Nak menyimpan, kena paksa. Jangan tunggu duit lebih.
Kesilapan biasa kebanyakan orang bila nak menyimpan ialah nak tunggu "duit lebih".
Itu kesilapan besar!
More...
Keinginan sentiasa lebih besar
Kalau nak tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.
Hatta kalau gaji meningkat pun, tetap tak akan ada duit "duit lebih" seperti yang diharapkan tu.
Ia bukan sahaja disebabkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, tapi juga kenaikan keinginan kita untuk berbelanja.
Keinginan kita akan sentiasa lebih besar daripada pendapatan kita.
Bila pendapatan meningkat, maka keinginan kita turut sama meningkat! Kita akan cari 1001 alasan kenapa kita patut berbelanja, membeli itu dan ini.
Kita cenderung membuat keputusan dengan emosi, kemudian kita akan justifikasikannya dengan logik - untuk menyedapkan hati sendiri.
"Duit lebih" yang kita harapkan tu memang tak akan pernah wujud.
Walaupun duit tak cukup
Formula yang betul untuk menyimpan ialah PAKSA!
Ya, kena paksa...
Setiap kali dapat gaji, paksa diri menyimpan sebahagian daripada pendapatan. Selebihnya barulah dibelanjakan.
Paksa sekurang-kurangnya 10% daripada gaji diasingkan untuk simpanan. Selebihnya barulah dibelanjakan.
Memang duit nak berbelanja tak cukup bila menyimpan. Kalau tak menyimpan pun tak cukup juga!
Tapi bila menyimpan, banyak kejaiban akan berlaku pada kewangan kita. InsyaAllah.
Formula ini memang proven berkesan.
Paksa sampai rasa selesa
Buktinya, sebab kena 'paksa' simpan sebahagian gaji masuk KWSP (setiap bulan), setiap orang bekerja swasta di Malaysia ada simpanan untuk hari tua.
Sebab kena paksa itulah kita ada simpanan untuk dijadikan deposit membeli rumah pertama dan kedua...
Formulanya ialah PAKSA! Bukan tunggu duit lebih...
Apa pun nak buat perkara betul ni memang kena paksa (pada permulaannya). Paksa, paksa, paksa sampailah kita rasa selesa...
Bila kita dah rutinkan diri kita buat perkara betul, kejayaan hanya persoalan masa sahaja. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
29 November 2021
23 Rabiul Akhir 1443H
Artikel berkaitan:
- Keajaiban Menabung Walaupun Gaji Tak Cukup
- Keajaiban Berlaku Bila Kita Mulakan Amalan Menabung!
- Jangan Tunggu Duit Lebih Baru Nak Menabung. Ini Sebabnya...
- Nak Berjaya Menabung Kena Paksa Sampai Terbiasa
- Emas Sebagai Simpanan Paksa dan Lupa
- Emas, Simpanan Untuk Dilupakan
- GAP Auto-Debit, Kaedah Terbaik Menabung Secara Konsisten
- Teknik Berkesan Menabung Hingga Mencapai RM100,000!