MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Penyimpan dan Pelabur Emas, Akhirnya Siapa Lebih Kaya?

August 30, 2024

Ketika penyimpan emas (gold saver) fokus tambah kepingan emas, pelabur emas (gold investor) sibuk monitor harga. 

Samada mereka akan beli ketika harganya sudah 'seksi' (tengah tinggi), ataupun langsung tak beli-beli (sebab nak tunggu harga terbaik). Harga yang dianggap terbaik hanya jadi sejarah.

Akhirnya emas tak ada, duit pun tak ada!

More...

Penyimpan Emas atau Pelabur Emas?

Penyimpan emas = gold saver

Pelabur emas = gold investor

Sedangkan penyimpan emas, tabungan emas mereka bertambah dari bulan ke bulan. Mereka fokus tambah kepingan-kepingan emas yang dia ada, tak kisah berapa harganya.

Masa harga tinggi, dia beli. Masa harga rendah, dia beli lebih banyak!

Dan akhirnya, dia ada lebih banyak kepingan emas berbanding mereka yang nak tunggu harga terbaik.

Bila kepingan emas yang banyak, tentunya dia lebih kaya.

Sebaliknya "pelabur emas" masih tak bergerak ke mana-mana.

Masih lagi tunggu, tunggu dan tunggu!

Realiti 'buy low sell high'

Memang betul. Menurut Tuan Azizi Ali (pakar kewangan), salah satu prinsip pelaburan yang semua orang pun tahu, iaitu "Buy Low, Sell High".

Beli harga rendah, jual harga tinggi.

Berdasarkan prinsip ni, kita beli sesuatu pelaburan ketika harganya rendah (murah) dan jual bila harganya tinggi (mahal).

Walaupun prinsip ini memang menguntungkan, cuma malangnya, ia sangat susah dipraktikkan dalam realiti kehidupan!

Sebab pertama, tak siapa tahu "how low is low" dan "how high is high". 

Tak siapa tahu dengan pasti

Masa harga tengah rendah, tak siapa tahu bila harga paling rendah kecuali dah jadi sejarah. 

Bila harga dah naik balik dan tak turun-turun, barulah kita tahu itulah harga paling rendah. Tahu pun dah tak guna...

Masa harga tengah naik, kita tak tahu berapa harga paling tinggi. 

Bila harga turun balik barulah kita tahu itulah harga tertinggi untuk sesuatu tempoh masa. 

Dengan kata lain, tak siapa tahu dengan pasti harga paling rendah dan harga paling tinggi. Pakar pun tak tahu dengan pasti, apatah lagi kita orang biasa. 

Yang kedua, bila sibuk monitor harga, kita akan kalah dengan emosi. 

Kita kalah dengan emosi 

Bila harga tengah murah, tak ramai minat untuk 'melabur' (sebab tak ada ilmu). Harganya tak cukup 'seksi', maka tak ramai yang bercakap-cakap pasal pelaburan tu.

Tapi bila harga dah mula naik balik (harga tinggi), banyak yang buka mata dan bercakap-cakap.

Maka berduyun-duyunlah orang baru pergi melabur masa harganya sudah tinggi.

Dengan harapan, harganya akan terus naik macam sebelumnya. 

Kemudian apa jadi lepas tu?

Tak seperti diharapkan

Pelabur-pelabur lama mula jual balik pelaburan-pelaburan mereka untuk ambil untung, maka harganya pun akan turun balik...

Yang baru nak bermula (ketika harga tinggi) terpaksa tanggung kerugian dan kekecewaan. Dia tak dapat apa yang dia harapkan... 

Kalau nak untung pun, kena tunggu lebih lama...

Itulah yang selalunya terjadi dalam mana-mana "pelaburan" sekalipun.

Dan itulah juga kenapa saya kurang bercakap tentang "buy low sell high" dalam pelaburan emas.

Walaupun pada peringkat awal (tahun 2010) saya pun rasa tertarik dengan strategi tu, tapi saya dapati kekayaan pelabur emas tak ke mana-mana. 

Sebaliknya, penyimpan emas (gold saver) yang konsisten menabung emas, merekalah yang lebih kaya. 

Harga emas confirm semakin mahal 

Bagi mereka, emas adalah "tabungan", bukannya "pelaburan".

Fokus mereka ialah tambah kepingan-kepingan emas dari semasa ke sama, bukan bermain dengan "buy low sell high".

Harga emas hari ni confirm lebih rendah berbanding beberapa tahun akan datang (disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan ringgit).

Harga emas beberapa tahun akan datang confirm lebih mahal berbanding harga hari ini.

Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Dan lebih 600% untuk tempoh 20 tahun!

Siapa tahu fakta ni, dia tak akan akan bimbang pasal harga emas. Dia cuma fokus menabung, menabung dan terus menabung!

Unlock Pintu Kekayaan

Beberapa tahun akan datang pasti dia akan tersenyum tengok harga emas dan menyesal tak beli lebih banyak pada hari ni. 

Emas-emas yang dia ada tu menjadikan dia bertambah kaya.

Dengan tabungan emas tu, dia boleh gunakan untuk kembangkan lagi kekayaan, antaranya;

  1. Dijadikan modal untuk beli rumah-rumah pelaburan di bawah harga pasaran (yang memberikan cashflow (positif).
  2. Dijadikan modal pusingan bisnes.
  3. Digunakan untuk tutup hutang lebih cepat.

Tabungan emas mereka yang bertahun-tahun itu membolehkan mereka UNLOCK pintu-pintu kekayaan yang lain. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
30 Ogos 2024
24 Safar 1446H

penyimpan atau pelabur emas

Sejarah pergerakan 20 tahun harga emas di Malaysia. Kenaikan sekitar 600% sejak 20 tahun lalu.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>