MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Diet: ‘Pil Ajaib’ Bukan Penyelesaian (2)

September 29, 2010

"Nak kurus tak? Kalau nak kurus, makan produk ni!"

Ini antara statement yang saya tak gemar. Nak kurus, kena makan produk itu dan ini.

Diet Songang!

Saya tak nafikan, memang produk 'pil ajaib' tu membantu, tapi sampai bila nak bertahan dengan makan produk tu? Saya tahu ada beberapa produk yang memang boleh membantu seperti produk "Carbohydrate Blocker", tapi pada saya ia tak patut dijadikan tabiat. Setiap kali makan, belasah 'kaw-kaw', lepas tu makan produk kuruskan badan! Uh... memang 'songsang'.

 

Saya ada juga makan suplemen Carbohydrate Blocker (CB) sesekali, tapi ia cuma waktu-waktu emergency! Contohnya, bila tak sempat makan malam awal, dan terpaksa makan tengah malam. Dan situasi yang payah nak elak ialah terpaksa makan lepas habis program tengah malam! Tak tahan lapar... (Sebab tu tidur lewat juga boleh menyebabkan gemuk)

Pokoknya Ialah Tabiat

Ada juga kawan-kawan yang tanya pendapat saya, dan saya juga recommend CB. Tapi yang selalu jadi masalah ialah dia makan CB setiap kali waktu makan! Pagi, petang, siang, malam semua dia belasah CB. Uh... telan CB, lepas tu belasah nasi 2, 3 pinggan!

 

Memang boleh turun berat badan, tapi itu cara yang tak sihat (dan mungkin juga ada 'side-effect'). Cara sihatnya ialah TUKAR TABIAT, TUKAR KEBIASAAN. Selagi tak tukar tabiat, diet tu cuma bersifat sementara. Dia akan kembali gemuk bila berhenti makan 'pil ajaib'!

Wallahu a'lam.

Zulkifli

Damansara Heights

29 September 2010

20 Syawal 1431

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>