MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dalam Derita Ada Bahagia. Ajaibnya Orang Mukmin…

December 12, 2024

Dalam derita ada bahagia...

Duduk dalam penjara, jasad derita, mental dan emosi tertekan...

Tapi di sebalik derita, banyak lagi nikmat Tuhan yang belum lagi disyukuri...

More...

Bahagia dalam derita

Walaupun derita, saya masih ada isteri yang setia yang sentiasa merindui saya, dan anak-anak serta ahli keluarga yang masih menyayangi saya... 

Walaupun terpenjara, saya sentiasa diziarahi oleh isteri, anak-anak, ahli keluarga dan kenalan-kenalan saya. 

Sedangkan kawan-kawan lain (yang terpenjara), ada yang isterinya minta fasakh ketika mereka terpenjara.

Sudahlah ditinggalkan keluarga, ada yang habis segala harta mereka pun tergadai!...

Bila tengok kawan-kawan terpenjara yang lain, saya fikir sayalah yang paling bahagia... Sayalah yang paling beruntung... Mereka semua lebih susah dari saya... 

Jadi di sebalik tangisan dan kesediahan, masih banyak senyuman yang belum cukup diukirkan... 

Orang mukmin sentiasa beruntung 

Ketika sedih mengenangkan apa yang hilang dari kita, duduk bertenang dan renungkan-renungkan...

Lihatlah orang yang lebih susah dari kita.

Bukankah masih banyak nikmat Tuhan yang masih ada pada kita - yang orang lain sedang impikan apa yang kita ada?

Di sebalik derita, ada bahagia bagi siapa yang bersyukur dan tetap bersabar... InsyaAllah...

Itulah ajaibnya orang mukmin kata Nabi s.a.w.; ketika susah dia bersabar, ketika senang dia bersyukur... Kedua-duanya baik untuk dia...  

Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang mukmin yang Nabi s.a.w. maksudkan itu... Amiin ya Rabbal Alamiin... 

Daripada Suhaib bin Sinan r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ.

Maksudnya: "Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik, dan itu tidak dimiliki oleh siapa pun kecuali orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya."

(Hadis Riwayat Muslim, No. 2999; Riyadus Solihin, Hadis No. 27)

#TabahHadapiMusibah #IslahDiri

Zulkifli
Cyberjaya
6 Disember 2024
4 Jamadil Akhir 1446H

Walaupun derita, saya masih ada isteri yang setia yang sentiasa merindui saya.

Walaupun derita, saya masih ada isteri yang setia yang sentiasa merindui saya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>