Cara Manfaatkan Duit Bank Untuk Kaya

by on June 29, 2015

Post image for Cara Manfaatkan Duit Bank Untuk Kaya

Apa yang berlaku di Greece sekarang, inilah antara faktor utama kenapa saya mencari instrumen yang lebih selamat hingga akhirnya saya buat keputusan; duit simpanan jangka panjang perlu disimpan dalam bentuk emas dan aset fizikal lain, bukan dalam bentuk duit kertas. Sekarang bank di Greece diarahkan bercuti untuk hadkan pengeluaran duit oleh penyimpan. Lebih 7,000 mesin ATM sudah kehabisan duit disebabkan kerisauan orang ramai tentang krisis kewangan Greece sekarang.

Bila memerhati apa yang berlaku di Greece dan ditambah lagi krisis kejatuhan ringgit Malaysia, rasa takut pula nak simpan duit dalam bank. Rasa nak keluarkan kesemuanya dan beli emas termasuk duit dana kecemasan. Kecuali duit yang benar-benar nak digunakan dalam masa terdekat sahaja.

Hakikat Sistem Perbankan

Hakikat bila simpan duit dalam bank; nak masukkan duit TIADA HAD, tapi bila nak keluarkan duit, ADA HAD dan banyak syarat. Ada limit harian, kalau nak keluarkan lebih limit harian kena pergi home branch, kalau nak naikkan limit pengeluaran harian (untuk akaun bisnes) kena bagi alasan kukuh dan macam-macam lagi.

Nak masukkan duit memang mudah, tapi bila nak keluarkan duit (milik kita sendiri), hakikatnya ia tak mudah…

Dengan sistem perbankan sekarang, kita pun boleh cepat kaya kalau duduk di posisi bank. Semua orang bagi kita simpankan duit mereka (seolah-olah kita dapat pinjaman TANPA INTEREST), dan duit orang itu pula dilaburkan dan DIPINJAMKAN SEMULA dengan caj yang mahal kepada ORANG YANG SAMA! Orang yang simpan duit dengan bank, orang itu jugalah yang meminjam duit daripada bank… :)

Savers Are Losers

Jadi jangan “simpan kekayaan” dalam bentuk duit kertas di bank. Bank hanya terbaik dijadikan tempat simpan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja sebab kata Robert Kiyosaki, “savers are losers“. Orang yang menyimpan duit kertas ialah orang yang rugi. Kita akan rugi sebab duit itu dimakan inflasi; hakikatnya ialah penyusutan kuasa beli duit itu dalam jangka panjang yang disebabkan bank terus mencetak duit tambahan. Bila nak menyimpan kekayaan, simpan bentuk aset yang boleh meningkat dalam jangka panjang (antaranya emas, perak, hartanah, dan bisnes).

Lagi satu hakikat yang kita perlu tahu, sejak 1971 hingga sekarang, dunia berada dalam sistem kewangan berasaskan hutang kata Robert Kiyosaki. Orang yang tahu memanfaatkan hutang dengan betul (strategi OPM), dia akan lebih cepat kaya. Buat hutang yang membantu kita untuk lebih cepat kaya, minimumkan (lebih baik dihapuskan) hutang yang memiskinkan kita.

Cara Berhutang Untuk Kaya

Hutang untuk beli rumah bagi tujuan disewakan, beli kereta untuk bisnes kereta sewa, beli tanah yang boleh memberikan hasil, itu termasuk hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Hutang kad kredit, hutang beli kereta, personal loan, hutang beli perabot dan alatan elektronik, itu semua hutang yang memiskinkan kita.

Jadi kita kena bijak memanfaatkan hutang. Minimumkan dan hapuskan hutang negatif. Kalau pun perlu berhutang, ambil sekadar cukup-cukup untuk keperluan sahaja, bukan untuk melayan kemahuan yang tak sudah-sudah itu. Manfaatkan hutang positif semaksimum mungkin, dan urusnya dengan betul. InsyaAllah. Itu cara yang betul memanfaatkan duit bank untuk kaya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Jun 2015
12 Ramadhan 1436H

(Kredit foto : livetradingnews)

{ 17 comments… read them below or add one }

1 Siti June 29, 2015 at 10:06 am

Terima kasih en Zul atas perkongsian yang bermanfaat. Saya sendiri dah mula simpan emas unt simpanan jangka panjang. Tapi kadang kala keliru apa yang orang muda umur 20-an macam saya perlu utamakan? Ada banyak short dan medium term financial goals yang nak dicapai macam beli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Semuanya perlukan simpanan wang yg banyak. Pada masa yang sama tetap risau dengan situasi ekonomi yg makin meruncing dan rasa nak sangat2 tambah simpanan emas. Bajet yang ada untuk simpan emas pun taklah besar.

Mohon pendapat encik. Terima kasih

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2015 at 10:14 am

Sama-sama Pn Siti.

Orang yang baru bekerja, fokus tingkatkan pendapatan dan dalam masa saya, minimumkan hutang dan perbelanjaan.

1. Bila bekerja, fokus untuk belajar cari pengalaman kerja yang boleh membuatkan majikan lain pada masa depan sanggup bayar lebih mahal. Bukan cari kerja yang gaji mahal sekarang, tapi nilainya tak meningkat dalam jangka panjang.

2. Bagi yang nak tingkatkan pendapatan dengan bisnes, explore peluang-peluang bisnes dari sekarang. Belajar buat kesilapan dalam bisnes yang dimulakan tanpa hutang.

3. Banyak membaca buku-buku kewangan dan bisnes. Ilmu itu akan membuatkan kita kaya pada masa depan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

3 Aliff July 18, 2016 at 2:16 pm

Assalam encik zul.

“Orang yang baru bekerja, fokus tingkatkan pendapatan dan dalam masa saya, minimumkan hutang dan perbelanjaan.”

Setuju sangat. Tapi yang bab hutang nih kalau tak pandai macam mana nak uruskan serta risikonya (contoh: tahu macam mana nak memanfaatkan hutang untuk , lebih baik jangan ambil.

Apa yang dimaksudkan dengan hutang ialah hutang buruk seperti hutang kad kredit (interest untuk bayar semula akan meningkat as time goes by), hutang beli kereta (sebab nilai sebuah kereta akan sentiasa menurun), personal loan (sama macam kad kredit) , hutang beli perabot (sama macam beli kereta) dan alatan elektronik (sama macam beli perabot).

Kalau nak juga beli benda-benda tu, tak payah berhutang, tapi guna yang second-hand punya. Fungsi masih sama, tapi pada harga yang lebih murah, tapi kena tahu macam mana nak cari peluang dan tawar-menawar.

Hope it helps :)

Reply

4 Aliff July 18, 2016 at 2:18 pm

Ada tertinggal sikit. (contoh: tahu nak memanfaatkan hutang untuk beli aset yang meningkat nilainya, boleh bayar balik hutang on time, dan aset tu boleh perkembangkan lagi)

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2016 at 5:10 pm

Betul En. Aliff. Nasihat yang baik.

Reply

6 adamsah June 29, 2015 at 3:34 pm

Ya En Zul

Saya rasa mcm nak keluarkan semua duit simpanan beli emas. tinggal kan yg perlu sahaja.. huhu. dr last week lg saya rasa mcm ringgit nak jatuh lg..

Reply

7 Firdaus June 29, 2015 at 5:13 pm

Salam Tuan Zul,

Saya nak minta pendapat tuan zul,

Adakah berbaloi untuk saya keluarkan duit EPF dari akaun ke dua dan masukkan ke akaun tabung haji.

Pada saya, lebih berbaloi simpankn duit di tabung haji berbanding simpan di EPF.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2015 at 5:36 pm

Wslm En Firdaus,

Berbaloi. Tapi duit EPF tak boleh dikeluarkan untuk masuk Tabung Haji.

Reply

9 encik p June 29, 2015 at 7:56 pm

salam tuan….. nok tanye pandangan dan pendapat :
1-apa maksud tuan “beli tanah yang boleh memberikan hasil”? contoh?
2-berbaloikah jika buat personal loan untuk bli Gold dlm suasana ekonomi negara skarang?
3-bagaimana dengan nilai semasa dan akan datang Silver?
4-apakah bisnes sampingan yg sesuai bg seorang cikgu lelaki yg bujang?
5-perlukah orang bujang mengambil perlindungan takaful?
6-yg manakah lebih untung? buat rmh sewa atau krete sewa atau lain2 bagi jangka masa pendek dan panjang?
7-sory banyak tanye… tq tuan

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2015 at 8:25 pm

Wslm En. P.

1. Contohnya tanah sawit, getah dsb yang boleh menjana hasil.
2. Saya rasa tak perlu. Beli dengan duit simpanan yang ada sahaja lebih baik.
3. Menurut pakar-pakar logam berharga, potensi kenaikan harga silver jauh lebih tinggi berbanding emas.
4. Bisnes apa pun tak apa. Cari apa yang kita minat dan serasi.
5. Bagi saya perlu ambil perlindungan penyakit kritikal.
6. Tak tentu. Tak ada yang lebih baik antara satu sama lain. Lebih baik atau tak lebih baik itu bergantung apa yang kita nak dari usaha itu.
7. Tak apa. Sama-sama.

Reply

11 Mohamad Saiful Adli bin Hah June 30, 2015 at 9:38 am

salam en.zul,
okey ke klau sy gunakn duit simpanan utk tbung kecemasn tukar dgn emas.
emas tu still lg utk simpanan kecemasn.
mohon nasihat en.zul.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 30, 2015 at 9:55 am

Wslm En Saiful,

Paling baik, simpan 3 bulan pendapatan dalam akaun bank (macam Tabung Haji), selebihnya baru beli emas.

Reply

13 Mohamad Saiful Adli bin Hah July 1, 2015 at 4:23 pm

trima kasih en.zul

Reply

14 Hazwan July 2, 2015 at 4:46 pm

Alhamdullilah makin terang dan bersuluh penipuan Wang Fiat ni..
Tu nasib baik ada 20 Buah nega yg guna matawang EURO tu bukan greece je.. kalau sebuah je yg muflis terjejas sikit lah tptak jatuh abis.. macam mana pula dengan RM??? brape buah negara yg gunakan RM ni.. hehe kalau muflis abis lah..

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2015 at 4:32 pm

Betul. Rakyat Greece masih selamat sebab mereka pakai EURO. Kalau matawang mereka sendiri, memang lingkup habis jawabnya.

Reply

16 Hanz December 1, 2015 at 1:09 pm

Assalam tuan Zul, nak tanya sikit ya……menurut tuan duit kertas mudah ditelan inflasi, saya tak ada banyak wang simpanan, ada pun cuma rm10 ribu jadi wajarkah jika saya beli emas dengan kesemua duit saya tu? Buat masa sekarang saya guna duit gaji yang ada untuk teruskan hidup, boleh tak kalau saya buat macam tu? Harap tuan Zul sudi beri pendapat. Terima kasih.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 8:54 pm

Wslm En. Hanz,

Pada saya, simpan duit at least berjumlah 3 bulan gaji / pendapatan kasar. Selebihnya sesuai untuk beli emas.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: