MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Cara Manfaatkan Duit Bank Untuk Kaya

June 29, 2015

Apa yang berlaku di Greece sekarang, inilah antara faktor utama kenapa saya mencari instrumen yang lebih selamat hingga akhirnya saya buat keputusan; duit simpanan jangka panjang perlu disimpan dalam bentuk emas dan aset fizikal lain, bukan dalam bentuk duit kertas. Sekarang bank di Greece diarahkan bercuti untuk hadkan pengeluaran duit oleh penyimpan. Lebih 7,000 mesin ATM sudah kehabisan duit disebabkan kerisauan orang ramai tentang krisis kewangan Greece sekarang.

Bila memerhati apa yang berlaku di Greece dan ditambah lagi krisis kejatuhan ringgit Malaysia, rasa takut pula nak simpan duit dalam bank. Rasa nak keluarkan kesemuanya dan beli emas termasuk duit dana kecemasan. Kecuali duit yang benar-benar nak digunakan dalam masa terdekat sahaja.

Hakikat Sistem Perbankan

Hakikat bila simpan duit dalam bank; nak masukkan duit TIADA HAD, tapi bila nak keluarkan duit, ADA HAD dan banyak syarat. Ada limit harian, kalau nak keluarkan lebih limit harian kena pergi home branch, kalau nak naikkan limit pengeluaran harian (untuk akaun bisnes) kena bagi alasan kukuh dan macam-macam lagi.

Nak masukkan duit memang mudah, tapi bila nak keluarkan duit (milik kita sendiri), hakikatnya ia tak mudah…

Dengan sistem perbankan sekarang, kita pun boleh cepat kaya kalau duduk di posisi bank. Semua orang bagi kita simpankan duit mereka (seolah-olah kita dapat pinjaman TANPA INTEREST), dan duit orang itu pula dilaburkan dan DIPINJAMKAN SEMULA dengan caj yang mahal kepada ORANG YANG SAMA! Orang yang simpan duit dengan bank, orang itu jugalah yang meminjam duit daripada bank… πŸ™‚

Savers Are Losers

Jadi jangan “simpan kekayaan” dalam bentuk duit kertas di bank. Bank hanya terbaik dijadikan tempat simpan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja sebab kata Robert Kiyosaki, “savers are losers“. Orang yang menyimpan duit kertas ialah orang yang rugi. Kita akan rugi sebab duit itu dimakan inflasi; hakikatnya ialah penyusutan kuasa beli duit itu dalam jangka panjang yang disebabkan bank terus mencetak duit tambahan. Bila nak menyimpan kekayaan, simpan bentuk aset yang boleh meningkat dalam jangka panjang (antaranya emas, perak, hartanah, dan bisnes).

Lagi satu hakikat yang kita perlu tahu, sejak 1971 hingga sekarang, dunia berada dalam sistem kewangan berasaskan hutang kata Robert Kiyosaki. Orang yang tahu memanfaatkan hutang dengan betul (strategi OPM), dia akan lebih cepat kaya. Buat hutang yang membantu kita untuk lebih cepat kaya, minimumkan (lebih baik dihapuskan) hutang yang memiskinkan kita.

Cara Berhutang Untuk Kaya

Hutang untuk beli rumah bagi tujuan disewakan, beli kereta untuk bisnes kereta sewa, beli tanah yang boleh memberikan hasil, itu termasuk hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Hutang kad kredit, hutang beli kereta, personal loan, hutang beli perabot dan alatan elektronik, itu semua hutang yang memiskinkan kita.

Jadi kita kena bijak memanfaatkan hutang. Minimumkan dan hapuskan hutang negatif. Kalau pun perlu berhutang, ambil sekadar cukup-cukup untuk keperluan sahaja, bukan untuk melayan kemahuan yang tak sudah-sudah itu. Manfaatkan hutang positif semaksimum mungkin, dan urusnya dengan betul. InsyaAllah. Itu cara yang betul memanfaatkan duit bank untuk kaya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Jun 2015
12 Ramadhan 1436H

(Kredit foto : livetradingnews)

About the author 

Mohd Zulkifli Shafie  -  Penulis buku Wang Emas, dan buku Misi Bebas Hutang. Menulis blog sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Merupakan pengasas G100 Network; network dealer terbesar bagi syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold.

  • Terima kasih en Zul atas perkongsian yang bermanfaat. Saya sendiri dah mula simpan emas unt simpanan jangka panjang. Tapi kadang kala keliru apa yang orang muda umur 20-an macam saya perlu utamakan? Ada banyak short dan medium term financial goals yang nak dicapai macam beli rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Semuanya perlukan simpanan wang yg banyak. Pada masa yang sama tetap risau dengan situasi ekonomi yg makin meruncing dan rasa nak sangat2 tambah simpanan emas. Bajet yang ada untuk simpan emas pun taklah besar.

    Mohon pendapat encik. Terima kasih

    • Sama-sama Pn Siti.

      Orang yang baru bekerja, fokus tingkatkan pendapatan dan dalam masa saya, minimumkan hutang dan perbelanjaan.

      1. Bila bekerja, fokus untuk belajar cari pengalaman kerja yang boleh membuatkan majikan lain pada masa depan sanggup bayar lebih mahal. Bukan cari kerja yang gaji mahal sekarang, tapi nilainya tak meningkat dalam jangka panjang.

      2. Bagi yang nak tingkatkan pendapatan dengan bisnes, explore peluang-peluang bisnes dari sekarang. Belajar buat kesilapan dalam bisnes yang dimulakan tanpa hutang.

      3. Banyak membaca buku-buku kewangan dan bisnes. Ilmu itu akan membuatkan kita kaya pada masa depan, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

      • Assalam encik zul.

        “Orang yang baru bekerja, fokus tingkatkan pendapatan dan dalam masa saya, minimumkan hutang dan perbelanjaan.”

        Setuju sangat. Tapi yang bab hutang nih kalau tak pandai macam mana nak uruskan serta risikonya (contoh: tahu macam mana nak memanfaatkan hutang untuk , lebih baik jangan ambil.

        Apa yang dimaksudkan dengan hutang ialah hutang buruk seperti hutang kad kredit (interest untuk bayar semula akan meningkat as time goes by), hutang beli kereta (sebab nilai sebuah kereta akan sentiasa menurun), personal loan (sama macam kad kredit) , hutang beli perabot (sama macam beli kereta) dan alatan elektronik (sama macam beli perabot).

        Kalau nak juga beli benda-benda tu, tak payah berhutang, tapi guna yang second-hand punya. Fungsi masih sama, tapi pada harga yang lebih murah, tapi kena tahu macam mana nak cari peluang dan tawar-menawar.

        Hope it helps πŸ™‚

  • Ya En Zul

    Saya rasa mcm nak keluarkan semua duit simpanan beli emas. tinggal kan yg perlu sahaja.. huhu. dr last week lg saya rasa mcm ringgit nak jatuh lg..

  • Salam Tuan Zul,

    Saya nak minta pendapat tuan zul,

    Adakah berbaloi untuk saya keluarkan duit EPF dari akaun ke dua dan masukkan ke akaun tabung haji.

    Pada saya, lebih berbaloi simpankn duit di tabung haji berbanding simpan di EPF.

  • salam tuan….. nok tanye pandangan dan pendapat :
    1-apa maksud tuan “beli tanah yang boleh memberikan hasil”? contoh?
    2-berbaloikah jika buat personal loan untuk bli Gold dlm suasana ekonomi negara skarang?
    3-bagaimana dengan nilai semasa dan akan datang Silver?
    4-apakah bisnes sampingan yg sesuai bg seorang cikgu lelaki yg bujang?
    5-perlukah orang bujang mengambil perlindungan takaful?
    6-yg manakah lebih untung? buat rmh sewa atau krete sewa atau lain2 bagi jangka masa pendek dan panjang?
    7-sory banyak tanye… tq tuan

    • Wslm En. P.

      1. Contohnya tanah sawit, getah dsb yang boleh menjana hasil.
      2. Saya rasa tak perlu. Beli dengan duit simpanan yang ada sahaja lebih baik.
      3. Menurut pakar-pakar logam berharga, potensi kenaikan harga silver jauh lebih tinggi berbanding emas.
      4. Bisnes apa pun tak apa. Cari apa yang kita minat dan serasi.
      5. Bagi saya perlu ambil perlindungan penyakit kritikal.
      6. Tak tentu. Tak ada yang lebih baik antara satu sama lain. Lebih baik atau tak lebih baik itu bergantung apa yang kita nak dari usaha itu.
      7. Tak apa. Sama-sama.

  • salam en.zul,
    okey ke klau sy gunakn duit simpanan utk tbung kecemasn tukar dgn emas.
    emas tu still lg utk simpanan kecemasn.
    mohon nasihat en.zul.

  • Assalam En. Zul.
    Nak tanya, simpanan emas tu ok ke kalau kita beli emas macam rantai gelang etc. atau kalau utk simpanan emas, beli emas PG?
    Mohon nasihat. πŸ™‚

  • Alhamdullilah makin terang dan bersuluh penipuan Wang Fiat ni..
    Tu nasib baik ada 20 Buah nega yg guna matawang EURO tu bukan greece je.. kalau sebuah je yg muflis terjejas sikit lah tptak jatuh abis.. macam mana pula dengan RM??? brape buah negara yg gunakan RM ni.. hehe kalau muflis abis lah..

  • Assalam En. Zul.
    Nak tanya, simpanan emas tu ok ke kalau kita beli emas macam rantai gelang etc. atau kalau utk simpanan emas, beli emas PG?
    Mohon nasihat.

  • Assalam tuan maaf jika lari tajuk & sy cuba nasib jika tuan tau srba sdkit tntg forex trading sy ingin brtanya jika sy brminat utk melabur dgn 1 syarikat dimana prosesnya sy mberi modal utk mreka niagakn (trading emas dan perak dsandarkn kpd mata wang dolar) & untung 5% (drpd modal) yg bole dkeluarkn every week manakala modal akan dkmbalikan smula dlm tmpoh 6 bln..sy dfahamkn syarikat brikut mgamalkn konsep islamik dlm daily trading dmana tiada dividen, swap, dan one night stand komisen (sy tdk fhm 3 istilah ni)..mohon pencerahan smda dbenarkn atau tdak tuan..tq

  • Salam En Zulkifli,

    Saya tertarik dengan website anda dan buku anda, saya sudah baca buku anda. Terima kasih. Saya nak bertanya, untuk berhutang dengan bank bagi beli rumah, tanah dan sebagainya, adakah tuan sarankan memakai pinjaman mudharabah berbanding pinjaman konvensional ?

    Dan apa pendapat tuan tentang Sheikh Imran Hossein yang melarang kita meminjam dengan bank bagi mudharabah ataupun konvensional ? Adakah tuan juga bersependapat dengan Dr Zaharuddin berbanding Sheikh Imran Hossein. Mohon pendapat tuan.

    Terima kasih didahulukan. (Kalau ada artikel yang berkaitan dengan soalan kedua saya ini, boleh kongsikan πŸ™‚ )

  • Assalam en zulkifli..
    Sy nak tnya..
    Skrg hrga emas rm150,berbaloi tak klu bli emas dlm nilai contohnya rm10k dlm ms skrg..sbb rm jatuh teruk kan..
    Then klu emas naik n rm still jatuh berbaloi tak utk sy jual emas
    Tq πŸ™‚

  • Assalamualaikum, sy nak minta pendapat en.zul. Yg mana langkah terbaik utk sy ambil dlm keadaan ekonomi skrg ni..sy mpunyai 3 akaun bank berbeza..akaun bank gaji, akaun bank simpanan (utk kegunaan masa tdekat) n tabung haji (utk simpanan tetap). Tp bila rm jatuh ni sy jd risau nak simpan duit di bank. Jd yg mana patut sy buat?
    1. Gunakan duit simpanan tetap (tabung haji) utk langsaikan hutang kereta, ptptn?
    2. Gunakan duit simpanan tsebut utk beli emas utk simpanan jangka panjang?
    3. Biarkan saja simpanan dlm tabung haji tu. So far baru sekali jer kuarkan untuk beli tanah. Baki ada dlm 43k.

  • Salam en.zul,

    Saya telah kehilangan pekerjaan akibat dari penurunan harga minyak dunia. Saya mendapat sejumlah besar wang pampasan. Sy bercadang utk menyimpan sebahagian wang tersebut dalam bentuk emas. Apakah langkah terbaik / financial planning yg perlu saya buat sebab setakat ini saya masih lagi belum mndapat pekerjaan baru. (setelah 4bulan menganggur). Persoalan saya adalah dari segi:-
    1) Berapa bahagian yg perlu saya simpan dalam bentuk emas? dan bahagian yg perlu sy sediakan dlm bentuk wang tunai?

    2) Situasi ekonomi skrg yg banyak mencetuskan “panic situation” pada org ramai. Adakah ia akan memberi kesan kepada pelaburan/simpanan emas

    3) Setakat ini sy tidak mempunyai pelaburan/simpanan lain kecuali ASB and savings account (sy tiada membeli hartanah/saham/unit trust dll). Adakah saya dlm keadaan kerugian?

    Sy harap belum terlambat utk saya memulakan sesuatu.

  • Slm. Tn .
    Apa pendapat tuan ttg simpanan emas di KFH . Sy konsisten setiap bulan beli 1gr emas . Sy pilih KFH kerana mudah urusan secara online dan sudah biasa dgn sistem jual beli .

    Kedua dilihat trend 1 gr emas 1thn kebelakang mcm x naik . Apa pendapat tuan? Menurut pendapat tuan apa nila emas akan naik 10 thn kedepan?
    1gr emas kfh buy133 sell 144

  • Salam. Saya nak pendapat tuan..

    1/ klau saya ada lebihan wang dlm bank setiap bulan dalam rm500 , apa bentuk pelaburan yang paling sesuai tuk saya skrg dgn ekonomi n harga emas skrg.

    2/ Adakah dengan pelaburan emas semasa matawang malaysia tgh merudum akan merugikan saya bila matawang kita kembali naik within 2-3 years.

    Trima kaseh tuan

  • Salam.. Saya ada duit tunai di tangan sebanyak RM 30k Dari pengeluaran kwsp.. apakah pelaburan terbaik bg bagi saya..
    saya
    1.tanam Sawit 4 ekar.. Sebab saya dah Tanah kebun kosong.. Slps 3 tahun dapat hasil.. AngaranAngaran
    bersih adalah +- 500 sbln slps 3 tahun setelah semua kos..( ada pekerja yang uruskan..
    2. Buat sebuah rumah sewa di kg Dgn kadarsaya 250 sbln..
    3. Beli Emas..
    4. Simpan dlm TH..
    5. Bayar hutang kereta yg berbaki 19k
    … Saya ada sedikit ilmu tentang Sawit Dan telah ada sedikit hasil Dari tanaman 5 tahun yant lalu.. Minta pendapatan tuan..

  • Salam, sy berasa amat gerun membaca artikel2 berkenaan krisis kewangan dan ramalan berkenaan masa depan Malaysia. Cuma sy blum faham mengenai “tukarkan simpanan wang anda kpd emas”. Adakah mksudnya tukarkan kesemuanya kpd emas? bagaimana dgn perbelanjaan harian pula? mohon pencerahan. tq πŸ™‚

  • Assalamualaikum wbt En. Zul,

    1) Saya pernah bertanya pasal pelaburan emas dari en zul tahun lepas kalau tak silap. And saya ada berniat menjadikan en zul sebagai introducer untuk segala urusan belian emas. tetapi sehigga kini saya masih belum yakin saya ada simpanan yang tidak akan digunakan at least setahun disebabkan banyak perbelanjaan terkejut (renovation rumah,dirompak,perbelanjaan kesihatan ahli keluarga etc).

    Namun saya masih berminat untuk menyimpan harta berbentuk emas.

    Cuma sekarang saya notice bila saya compute the spread untuk different types of gold product, berbanding dgn artikel2 en zul tahun 2013 kebawah, 1 dinar (22k) spread sudah tinggi 9.9% berbanding dulu 6% while 1 dinar (24k) dalam 8%.
    – jadinya lebih untuk jika terus beli 20g keatas? kerana spread dia dlm 6.5% – 7%.

    Akaun GAP juga spread nya 8%. bagi yang baru nak bermula dan ingin membeli emas fizikal adakah en zul masih menyarankan membeli dinar?

    2)Boleh saya semak dgn En Zul kos tambahan pembelian emas samada GAP or emas fizikal seperti dibawah:

    a) Jika beli emas fizikal 1 dinar hari ini RM622 + gold premium RM5 = RM627?

    b) Jika saya buka akaun GAP dan beli 5g @ RM145 harga hari ini = RM725
    then bulan depan tambah 1g dan berniat nak tukar kepada fizikal 1 dinar (24k) dgn berat 4.25g, adakah + gold premium RM5 sahaja? atau ada kos lain?

    c)kalau ikutkan scenario diatas jika ultimate purpose adalah menyimpan emas fizikal baik terus beli emas fizikal kan? kos lebih rendah.

    d) jika saya ada akaun GAP sebanyak 6g dan menukar kepada 1 dinar 4.25g baki adalah 1.75 gram. adakah baki ini patuh shariah?

    3) Apa beza gold wafer dan gold bar? tgk gold wafer rupa mcm gold wafer dinar

    harap en zul sudi menjawab.

  • Salam En Zul..selepas saya hantar komen diatas baru saya terbace ‘strategi emas 2015’ dan informasi tentang akaun GAP di jutawan emas.

    kesimpulan yg saya boleh buat adalah

    1) gold bar dan dinar tiada beza just sukahati kita prefer yg mana (saya sgt sukakan dinar sbb lagi nampak mcm duit berbentuk emas)

    2) untuk masa sekarang untuk ultimate purpose yakni memilik emas fizikal lebih baik buka akaun GAP sbb bila nak tukar ke fizikal tak perlu tgk harga RM, tukaran mmg gram (on paper) kepada gram (fizikal).
    = penjimatan dimana jikalau saya beli 1 gram gold bar fizikal kos hari ini adalah RM180 + Rm5 gold premium vs Akaun GAP RM145 + RM5 gold premium boleh dapat 1 gram gold bar. betulkan?

    Boleh En Zul terangkan bagaimana pula jika tukaran kepada dinar? sbb dinar dia ada decimal points i.e. 4.25 g..dia bukan rounded gram. akan ada masalah dari segi shariah? and adakah kosnya lain dari diatas?

  • Assalam tuan Zul, nak tanya sikit ya……menurut tuan duit kertas mudah ditelan inflasi, saya tak ada banyak wang simpanan, ada pun cuma rm10 ribu jadi wajarkah jika saya beli emas dengan kesemua duit saya tu? Buat masa sekarang saya guna duit gaji yang ada untuk teruskan hidup, boleh tak kalau saya buat macam tu? Harap tuan Zul sudi beri pendapat. Terima kasih.

  • assalamualaikum..ingat ye..simpan emas lebih 85gram wajib bayar zakat 2.5% dari jumlah gram x harga emas semasa..jadi nasihat sy lah, bukan nk ajak semua lari dari bayar zakat..bagus ada niat bayar zakat tu,pahala berlipat ganda..cuma dari segi matematik dan inflasi, cukuplah sekadar menyimpan tidak lebih dari 85gram selebihnya simpan la dlm bentuk duit di bank dan beli aset seperti rumah,tanah lot,tanah ladang..simpan emas semata2 x bagus juga tuan2..simpan dirumah terdedah dengan jenayah pecah rumah, simpan di ar rahnu dikenakan caj..zakat tetap juga kne bayar kalau sekadar simpan..kecuali emas dipajak dikecualikan zakat..sebab emas tu bukan milik sempurna lagi..sbb tu nak berguru biar belajar dlm byk subjek…contoh guru sejarah x mahir dalam dalam subjek matematik..guru matematik x mahir dlm subjek sejarah..jadi renung2kn dan selamat beramal..

    • Wslm En. Zul Iman,

      Terima kasih atas nasihat.

      Cuma saya perlukan penjelasan, simpanan duit dalam bank kena zakat atau tak? Macam mana pula dengan zakat pendapatan hasil pergi kerja? Adakah pendapatan kecil tu lebih baik sebab jimat zakat?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 5,287 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.