Flora Jejak Faqir Ramadhan

by on September 1, 2010

Tak pasti pokok apa ni. Rasanya pokok ketapang. Kelip-kelip suka duduk atas pokok berembang. Saya ingatkan kelip-kelip suka makan daun pokok berembang, tapi rupa-rupanya dia makan siput tepi sungai.

Saya snap di kawasan kelip-kelip Kg. Kuantan (Kuala Selangor), sementara menunggu Ketua Kampung untuk agihan bantuan Jejak Faqir Ramadhan 1431. Foto-foto ziarah agihan bantuan akan saya siarkan dalam posting akan datang. Tak sempat nak post lagi.

Pokok durian. Semua foto-foto pokok dan buah-buahan ni saya snap sepanjang ekspidisi. Seronok tengok flora yang mendamai jiwa.

Buah mempelam jenis kecil. Orang Kelantan cakap buah “pauh ringan”. Ingat masa kecik-kecik dulu, petik dan makan (yang dah masak) macam tu jer. Petik tepi rumah. Hm… memang sedap… alhamdulillah.

Buah pinang.

Buah pinang. Memang cantik. Subhanallah.

Buah kelapa kuning. Masa kecik-kecik dulu, mesti minum air kelapa ni setiap kali balik kampung atuk di Kg. Sg. Pulai, Muar Johor.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: