MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Return of The King! Coretan Sehari Setelah Saya Dibebaskan

October 31, 2023

Genap 3 tahun. Massive growth team G100 berlaku dalam 3 tahun ini... Dari empayar 50k kepada lebih 420k hanya dalam masa 3 tahun. Alhamdulillah...

"Return of the King"... Itulah yang dicoretkan oleh Founder Public Gold sehari setelah saya dibebaskan dari penjara.

Mungkin itulah potensi yang beliau percaya ada pada saya. 

More...

Tak boleh duduk diam.

Walaupun kepala saya masih belum 'tuned' lagi setelah 2 tahun hidup terkurung (30.10.2018 - 30.10.2020). Dan entah macam mana kehidupan saya sekeluarga setelah saya dibebaskan...

Tapi saya tetap bergerak bersama team untuk kembali membangunkan bisnes kami setelah 2 tahun saya terpisah dari mereka.

Gerak kerja 3 tahun

Ini catatan ringkas apa yang saya dan team lakukan sepanjang 3 tahun tersebut;

Tahun pertama, ini yang saya dan team buat:

  1. Catch-up balik apa yang sudah saya tertinggal selama 2 tahun.
  2. Menyatukan dealer Public Gold yang di bawah network saya supaya bersama-sama dengan G100.
  3. Dapatkan feedback dan bantu Public Gold untuk automate proses supaya mampu handle 1 juta customer base dengan baik.
  4. Belajar membangunkan team G100 sebagai satu entiti korporat dengan menyertai Golden Circle di bawah Byond Success.

Tahun kedua,

  1. Automate proses latihan dalam G100.
  2. Memastikan team G100 kembali ambil berat tentang PG1S di sebalik sibuk dengan tingkatkan strategi marketing.
  3. Tingkatkan strategi marketing dan pertingkatkan kualiti servicing untuk penyimpan emas di bawah G100.

Tahun ketiga,

  1. Mengukuhkan hubungan sesama leader, dan menyelaraskan gerak kerja sesama leader.
  2. Menggerakkan leader untuk turun padang berjumpa face-to-face dengan team.
  3. Aktif hantar team ke Indonesia untuk bantu team G100 Indonesia.
  4. Mula buka peluang untuk team luar belajar dan dapat manfaat dari G100.

Alhamdulillah... Hari ni G100 adalah team terbesar dan paling cepat berkembang dalam Public Gold.

Ia bukanlah kerja mudah.

Menyatukan pelbagai latar belakang

Menyatukan dan membangunkan mereka yang dari pelbagai latar belakang pendidikan, pelbagai kerjaya dan tahap kehidupan, pelbagai peringkat umur, pelbagai bangsa, agama bahkan negara untuk saling bekerjasama sokongan menyokong antara satu sama lain ibarat sebuah keluarga besar...

Ianya bukan kerja sehari dua... Bukan kerja yang mudah...

Usaha ini sebenarnya bermula impian saya dan isteri hampir 20 lalu...

Tidak sedikit yang telah kami korban, samada duit, masa, tenaga, bahkan air mata untuk melihat pencapaian pada hari ini... 

Dan bagaimana kami melihat masa depan #PGG100Network untuk beberapa tahun akan datang dalam menjayakan #MisiUbahHidup1000Keluarga .

Sejarah dan wawasan saya bersama G100

Semua saya dan isteri share dalam interview yang dibuat oleh team #G100PodCast yang baru disiarkan semalam.

Boleh ikuti sharing kami di https://open.spotify.com/episode/3dkBQnRkeE5pRpGaVEXlPo?si=58J-orGlRKq0iXz-WB1dXA 

Terima kasih Team G100 Podcast yang di pimpin oleh Cik Munirah Seruja dan En Azizi Zeck. Mudah-mudahan Tuhan merahmati kalian semua. Amiin YRA...

“If you build an army of 100 lions and their leader is a sheep, in any fight, the lions will die like a sheep. But if you build an army of 100 sheep and their leader is a lion, all sheep will fight like a lion.” - Tuan Lion

Zulkifli
Cyberjaya
31 Oktober 2023
16 Rabiul Awwal 1445H

Coretan ini keluar sehari setelah saya dibebaskan pada 30 Oktober 2020.

Network terbesar dealer Public Gold. Hari ni memberikan servis kepada lebih 420,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>