Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.
Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Harga peak hour tu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
More...
Belajar rasa susah
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti...
Kesusahan menjadikan kita kuat
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.