnjman tu…adakah emas yg sy beli tu kna byr zakat…dgn saper sy nk jualbeli emas…trma ksh…sent to : zamplv5847@gmail.com

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie January 18, 2016 at 6:16 pm

Wslm En. Zam,

Setakat apa yang saya faham, kalau emas tu dibeli dengan duit pinjaman pun, tetap kena bayar zakat. Saya secara peribadi tak prefer beli emas dengan duit pinjaman. Beli dengan duit simpanan sendiri lebih baik.

Reply

23 Nor December 9, 2017 at 11:54 pm

Salam en Zul,

Minta update terkini apa status terkini emas PG ni. Terlalu sibuk atau dah tak buat lagi ke? Saya baru nak mula ni
Terima kasih!

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie December 11, 2017 at 7:47 am

Wslm Pn. Nor,

Saya selalu update tentang Public Gold. Puan boleh cek posting-posting saya tentang Public Gold di blog ni atau terus di Facebook saya http://www.fb.com/mohdzulkifli.shafie atau FB Page saya http://www.fb.com/mohdzulkifli.page . Apa-apa persoalan, boleh juga wassap saya bila-bila masa di +6019 336 8009.

Reply

Leave a Comment

{ 7 trackbacks }

Previous post:

Next post: