Sebelum dengar komen daripada TMJ (Tengku Mahkota Johor) dalam rancangan Keluar Sekejap, saya pun rasa tak sedap hati bila tengok imej anak-anak bawa senjata api (mainan) yang katanya program Solidariti Palestin di sekolah.
Walaupun saya turut bersolidariti dalam isu Palestin, tapi sebagai seorang yang pernah dipenjarakan di bawah SOSMA bersama mereka yang dituduh terkait dengan terrorism, saya lebih setuju pendapat TMJ.
More...
Garis halus yang memisahkan
Berpakaian formal tentera tak ada masalah. Tapi saya tak fikir kita boleh lazimkan pakaian yang tak boleh membezakan antara tentera sesebuah negara atau pemberontak (pengganas).
Ada garis halus yang memisahkan antara keduanya...
Walaupun kita faham yang mereka maksudkan ialah Hamas yang mempertahankan rakyat Palestin, tapi bagaimana anak-anak kita nak bezakan dengan tentera-tentera pemberontak atau kumpulan-kumpulan yang kerajaan kita sudah wartakan sebagai pengganas dari negara lain?
Bukan sahaja anak-anak. Saya yakin banyak orang dewasa pun tak boleh membezakan antara "mujahidin" dan kumpulan yang didakwa sebagai pengganas!
Kita pun keliru...
Tetap terpenjara walaupun tak terlibat
Jujurnya ketika saya dihumban ke penjara, saya tak nampak bezanya kumpulan Hamas dan kumpulan-kumpulan yang kerajaan kita sudah wartakan sebagai pengganas! Saya benar-benar tak tahu...
Saya anggap semua tu sama sahaja...
Tapi di sisi undang-undang kita, ianya jauh berbeza...
Gunakan pakaian atau lambang Hamas tak ada masalah. Tapi jangan cuba-cuba guna bendera atau apa sahaja yang ada kaitan dengan kumpulan yang diwartakan sebagai pengganas.
Cukup 1 bendera, ataupun satu imej digital yang kita suka-suka simpan dalam handphone. Itu sudah cukup bukti untuk didakwa dan dihumban ke penjara sekurang-kurangnya 2 tahun!
No play play...
Didik anak-anak tentang kemanusiaan
Demi Allah... Saya adalah saksi... Saya lihat depan mata kepala saya sendiri 'bahan bukti' yang kita anggap ianya remeh, tapi besar implikasinya di sisi undang-undang negara...
Kita rakyat Malaysia turut sama bersolidariti dengan Palestin. Tapi solidariti kita masih lagi dalam ruang lingkup yang kerajaan kita gariskan.
Walapun banyak yang tak sabar, PMX sudahpun ingatkan dalam ucapannya ketika Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.
Sebagai bekas tahanan SOSMA, saya memang sudah jangka; bila terjadi konflik di mana-mana negara umat Islam, kes-kes keganasan akan meningkat!
Yang kita marah ialah kepada Zionis (dan sekutunya) yang zalim, tapi kita lebih cenderung untuk bergaduh dan berkonflik sesama kita!
Jangan tambah lagi satu masalah
Bila kita bergaduh dan mencederakan sesama kita, kita bukan sahaja tak dapat bantu saudara kita yang dalam kesusahan, bahkan kita tambah lagi kesusahan di atas kesusahan!
Masing-masing 'berjuang' melepaskan emosi, bukan fokus menyelesaikan isu sebenar; iaitu bantu saudara kita dalam kesusahan. Seolah-olah kita marahkan bos di pejabat, tapi habis isteri dan anak-anak dapat tempias sama!
Kita mencipta masalah lain di sebalik masalah sedia ada!
Saranan saya, berhati-hatilah... Perjuangan bukan sahaja perlukan keberanian, tetapi juga perlu juga berstrategi... Kita buat apa yang termampu, selebihnya serahkan kepada pihak yang berautoriti (kerajaan).
Sesungguhnya Allah tak membebankan tanggungjawab ke atas kita lebih dari apa yang kita mampu... Kita buat sahaja apa yang termampu...
Zulkifli
Cyberjaya
31 Oktober 2023
16 Rabiul Awwal 1443H
Artikel berkaitan:
Artikel SOSMA:
- Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara - FMT
- Ibu 8 anak fobia menderma selepas suami dituduh bantu pengganas - FMT
- Penjelasan: Undang-undang kontroversi Sosma - FMT
- Tak mahu undang-undang aniaya orang tak bersalah - Sumberkini.my
- Meeting bersama Timbalan Menteri Undang-undang tentang SOSMA - FB
- Saya seorang yang cintakan keamanan dan kesejahteraan buat negara - FB
- Forum semakan Akta SOSMA - FB