MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Guna Kad Kredit Tanpa Sebarang Caj Selama 50 Hari

September 5, 2023

Kalau belum ada apa-apa hutang, apply kad kredit dulu. Cipta rekod pembayaran hutang yang cantik dulu. Lepas tu terus beli rumah pelaburan pertama, tanpa keluar modal (atau modal paling minimum)! 

Itu nasihat saya kepada murid-murid saya yang masih 'suci' dari rekod hutang. Supaya dapat manfaatkan kedudukan kewangan yang baik tu untuk tambah harta - rumah pelaburan.

More...

Bukan salah guna kad kredit

Kad kredit tak salah. Yang salahnya ialah gunakan kad kredit dengan cara yang salah.

Sudah 15 tahun saya gunakan kad kredit, tapi saya tak pernah gunakan kad kredit untuk buat hutang. Kad kredit sekadar nak mudahkan urusan buat pembayaran sahaja.

Bila saya join circle jutawan, baru saya tahu sebenarnya banyak jutawan gunakan kad kredit untuk dapatkan banyak kelebihan.

Dengan kad kredit, mereka boleh makan-makan di hotel dengan harga murah, masuk ke club golf dengan harga rahmah, bahkan dapat travel ke luar negara naik business class secara percuma!

Mereka gunakan "black card", kad kredit untuk orang kaya-kaya.

Tip elak perangkap hutang

Bagi anak muda yang masih 'suci' dari rekod hutang, saya nasihatkan apply kad kredit untuk cipta rekod hutang supaya mudah dapat loan untuk beli rumah pelaburan pertama.

Tapi kena ingat nasihat saya ni;

  1. Guna satu kad kredit sahaja. Saya ada 2 kad kredit; satu untuk kegunaan saya, satu lagi untuk isteri saya.
  2. Guna kad kredit hanya untuk memudahkan pembayaran sahaja, bukan untuk hutang - guna sebab tak ada duit.
  3. Sebelum guna, pastikan dah ada duit dalam akaun untuk bayar secepat mungkin.
  4. Apply kad kredit Islamic (halal) sahaja, bukan konvensional (haram).
  5. Jangan guna kemudahan "pengeluaran tunai", balance transfer, atau convert kepada personal loan dan sebagainya, kecuali faham terma dan ada ilmu tentangnya. Kalau tak faham, sila abaikan kalau pihak bank call...
  6. Pastikan buat bayaran sebelum "due date" untuk elak caj 'interest' atas penggunaan!

Guna 50 hari tanpa caj!

Dulu saya tak faham pasal caj berdasarkan "due date" ni. Setiap kali guna, saya akan terus bayar sehari dua lepas guna. Ataupun bayar dalam masa seminggu.

Lepas baca balik posting yang saya pernah save dulu, baru saya faham cara gunakan kad kredit tanpa sebarang caj sehingga 50 hari!

Saya belajar daripada seorang banker berpengalaman dalam satu posting beliau;

Ini saya tolong jelaskan:

  • Dua (2) tarikh penting kena tahu bila guna kad kredit; "Statement Date", dan "Due Date"
  • "Statement Date" - tarikh bank keluarkan statement jumlah yang perlu dibayar. Contohnya, 05/09/2023. Semua transaksi yang dibuat SEBELUM 05/09/2023 (sehingga 04/09/2023), akan keluar dalam statement tersebut.
  • "Due Date" - tarikh akhir bayaran perlu dibuat, iaitu 20 hari lepas statement dikeluarkan, iaitu 25/09/2023. Bank akan kenakan caj kalau pembayaran tak dibuat sebelum atau pada "Due Date" (25/09/2023). Caj 1.5% sebulan (atau 18% setahun) dikenakan ke atas setiap transaksi dibuat (bermula dari tarikh transaksi).

Trik guna tanpa caj sehingga 50 hari

Ini trik tak dikenakan caj selama 50 hari:

  • Pastikan buat bayaran penuh PADA atau SEBELUM "Due Date".
  • Kalau nak tempoh penangguhan bayaran sehingga 50 hari, gunakan kad kredit PADA atau SELEPAS "Statement Date". Transaksi yang dibuat pada 05/09/2023 ("Statement Date"), akan keluar dalam statement bulan berikutnya, 05/10/2023 (tempoh 30 hari : 05/09/2023 - 05/10/2023). 
  • Bayaran kena dibuat sebelum atau pada "due date" seterusnya, iaitu 25/10/2023 (tambah lagi 20 hari : 05/10/2023 - 25/10/2023).
  • Tempoh penggunaan tanpa caj ialah 50 hari (05/09/2023 - 25/10/2023).
  • Tapi kalau kita buat transaksi pada 04/09/2023 (sehari sebelum "Statement Date"), tempoh penggunaan tanpa caj cuma 20 hari sahaja (04/09/2023 - due date 25/09/2023).

Bahana kalau lewat bayar!

Apa yang kena ingat:

  • Kalau tak bayar PADA atau SEBELUM "Due Date", caj 1.5% sebulan dikenakan bermula TARIKH TRANSAKSI dibuat. Kalau transaksi dibuat pada 05/09/2023 sedangkan pembayaran masih belum dibuat pada 25/10/2023 (tamat tempoh "due date" 50 hari), caj 1.5% dikira bermula 05/09/2023 (tarikh transaksi dibuat).
  • Caj 1.5% sebulan atau 18% setahun tu caj yang sangat mahal! Nak jumpa pelaburan yang boleh bagi keuntungan 15% setahun pun susah, inikan pula caj dikenakan kepada kita 18% setahun! Ini caj yang sangat-sangat mahal! Caj paling mahal dikenakan oleh pihak bank dalam mana-mana produk kewangan yang mereka offer.
  • Dan kena ingat, kalau lewat bayar selepas "Due Date", ada tambahan caj lewat bayar 1% dikenakanKalau tak buat sebarang BAYARAN MINIMUM berjumlah 5% dari BAKI SEMASA yang tertera dalam statement, caj tambahan sebanyak 1% dikenakan atas baki tertunggak, dari serendah RM10 hinggalah maksimum RM100.

Amaran sebelum guna kad kredit!

Akhir sekali nasihat saya, apa pun teknik ataupun trik, kena ingat, hutang tetap kena bayar. Kita kena bayar dengan duit kita sendiri juga.

Dah banyak orang dapat 'bala' gara-gara guna kad kredit tanpa disiplin yang betul.

Sebelum gunakan kad kredit untuk apa-apa transaksi, pastikan dah ada duit untuk bayar. 

Kad kredit bukan "duit bonus" dan bukan juga "dana kecemasan", tapi ia kad hutang yang kita kena bayar dengan pendapatan masa depan; duit belum dapat, tapi dah siap-siap dibelanjakan!

Nanti tak pasal-pasal kena kerja kuat semata-mata nak bayar apa yang dah dibelanjakan sebelum ni! Jangan sampai tahap pergi kerja semata-mata nak bayar hutang...

Mudah-mudahan Tuhan lindungi kita semua daripada beban hutang... Amiin...

Zulkifli
Cyberjaya
5 September 2023
19 Safar 1445H

#UrusKreditKad

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>