Dapat hasil sawit, lock dalam bentuk emas supaya simpanan tak bocor. Bila tiba waktunya, jual (atau pajak emas) untuk majukan lagi kebun sawit supaya dapat hasil lebih banyak.
Bila dapat hasil, ulang perkara sama sampai #FinancialFreedom.
Menarik pengalaman Cikgu Lenney ini sebagai inspirasi untuk kita. Emas bukanlah segalanya. Tapi emas cuma permulaan untuk UNLOCK kunci-kunci kekayaan yang lain.
More...
Gunakan emas untuk kembangkan kekayaan.
Kesilapan banyak pelabur emas
Kisah Cikgu Lenny dari Sibu (Sarawak) ini contoh jelas penyimpan emas berilmu. Tak macam kebanyakan penyimpan emas biasa yang cuma TUNGGU "beli harga rendah, jual harga tinggi".
Tunggu, tunggu, dan tunggu sampai ke sudah. Tunggu tapi tak beli-beli sebab takut rugi. Akhir sekali, emas tak ada, duit simpanan pun tak ada! Habuk pun dia tak ada gara-gara sentiasa tunggu harga terbaik!
Sedangkan pakar pun tak tahu bila harga terbaik.
Kalau beli emas untuk tabungan 2 tahun dan ke atas, bila-bila waktu pun terbaik. Sebab harga emas hari ini confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.
- Sila baca : Jangan Bazirkan Emosi Dengan Harga Emas!
Kaya tanpa perlu tunggu harga
Cikgu Lenny bertambah kaya tanpa perlu tunggu harga emas naik.
Dia pairing emas dengan kebun sawit yang dia usahakannya.
Jualan hasil dari kebun kelapa sawit, dia simpan ke dalam bentuk emas. Supaya duit simpanan dia tak bocor.
Bila tiba waktunya, dia jual emas (atau pajak) dan dilaburkan semula untuk tingkatkan lagi hasil kebun sawitnya.
Dapat hasil sawit lebih banyak, dia simpan lagi dalam bentuk emas.
Itulah strategi yang dia ulang-ulang sampai akhirnya dia ada emas lebih banyak, dan hasil sawitnya berganda-ganda yang akan dijadikan sumber pendapatan pasif untuk dia bersara!
Menarik sebagai inspirasi untuk kita semua. InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
5 September 2023
19 Safar 1445H
Artikel berkaitan:
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan
- Berjaya Bina Rumah Sewa Secara Tunai. Ini Kisah En Bashir
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- Bagaimana Emas Menjadikan Penyimpannya Lebih Kaya?
- Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!
- Orang Kaya Fokus Tambah Harta, Bukan Sekadar Kenaikan Gaji