MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

The Future Will Belong To Leaders!

August 24, 2010

"The future will not belong to "managers" or those who can make the number dance. The world will belong to passionate, driven leaders - people who not only have enormous amount of energy, but who can energise those whom they lead" - Jack Welch, CEO of General Electric

Kata-kata Jack Wealch ni saya jadikan poster dan tampal di rumah.

Tapi poster tu dah buruk, jadi saya cabut dan tulis di blog ni.

Kehidupan dan Kepimpinan

Poster tu mengingatkan saya betapa pentingnya ilmu dan kemahiran memimpin.

Nak berjaya dan pergi jauh dalam apa-apa bidang sekalipun, kepimpinan sangat penting. Dalam rumahtangga, kerjaya, bisnes, dakwah, jemaah, kemasyarakatan dsb.

Kepimpinan menyentuh perihal manusia, kerenah manusia, dan memenangi hati manusia.

Macam mana nak menggerakkan manusia yang pelbagai latarbelakang pendidikan, berbagai peringkat umur, berbagai kerenah ke arah satu matlamat, perlu ilmu dan skil kepimpinan.

Manusia, Faktor Terpenting

Saya buat bisnes kecil-kecilan. Dan saya benar-benar realise, faktor penting adalah manusia. Bukan sangat pasal produk ataupun pengurusan bisnes.

Berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai, benar-benar mendidik diri sebenarnya.

Patut la rakan-rakan dalam Arqam, Rufaqa dan Ikhwan Global menjadikan bisnes sebagai medan mendidik ketaqwaan diri. Baru saya faham maksud mereka, bisnes "bermodalkan taqwa untuk mendapat taqwa".

Bisnes, salah satu proses untuk menjadikan kita orang bertaqwa.

Ganjaran Terbesar Bukanlah Harta

Patut la Bill Britt, seorang usahawan di US, yang ada rangkaian perniagaan yang sangat besar di seluruh dunia, dan menjadi mentor kepada ramai usahawan akan 'menghadiahkan' mesej yang penting kepada semua mereka yang berjaya di bawah bimbingan beliau yang berbunyi;

"The highest reward for man's dedication to excellence is not what one GETS from it, but what he or she BECOME through it"

 Oh, kata-kata Bill Britt tu memahamkan saya, kejayaan bukan apa yang kita dapat. Tapi siapa yang kita jadi. "Siapa kita" lebih penting dari "apa yang kita ada".

Apa yang kita ada (harta) boleh hilang sekelip mata. Tapi kalau diri kita dah terbina, harta akan datang pada bila-bila masa.

Fokus Pada Membina Diri

Bagi orang bisnes, rumah besar, kereta besar, duit banyak hanyalah hadiah atas kejayaan. Kejayaan sebenar ialah perubahan yang berlaku pada diri dia sepanjang proses membina bisnes.

Jadi, kalau nak berjaya, fokus paling penting adalah membina diri sendiri.

Untuk pertingkatkan ilmu dan kemahiran kepimpinan, mentor saya cadangkan baca buku yang sangat bagus bertajuk "5 Ancient Principles of Leadership".

5 prinsip penting yang dikupas dalam buku ni saya ringkaskan seperti di bawah:

  1. Make them feel appreciated
  2. See their potential, not their flaws
  3. Lead with authority, not power
  4. Love them first
  5. Make them feel they are part of something special

Wallahu 'alam.

Zulkifli
Damansara Heights
24 Ogos 2010
14 Ramadhan 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>