MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Diet: ‘Pil Ajaib’ Bukan Penyelesaian

September 17, 2010

"Ana rasa dulu, pernah anta naik tubuh (gemuk)... tapi loni nampak steady... petua gapo anta guna? huhuhu.. Ana, 10 ore juppo, 10 ore oyak ana gemuk huhuhu" - Sahabat

 

Ada juga 2, 3 orang cakap saya 'maintain' (berat badan). Em, entahlah.... saya pun tak berapa pasti... tapi yang pastinya, memang BMI (Body Mass Index) saya menunjukkan berat badan sesuai dengan ketinggian saya. Masa buat check-up dengan Yayasan Jantung Negara kat pejabat hari tu, keputusan "fat-to-lose" cuma "0.2kg"!

 

Maknanya, maintain dengan berat badan sekarang dah memadai sebab plus minus ialah 2.0kg.

 

Paling Penting Ialah Tukar Tabiat

 

 

Saya tak layak cakap pasal pengurusan berat badan, tapi mungkin boleh kongsi sikit apa yang saya amalkan.

 

Pada saya, nak berjaya dalam apa perkara sekalipun, yang paling penting ialah tabiat. Buat perkara yang betul secara berterusan hingga jadi kebiasaan. Biar sikit, asalkan berterusan.

 

 

Saya tak percaya dengan diet yo-yo! Saya tak percaya dengan program penurunan berat badan yang melampau - terpaksa menahan lapar. Dan saya sangat tak berminat dengan pil ajaib - pil atau apa sahaja suplemen untuk turunkan berat badan! Sebab ianya bersifat sementara. Apa yang penting ialah wonder pet! (",) TUKAR TABIAT! Tukar kebiasaan yang boleh menggemukkan kepada tabiat yang lebih sihat.

 

 

Faktor Gaya Hidup

 

 

Saya tengok Abah masih sihat dan belum ada apa-apa simptom penyakit kronik walaupun umur menjangkau 60an. Tapi, kebanyakkan kawan-kawan yang satu batch dengan abah dah ada at least satu, dua simptom penyakit kronik - jantung, kencing manis, darah tinggi dsb. Abah masih kekal sihat, aktif berkebun, dan yang paling saya 'tabik spring' ialah masih aktif main bola sepak (dan futsal) petang-petang dengan orang muda!

 

Faktor yang saya nampak ialah faktor (1) pemakanan yang sihat (ditambah dengan suplemen), (2) rutin aktiviti harian yang sihat (termasuk selalu exercise), (3) rehat yang cukup, dan (4) sentiasa servis jiwa dan minda dengan perkara positif (termasuk ibadah khusus).

 

Jadikan Gaya Hidup Sihat Sebagai Tabiat

 

 

Berbalik pasal maintain berat badan tadi, saya jadikan perkara di bawah sebagai tabiat:

 

Tabiat #1 - Makan malam sebelum jam 8.00 malam. Kurangkan nasi (karbohidrat). Ramai orang jadi gemuk sebab terlebih ambik kalori (karbohidrat) waktu malam. Kalori yang kita makan tu tak dibakar sebab kita tak aktif waktu malam. Kalori berlebihan tu ditukar kepada lemak dan disimpan pada bahagian perut (bagi lelaki) dan punggung (bagi perempuan). Hah... sebab tu lah ramai yang gemuk. Dr. Kenny (Wellness Doctor), rakan bisnes saya pesan, kalau nak makan nasi waktu malam, jangan lebih 3 sudu! Aduh... makan buah ok...

 

 

Tabiat #2 - Riadah selalu. KPI saya, kena jogging 2 kali seminggu pusing Damansara Damai. Tapi kekadang tak sempat juga. Kalau ikutkan, kita kena exercise at least 30 minit, 3 kali seminggu.

 

Tabiat #3 - Sibukkan dengan mengemas rumah. Kalau terlalu sibuk dan tak sempat nak jogging, saya biasanya replace dengan aktiviti mengemas rumah - vakum dan mop lantai, cuci toilet, kemas dan lap-lap yang mana patut, lap kipas, basuh kereta dsb. Sementara menanti waktu tidur (jam 12.00 mlm), sempat juga kekadang buat satu dua benda. Ataupun lepas subuh sebelum pergi kerja. Berpeluh juga sikit sebanyak. Rumah kemas, badan pun sihat, alhamdulillah.

 

Tabiat #4 - Sibuk dengan anak-anak. Hah... inilah faktor penghalang kami daripada gemuk. Tak sempat nak gemuk sebab sibuk dengan anak-anak kecil. Yang sulong 6 tahun, yang bongsu (sementara) 2 bulan. Anak-anak kecik ni, banyak kerja sikit. Semua nak kena kita yang buatkan. Nak susu, nak minum, nak makan, nak mandi, nak basuh tangan, nak tukar pampers, nak pakai baju seluar, nak tengok CD kartun... huh... memang banyak hal... Kalau 3 orang nak susu, maksudnya 3 kali kena bangun bancuh susu. Itu belum campur kerenah itu dan ini... Kalau keluar malam-malam, alamatnya saya kena pikul 4 orang daripada kereta ke rumah di tingkat 1... sebab masing-masing tidur dalam kereta. Hah.... memang tak sempat gemuk la Papa...

 

Tabiat #5 - Tak sempat enjoy waktu makan kerana anak-anak. Kami perlu makan bila anak-anak suap nasi ke mulut, dan kena berhenti sebelum anak-anak basuh tangah! Huh... sejak beranak-pinak ni, saya memang makan cepat. Tak sempat santai. Tak sempat nikmati waktu makan sambil tengok TV. Anak-anak nak basuh tangan, saya/ isteri perlu habis makan. Nak basuhkan tangan anak-anak, dan terus kemas tempat makan - bersih dan lap lantai tempat anak-anak makan sebab takut terpijak dan terbawa sana sini.

 

Tabiat #6 - Ambik suplemen, tapi bukan pil ajaib! Kami memang amal suplemen sejak tahun 2003 lagi. Saya bukan amalkan sebab dengar orang cakap, tapi memang saya banyak baca buku tentang health and nutrition. Dan saya memang rasa perbezaan sebelum dan selepas amal suplemen.

 

Suplemen Dah Jadi Keperluan

 

 

Memang tak akan sama pokok yang dibaja dengan pokok tak dibaja walaupun pada tanah dah tersedia zat galian yang diperlukan oleh tumbuhan. Pokok yang cukup baja, daunnya hijau berkilat, subur pokoknya, dan lebat buahnya! Itulah anologinya kenapa kita perlukan suplemen. Macam mana nak bermula, suplemen mana yang lebih utama dsb, tak sempat saya cover dalam artikel ni. Kena sambung dilain rancangan.

 

Antara suplemen yang saya amalkan secara konsisten ialah multivimin & multimineral, vitamin B kompleks, vitamin C, kalsium dan magnesium. Dan saya tak ambil vitamin atau suplemen kecuali yang asli sebab ia lebih berkesan dan lebih mesra pada tubuh kita. Vitamin asli ialah buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditukar bentuknya kepada tablet vitamin. Vitamin yang dipasaran kebanyakkan adalah yang sintetik.

 

Itulah lebih kurang yang sempat saya kongsikan.

 

'Pil' Ajaib Bukan Penyelesaian

 

 

Kepada kawan-kawan yang nak diet, saya nasihatkan elakkan ambil 'pil-pil ajaib'. Walaupun ada juga suplemen yang boleh bantu kawal penyerapan karbohidrat, dan 'memecahkan' lemak, tapi suplemen tu tak boleh dijadikan perkara pertama dan utama. Ia cuma membantu. Perkara utama ialah TUKAR TABIAT! TUKAR KEBIASAAN! Moga Allah anugerahkan kesihatan...

 

Kepada kawan-kawan yang ada potensi untuk gemuk, sama-samalah kita jaga dari sekarang. Ingat kurus sebelum gemuk. Ingat sihat sebelum sakit. Kegemukkan biasanya akan datang bersamanya pelbagai penyakit. Ia akan datang secara pakej! Kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, stroke dsb. Bila datang sakit, duit banyak pun tak ada guna. Sama-samalah kita beringat-ingat sebelum terlambat.

 

Wallahu 'alam.

 

Zulkifli

 

Damansara Heights

 

8 Syawal 1431

 

17 September 2010

 



Artikel berkaitan:

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Puan Shila, saya ambik supplement brand Nutrilite sbb ikut penilitian saya, ia among the best supplement in the world. Paling best sebab dia ada money-back guarantee. Kalau tak sesuai, boleh return balik dan dapat 100% refund tanpa soal. Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >